Search This Blog

Tiada lagi kesusahan ketika mengulangkaji pelajaran

 Sebelum datangnya A.I, sumber rujukan utama para pelajar selepas buku-buku di perpustakaan atau rakan-rakan mereka adalah pensyarah yang mengajar. Tapi sekarang, jika pelajar mengalami kekeliruan atau sukar memahami sesuatu ketika mengulangkaji, mereka boleh menggunakan chatgpt ataupun A.I bagi memudahkan mereka. Lantas siapakah yang sebenarnya mengajar? Pengajar iaitu pensyarah ataupun A.I?

Ini lah yang mungkin menjadi kerisauan sebahagian daripada kita bila memikirkan tentang perkara ini. Pada masa hadapan, jika manusia boleh menggunakan A.I untuk semua perkara, perlu kah lagi manusia bekerja terutamanya di dalam sektor berkaitan pengetahuan. Mungkin kah A.I akan menjadi majikan ataupun pemerintah dan kita pula yang akan menjadi seperti hamba.

Suatu ketika dahulu, termasuklah saya, peperiksaan memerlukan buku-buku, guru dan dewan peperiksaan dan mungkin juga toyol. Tapi sekarang, toyol telah diupgrade menjadi smartphone. Ada yang sebesar tapak tangan dan ada yang sekecil-kecil wang syiling. Saya tidak pasti adakah pemeriksa memeriksa ataupun menghalang pelajar daripada membawa smartphone ke sekolah. Tapi pada zaman saya, iaitu semasa tahun sebelum 2000, smartphone belum lagi wujud bagi menjawab soalan peperiksaan SPM. Dan budak-budak zaman dahulu adabnya agak baik dan takut kepada ibu bapa dan guru. Zaman sekarang, tiada lagi. Anak-anak sangat berani memperolok orang yang lebih tua. Mereka tahu yang mereka tidak akan dihukum. Dan ini sangat membimbangkan sekiranya anda adalah dari mereka yang di kalangan bergelar pendidik.

Namun baru-baru ini saya ada menjadi guru secara bersemuka di kediaman pelajar. Pelajar tersebut adalah pelajar menengah atas dan bakal menduduki SPM pada tahun berikutnya. Pada saya pelajar tersebut adalah seorang yang masih tahu menghormati guru. Tetapi saya hanya mengenali beliau sebagai seorang pelajar. Namun saya tetap optimis dan merasakan bahawa masih ada sinar di hadapan untuk generasi yang mendatang.