Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Bisik hatiku lepaskan dirinya

Bak kata lirik di dalam lagu 'pendam' daripada Syahir AF, 'aku hanya hamba cinta'.. That is what I really feel that time. Entah lah ape yang korang akan buat kalau berada di tempat aku. Aku hanya hidup dengan sisa harapan yang ada. Bak kata Dr. MAZA, 'yang ada ini sudah harapan kita'. Perkataan 'ini' merujuk kepada 'diri' iaitu jasad kita. Bayangkan kalau korang tak rasa 'diri' korang merupakan suatu harapan..... Aku tak kisah pun walau berapa kali orang mempersendakan perasaan dan keikhlasan aku. Aku akan terus mengkaji, kerana orang perempuan adalah objek yang sering membawa kekeliruan kepada diri aku. Entah mengapa sedari kecil aku telah seakan 'tidak menyukai' perempuan. Bukan lah tidak suka dalam erti kata sebenar, tetapi ia seperti 'di dalam benci, ada suka'. Aku pun dah tak berapa ingat detik yang paling penting dalam hidup aku, yang menyebabkan perasaan 'menolak' untuk berkawan atau pun berbaik-baik den...

Persembahan dan penampilan paling segak, sopan dan yakin

Aku  macam tak pasti ape nak dinukilkan tentang lagu dalam video di atas, melainkan sebuah kenangan silam yang sangat bernilai, dan juga mengusik jiwa. Aku rasa terseksa sebenarnya dengan lagu ni. Lagu masa aku darjah 3, dan mala'un tak sedar diri tu pulak baru darjah 2. Aku sepatutnya belasah mala'un tu sejak dulu.... Maaf lah readers sekalian, tajuk entry macam tak berape nak kene. Tapi seriously, memang persembahan daripada kumpulan VISA ni amat mantap, segak, kemas, rapi, awesome, gentlemen, superb, dan korang name kan lah sendiri. Sebab Sham VISA ni muke dia memang cantik. Aku pun kagum dengannya, tapi aku bukan gay. Persembahan macam ni lagi aku suke. Persembahan 'rock serabut' dengan imej ala compang-camping pun O.K jugak, tapi band ni lebih kepada genre pop. So, amat sesuai lah dengan penampilan diorang. Lagipun mase ni dah tahun 1994. Kali terakhir Juara Lagu yang menampilkan hampir ke semuanya band rock adalah pada tahun 1991 iaitu 3 tahun sebelum. Mung...

Beza filem dahulu dan sekarang

Antara filem zaman dulu dan sekarang, aku lebih prefer filem2 zaman dulu. Sebagai contoh, filem sci-fi Star Wars, Jaws I,II,III, Superman I,II,III, Incredible Hulk, Robocop, Knight Rider dan banyak lagi. Slot yang best pula mase zaman dulu adalah seperti Mega Movie. Walaupun mase zaman tu (90-an), teknologi perfileman belum lagi canggih, belum ade teknologi CGI  (computer-generated imaginary) . Pada aku, filem dulu lebih realisitik sebenarnya. Ini kerana, penggunaan grafik yang dihasilkan melalui aplikasi pengkomputeran akan menyebabkan visual atau pun pemandangan di dalam filem nampak lebih palsu serta merapu. Dengan kata lain, tak masuk akal. Dulu kalau kategori drama bersiri luar negara, waktu petang, aku minat sebuah drama bertajuk 'Manimal'. Gabungan perkataan 'man' dan 'animal'. Dalam drama Inggeris berepisod ini, watak lelaki di dalam drama ini boleh bertransformasi menjadi haiwan2 seperti helang, harimau kumbang dan ular. Ada beberapa juga haiwan lai...

Terima kasih cinta

Terima kasih cinta untuk segalanya. Kau tak beri aku kesempatan itu. Akan berulang lagi semua kesalahanku yang pernah menyakitimu... Sedap tak lagu aku yang diciplak kemudian diberi nafas berbau ni? Hehe.. Tak de lah..aku mengaku ...cinta itu suci. Tapi masalahnya cinta manusia ni kekadang mudah dikhianati. Tak kira apa jantina, dua2 boleh buat hal. Memang celaka lah perempuan. (aku cakap perempuan sebab aku lelaki) Aku tak pernah bercinta. So, aku tak tau. Aku men cakap je. Tapi...macam pernah la. CInta ke tu? Bukan kot... Dah berbuih mulut aku beritau satu dunia, orang tetap anggap aku bebudak. Sial lah manusia yang suka judge orang. Tanye la dulu.... Bahalol sungguh.

