Search This Blog

Mengapa kadar faedah dapat membendung inflasi

 Kadar faedah ditentukan oleh bank. Oleh kerana bank mengawal aliran tunai kepada pasaran, maka kenaikan kadar faedah akan secara tidak langsung dapat memperlahankan inflasi ataupun kenaikan harga barang.

Kenaikan kadar faedah menyebabkan orang awam ataupun pasaran akan mengurangkan perbelanjaan dan memilih untuk menyimpan berbanding berbelanja. Ini kerana, kadar faedah yang tinggi akan mendatangkan keuntungan apabila kita menyimpan wang di bank.

Selain itu, para pengeluar atau penjual juga tidak akan menaikkan lagi harga barang ataupun kenaikan harga barang menjadi perlahan atau terkawal disebabkan pasaran kurang berbelanja atau membeli-belah.

Walaubagaimanapun, bagi barang-barang keperluan atau barangan asas, kenaikan kadar faedah tidak terlalu memberi impak kepada harga barangan tersebut. Ini kerana, permintaan barang keperluan asas terutamanya makanan adalah stabil. Ini kerana manusia memerlukan barangan asas untuk kelangsungan hidup.

Akan tetapi, jika pengeluar tidak mampu mengeluarkan barangan asas ataupun makanan pada kadar yang konsisten, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga makanan tersebut disebabkan pasaran terpaksa bersaing bagi mendapatkan keperluan makanan yang terhad. 

Antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga bekalan makanan adalah seperti cuaca buruk yang menyebabkan tanaman yang menghasilkan pengeluaran makanan terjejas, peperangan yang menyebabkan rantaian pembekal disrupt ataupun 'terganggu', ataupun kerana peningkatan populasi.