Bulan puasa tahun lepas Miki Matsubara tahun ini Akiko Okumura pula
Sebelum ini berita yang agak menyentuh hatiku adalah berita kematian seorang graduan UPSI, Nur Farah Kartini. Tahun lepas pula, aku selalu dengar lagu 'stay with me' nyanyian Miki Matsubara. Beliau seorang yang amat komited dengan bidang yang diceburinya. Miki Matsubara meninggal dunia pada tahun 2004 kerana kanser serviks. Sebelum meninggal, beliau ada menyatakan bahawa beliau agak terkilan kerana sepanjang usianya jarang meluangkan masa bersama keluarga dan saudara-mara kerana kerap meluangkan masa demi kerjaya.
Sebelum itu dalam tahun 2022 pula adalah kematian yang menjadi buah mulut walaupun mangsanya adalah dari negara jiran iaitu mendiang Tangmo Nida. Rupanya kisah perjalanan Tangmo Nida juga agak meninggalkan kesan memandangkan dia meninggalkan seorang anak yang masih kecil dan beliau juga anak yatim kehilagan ibu sejak dari kecil. Ayahnya juga baru meninggalkannya beberapa tahun yang lepas.
Kali ini kisah yang lebih meninggalkan kesan adalah kematian Akiko Okumura, isteri usahawan terkenal Ridzoukumura. Yang paling menyentuh hatiku adalah ketika anaknya meratap hiba ketika mendapat tahu ibunya telah pergi buat selamanya. Ketika itu lah aku mula mengenali siapakah keluarga ini. Rupanya Ridzokumura berasal dari Parit, Perak. Pekan Parit memang tak asing denganku. Dari situ juga aku mendapat tahu tentang saudara-mara rakan artis kepada Ridzokumura yang tinggal di kawasan Perak.
Kini semuanya telah berlalu. Dah lama aku tinggalkan. Tiada apa lagi di sana. Al-fatihah kepada yang telah meninggal. Sekian.