Bagaimana Allah menyelamatkan kita

Allah S.W.T menyelamatkan kita samada menerusi 'perantara', ataupun juga secara langsung. Kebiasaannya pertolongan secara langsung berlaku apabila kita di dalam keadaan darurat. Sedangkan Allah itu Maha Santun (Lemah-lembut) terhadap hamba-hambaNya, pasti lah Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya dalam kesusahan. Baru-baru ini saya menonton sebuah klip video seorang kanak-kanak yang tersangkut kepalanya di antara besi-besi penghadang di sebuah kediaman dan budak itu tergantung sambil meronta-ronta. Masya-Allah, bayangkan betapa lemas dan terseksanya budak yang masih belum mengerti apa-apa tersebut. Kebetulan tiada orang di dalam rumah tersebut yang sedar akan nasib malang yang sedang menimpa kanak-kanak tersebut ketika itu. Mungkin sedang sibuk dengan sesuatu atau mungkin juga langsung tiada di dalam kediaman tersebut. Rumah tersebut mungkin sebuah rumah apartment di tingkat satu. Budak itu tergantung seperti di balkoni apartment tersebut. Mujur ketika itu ada jiran yang...

Cara mudah menghafal

Aku gune kaedah ACRONYM untuk meghafal. Tapi yang lebih baik adalah dengan mengambil beberapa huruf di permulaan perkataan daripada senarai dan cipta suatu ayat sendiri. Contoh : Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi : budaya ilmu pengetahuan dan teknologi sumber daya alam (abundance of resources@sumber alam) sumber daya manusia (human capital@modal insan) sumber daya modal (kapital) budaya=BU, ilmu=IL, alam=AL, manusia=MAN, modal=MO >>>>BUdak ILmu MANa ALim MObil<<<< Kaitan : Budak yang banyak ilmu belum tentu alim pasal mobil. Seterusnya, bagi yang minat muzik, mungkin boleh mencipta lagu daripada ayat2 yang hendak dihafal. Tapi pada aku, cara ni boleh dipraktik kalau pelajar tu mula mengulangkaji di peringkat awal lagi. Al-maklum lah, kalau nak buat lagu ni makan masa sikit. Cara terakhir dan paling mudah adalah dengan menggunakan TAPE RECORDER. Baca buku dan record suara korang, kemudian PLAY. Pastu dengar ulang2 ...

Prosedur skrip Polis Diraja Malaysia | POLIS EVO

Imej
Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam dalam 'Polis Evo'.    (Ubah saiz teks) PETALING JAYA:  Pengarah filem  Polis Evo  iaitu Ghaz Abu Bakar menjelaskan penggambaran filem tersebut tertunda beberapa kali berikutan terpaksa mengikut garis panduan skrip Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ghaz berkata, dia banyak mengubah semula beberapa adegan dalam skrip asal mengikut kesesuaian bagi memastikan kualiti skrip dan filem tersebut mencapai tahap terbaik. "Ya, penggambaran tertunda kerana rombakan skrip dan prosedur yang perlu diikuti mengikut garis panduan pihak PDRM selain perancangan perlu dilakukan dengan rapi. "Kami juga sentiasa memastikan skrip yang akan diucap itu memberi kesan terhadap filem," ujarnya kepada  mStar Online . Ghaz diminta mengulas tentang penangguhan filem tersebut selama dua bulan akibat masalah tertentu ketika penggambaran dilakukan pada penghujung tahun 2014. Tambah Ghaz, apa yang diolah semula adalah bagi memastikan filem...

Filem Polis Evo

Imej
Sinopsis Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan mi...

Video gol Malaysia VS Arab Saudi kelayakan piala dunia 2018 September 2015 8

Imej
Sayang seribu kali sayang. Selalu cam tu lah, bukan senang nak mempertahankan gol yang diperolehi. Pihak lawan pun ada maruah mereka. Tapi semangat yang dipamerkan seharusnya dipuji.

