Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Lionel Messi, Perkembangan Politik dan parodi

 Menjelang penutup akhir tahun ini, aku mula menulis kembali. Perkataan digunakan? Bahasa baku mungkin. Ini kerana, tahun depan adalah bersejarah. Mengulas mengenai piala dunia dan politik tanah air bagi tahun ini, bagi aku amat signifikan dan berkebetulan. Benarlah kata peribahasa, usaha tangga kejayaan. Messi rupanya pangkat adik kepada ku. Malah Ronaldo juga sedikit berusia berbandingnya. Tapi apa yang aku kagum, adalah kesungguhannya di dalam sukan bola sepak. Messi sukar mengalirkan air mata berbanding Ronaldo. Mungkin juga jiwa Messi lebih kental agaknya. Jujurnya Argentina bukanlah pasukan pilihan aku. Tapi tatkala melihat Brazil dan Portugal tersungkur, aku mula beralih angin, memilih Argentina. Sebenarnya Argentina dan Brazil dua dua aku minat sejak aku kecil. Cuma kerana prestasi di Eropah dilihat sedikit lebih berbanding di Amerika Latin, maka aku cenderung kepada kelab dan negara Eropah. Ya, aku lalang.  Dipendekkan, Messi berjaya mendapatkan apa yang diimpikan ole...