Header Ads

 


Aku harap ada konsep teknologi pengangkutan seperti ini di masa hadapan

 Kalau lah tenaga mekanikal seperti lastik dapat dijadikan salah satu konsep yang boleh digunapakai di dalam teknologi pengangkutan, bukan kah banyak sekali kebaikannya. Salah satunya adalah kerana ia amat mesra alam sekitar. Apa tidaknya, lastik cuma guna tenaga mekanikal. Tenaga mekanikal lastik datang dari benda hidup seperti manusia. Manusia memanglah menghasilkan karbon juga kerana kebanyakan benda hidup memang begitu. Tetapi tidaklah seteruk dan sebanyak karbon daripada asap-asap kenderaan, kilang dan juga daripada haiwan-haiwan pedaging. 

Karbon inilah punca pemanasan global. Cabaran utama pengangkutan menggunakan konsep lastik - penumpang akan seolah-olah dilastik dari suatu koordinat tertentu kepada koordinat destinasi yang hendak dituju - adalah faktor rintangan angin. Belum ada lagi teknologi yang betul-betul dapat meramal arah gerakan dan juga punca angin yang berada di sekitar kita. Jika masalah ini belum dapat diatasi, konsep teknologi mudah pengangkutan yang saya ramalkan ini amat sukar untuk menjadi kenyataan. Bayangkan konsep yang amat mudah ini tetapi amat sukar untuk dilaksana atau dicipta. Kita masih bergantung kepada teknologi yang semakin merosakkan alam sekitar. 

Kuantum komputer digabung bersama kecerdasan buatan dikatakan mampu untuk mendapatkan data cuaca dan arah angin dengan ketetapan yang sangat menakjubkan. Mungkin kah apabila iklim dapat diramal dengan ketepatan menghampiri kesempurnaan barulah teknologi seperti ini akan dapat direalisasikan? Saya amat yakin ia tidak mustahil. Kali terakhir teknologi pengawalan angin adalah di zaman Nabi Sulaiman A.S. Pada zaman tersebut sudah banyak teknologi menakjubkan yang wujud. Jadi kita tidak seharusnya merasakan bahawa teknologi sentiasa maju daripada sebelum. Kita hanya manusia kerdil yang masih banyak ketinggalan bukan sahaja dari segi teknologi malah juga ilmu pengetahuan. 

Dikuasakan oleh Blogger.
window.onloadTurnstileCallback = function () { turnstile.render("#example-container", { sitekey: "0x4AAAAAABCfYyFFISDsIlb-", callback: function (token) { console.log(`Challenge Success ${token}`); }, }); };