Burger VS Nasi. Mana lebih kenyang?

Kalau tanye aku, dua2 pun kenyang. Sorry le cakap camni sebab aku ni jenis kuat juga melantak, tapi badan aku jenis kurus berisi. Orang Melayu rata-rata prefer nasi berbanding burger. Dari segi makanan yang lebih mengenyangkan, maybe nasi la. Korang setuju? Kalau mat salih, mungkin diorang akan jawab burger. Tapi depends jugak la kan. Dibuatnya mase survey mat salih tu jawab, ' i think it's meat that fuller than rice', dah susah pulak nak tulis dalam research nanti. Tapi di sini yang aku nak bincangkan adalah soal kenyang dan puas. Orang Melayu mungkin kata nasi lebih kenyang dan puas berbanding burger. Orang barat pula akan menjawab sebaliknya. Jumlah kalori (tenaga) untuk secawan nasi adalah 204 manakala burger biasa (sekeping patty) adalah 254, lebih 50 kalori berbanding nasi. Walaupun burger mempunyai kalori lebih daripada nasi, sebenarnya kedua-dua makanan ini hampir sama dari  segi jumlah kalori kerana sebiji burger biasa mempunyai berat lebih kurang 86g manak...

SUNGGUH MAGIS Gambar hiasan dalaman rumah bertukar daripada biasa kepada superb

Imej
ttinggg!!! semerah,batu pahat ttiinnggg! taman dato' harun, petaling jaya tinnngg!!! beserah,kuantan tttinnnnggg! kemaman, terengganu tttiiinnnggg!!! bentong,pahang tttiiinngg!!! yan, kedah tttiiinngg!!!

Untuk yang terakhir kali

EPILOG Aku takkan berjuang lagi . Aku  dah putus asa. Biar lah... Dah bertahun lebih...tak nak ..dah penat.. Terima kasih atas segalanya.  Susah untuk control kesihatan aku. High blood pressure, high cholesterol...whatever it is. I'm not sure how to fix it anymore,.. Glucose decrease dramatically. Faint, fall down, break down.  BERMULA SEBUAH KISAH Pada hujung senja yang redup, Adam berdiri di tepi pantai. Ombak yang lembut memecah di hadapannya, memainkan irama yang melagukan. Dalam keheningan itu, dia merenungi kenangan-kenangan yang mengalir seperti sungai di dalam benaknya. Adam tahu, ini adalah waktu untuk mengenang segala-galanya. Waktu untuk mengingati cinta yang pernah hadir dan juga waktu untuk mengucapkan selamat tinggal yang penuh makna. Bagi Adam, ini adalah "Untuk Yang Terakhir Kali." Kisah cintanya dengan Aisyah bermula di kota kecil itu. Mereka berkongsi senyuman di bawah bintang-bintang, berjalan-jalan di taman taman yang hijau, dan bercakap tentan...

Mengapa manusia memerlukan agama

Sifat manusia yang sering 'berharap' menyebabkan kita memerlukan kepada agama. Manusia berharap kepada suatu 'kuasa' yang dapat menolong mereka untuk mengubah sesuatu keadaan atau pun nasib. Istilah lain selain dari berharap adalah 'berdoa'. Maka dengan itu bermacam agama ada di dunia ini. Namun sebagai umat Islam, kita harus percaya dengan yakin bahawa hanya Islam agama yang diredhai, yang dapat menyelamatkan kita semua. Mengapa?? Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam kitab umat Islam yakni al-Qur'an merupakan sebuah kitab yang lengkap dan sempurna. Jika ada agama lain yang lebih sempurna daripada Islam, maka sudah tentulah agama tersebut yang dapat menyelamatkan manusia. Namun hakikatnya, tiada.... Sebab lain mengapa manusia memerlukan agama adalah kerana manusia tidak dapat meramal masa hadapan, Ketidakpastian ini lah yang menyebabkan manusia sentiasa 'berharap'. Pengharapan ini menyebabkan manusia 'mempercayai' sesuatu ya...

Survivor [Review]