Lionel Messi, Perkembangan Politik dan parodi
Menjelang penutup akhir tahun ini, aku mula menulis kembali. Perkataan digunakan? Bahasa baku mungkin. Ini kerana, tahun depan adalah bersejarah.
Mengulas mengenai piala dunia dan politik tanah air bagi tahun ini, bagi aku amat signifikan dan berkebetulan. Benarlah kata peribahasa, usaha tangga kejayaan. Messi rupanya pangkat adik kepada ku. Malah Ronaldo juga sedikit berusia berbandingnya. Tapi apa yang aku kagum, adalah kesungguhannya di dalam sukan bola sepak. Messi sukar mengalirkan air mata berbanding Ronaldo. Mungkin juga jiwa Messi lebih kental agaknya.
Jujurnya Argentina bukanlah pasukan pilihan aku. Tapi tatkala melihat Brazil dan Portugal tersungkur, aku mula beralih angin, memilih Argentina. Sebenarnya Argentina dan Brazil dua dua aku minat sejak aku kecil. Cuma kerana prestasi di Eropah dilihat sedikit lebih berbanding di Amerika Latin, maka aku cenderung kepada kelab dan negara Eropah. Ya, aku lalang.
Dipendekkan, Messi berjaya mendapatkan apa yang diimpikan oleh setiap pemain pejuang negara. PIALA DUNIA. Aku melihat dia beraksi sejak 2006, sejak dia berusia 18 tahun lagi. Bermain sehingga 5 edisi, dan berjaya merangkul juara pada edisi kelima , tahun 2022. Penutup yang baik. Tahniah Messi.
Mengenai politik, sebenarnya tiada banyak hendak diperkatakan. Kerana aku sendiri kurang minat berpolitik. Cuma apa yang dilalui Messi dan ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri , adalah sesuatu yang sama. Usaha dan kesungguhan, tangga kejayaan.
Akhir kata, aku tengah tengok parodi ni. Tapi apa pun aku tak faham. Tragis kan.