Header Ads

 


Tahun 1999

 Tahun 1999 ni ada satu lagu yang paling aku ingat. Tajuk dia 'I'm like a bird' nyanyian oleh artis bernama Nelly Furtado.Zaman ni kumpulan pelawak yang paling top adalah kumpulan Senario. Zaman ni juga lagu las kechup yang irama dia - I say lehe, leha ,lehe ,leha. Aku ingat lagi pelawak Saiful Apek asyik dok ngajuk je lagu tu ulang2. Zaman ni juga tengah top promosi iklan filem Jerry Maguire, gambar Tom Cruise dengan Renee Zelwegger bertemakan lagu the Secret Garden oleh Bruce Springsteen. Memang nostalgia gile.

Zaman tahun 1999 ni aku dok sekolah asrama. Tapi bukan asrama penuh. Tapi boleh dikatakan lebih 90% budak sekolah tinggal dalam asrama walaupun sekolah ni bukan sekolah asrama penuh. Kebetulan pulak jarak sekolah tu ke rumah aku jauh gile. Aku moto pun takde. Lesen pun belum ambil.Oleh kerana 90% lebih tinggal dalam asrama termasuk lah senior, aku yang naif ni memang mati akal la nak mintak kat bapak aku untuk aku balik rumah, tak payah tinggal kat asrama. Cikgu-cikgu dan warden pun mesti takkan sokong, tambah2 rumah pun jauh. Oleh kerana itu, hari2aku murung. Dengan warden 3 orang tu pun 24 jam siap siaga dengan rotan buluh. Sekali piap kat bontot, memang makan tak habis lah.

Yang paling aku ingat masa tu. nasi ayam kat dewan makan, memang sedap. Ayam dia besar, nasi boleh ceduk sendiri. Tapi aku tetap tak selera.Sepanjang seminggu orientasi, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, berak tak sempat. Mampus ah. Sekali tu, name tag aku hilang. Rupanya tercicir. Sekali aku dengar nama aku kena panggil guna pembesar suara. Ada la 2-3 nama lagi. Senior yang panggil. Dia orang tunggu dekat court badminton outdoor, waktu malam. Sampai2, diorang suruh kami lari pusing court 3 kali ke 10, aku dah tak ingat. berpeluh-peluh. Dah la lewat malam. Esok ada kelas. 

Cikgu kelas pun sama naik macam warden. Sekali tu aku tak siap lukisan kejuruteraan. Cikgu tu dia pukul tangan aku guna pembaris kayu yang panjang. Pedih sial. MErah tapak tangan aku. Aku tertanya-tanya, sekolah tu memang la sekali dengan vokasional. Tapi apesal semua cikgu tegas satu macam sangat. Kau tau tak berapa lama  aku sekolah kat situ?Sebulan saja. Lepas tu aku dapat tawaran sekolah lain. Bukan sekolah agama. Tapi ada pulak yang buat cerita aku dapat sekolah agama, dengan tak tahu hujung pangkal atau bertanya kat aku. Even sampai sekarang pun pada aku, manusia memang suka sangat buat andaian sendiri ,walaupun umur manusia tu dah dekat dengan ajal. Tak pernah langsung nak jadi macam orang yang dah matang.Yang best tu ,kalau buat cerita, mesti taknak kalah. Contoh kalau dia buat cerita, dia akan cakap- "aku dengar Hafiz tu dapat 5A, tapi aku 6A"..Celah mana pulak si Hafiz tu dapat 5A?Korang tau tak Hafiz tu sebenarnya dapat berapa A? 10 A!!.  Punca? Sebab manusia memang tak suka orang lebih dari dia. Mana-mana manusia pun lebih kurang  sama. Tu belum cerita soal bangsa lagi. Macam mana sesetangah jenis bangsa sentiasa suka mengharap perhatian (seeking attention). Bila dia tak dapat, dia akan jadi macam orang gila khinzir. Tiap malam asyik dok bercakap sorang diri, kenapa dan kenapa. Langsung tak faham hakikat takdir. Jahil sungguh.

Dan last sekali, aku teringat masa aku naik bas tambang sorang diri balik rumah. Setiap 2 minggu sekali memang boleh balik. Walaupun cuma sehari lebih je kalau diikutkan, tetap aku bersemangant dan happy sebab dapat balik rumah. Dan ada juga sekali sekala waktu weekend dapat pegi outing. Pekan tu dari dulu sampai sekarang dok macam tu je. MEmang legend. AKu sampai sekarang kalau lalu, dapat cuci mata je . Bukan ada ape sangat pekan tu, cuma nampak old skool, then dan now. Mungkin 

Imej tema oleh fpm. Dikuasakan oleh Blogger.
window.onloadTurnstileCallback = function () { turnstile.render("#example-container", { sitekey: "0x4AAAAAABCfYyFFISDsIlb-", callback: function (token) { console.log(`Challenge Success ${token}`); }, }); };