Bagaimana Allah menyelamatkan kita

Allah S.W.T menyelamatkan kita samada menerusi 'perantara', ataupun juga secara langsung. Kebiasaannya pertolongan secara langsung berlaku apabila kita di dalam keadaan darurat. Sedangkan Allah itu Maha Santun (Lemah-lembut) terhadap hamba-hambaNya, pasti lah Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya dalam kesusahan.

Baru-baru ini saya menonton sebuah klip video seorang kanak-kanak yang tersangkut kepalanya di antara besi-besi penghadang di sebuah kediaman dan budak itu tergantung sambil meronta-ronta. Masya-Allah, bayangkan betapa lemas dan terseksanya budak yang masih belum mengerti apa-apa tersebut.

Kebetulan tiada orang di dalam rumah tersebut yang sedar akan nasib malang yang sedang menimpa kanak-kanak tersebut ketika itu. Mungkin sedang sibuk dengan sesuatu atau mungkin juga langsung tiada di dalam kediaman tersebut. Rumah tersebut mungkin sebuah rumah apartment di tingkat satu. Budak itu tergantung seperti di balkoni apartment tersebut. Mujur ketika itu ada jiran yang terdengar. Namun kebanyakannya adalah surirumah dan wanita. Takdir Allah, entah dari mana tiba-tiba muncul seorang pekerja asing yang mungkin bekerja di sekitar kawasan tersebut dan terlihat kejadian tersebut. Beliau dengan sedaya-upaya memanjat dan terus mendakap budak tersebut supaya dia tidak lagi tergantung dan terseksa. Tidak lama kemudian, datang seorang lagi lelaki untuk membantu lelaki warga asing tersebut. Jika terlewat beberapa minit, saya rasa budak tersebut mungkin akan menemui ajal kerana dari segi teriakan dan tangisannya, memang dia sedang menanggung kesakitan yang berat.

Pada saya, Allah telah menyelamatkan kanak-kanak malang tersebut dengan menggunakan 'perantaraNya' iaitu lelaki warga asing tersebut. Wallahu'alam.

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah 2

Senarai genre filem dalam menghasilkan filem yang baik serta bermutu tinggi

Filem perang sniper terbaik di Malaysia