Mimpi semalam yang jadi realiti keesokan harinya
Actually, ini mimpi aku hari ini. Lepas Subuh, lepas solat, aku rasa betul-betul dah tak larat. Tak larat dengan pelbagai dugaan. Aku pun buka YouTube di telefon, pasang surah ruqyah. Aku tekap telefon kat telinga sambil baring, dan aku terlena... masuk ke alam lain, bak filem *The Matrix*.
Tempat itu macam sebuah pesta, tetapi waktu tu pesta dah tutup. Yang tinggal cuma aku dengan adik lelaki aku . Aku dengar apa yang adik aku ceritakan, dan aku terharu dengan keadaan yang diceritakan adik aku mengenai dirinya. Entah macam mana—beberapa cerita lagi dalam mimpi aku dah lupa—aku tiba-tiba tengah memandu kereta. Aku sampai di satu tempat dan nak parking. Tiba-tiba guard cakap kat situ tak boleh parking sebab reserved untuk rombongan pengantin. Sebenarnya aku nak pergi ATM, mungkin sebab kereta aku nak habis petrol.
Lepas dapat parking, aku berjalan menuju ke sebuah bangunan. Bentuknya macam anjung rumah dari luar. Aku tengok cuaca macam nak hujan, jadi aku cepat-cepat lari nak masuk dalam bangunan tu. Tiba-tiba aku nampak hujan turun sekeliling bangunan tu dari depan. Malang betul—habis basah. Tapi nasib baik sikit je basah. Entah la, aku sendiri pun tak faham. Mungkin baju aku kalis air.
Punye la jauh ATM dalam bangunan tu, jalan punya jalan sampai jugak. Tiba-tiba aku nampak ramai budak-budak kolej dalam bangunan tu. Muka macam aku kenal, tetapi sebenarnya aku cuma kenal dalam mimpi tu je—bila aku terjaga, memang aku confirm tak pernah ingat pun wajah-wajah diorang. Aku tengok budak-budak tu dan aku jadi hairan. Ni dah berapa tahun punya cerita, takkan diorang masih lagi belajar? Aku pulak takkan muda lagi?
Tak lama pastu, entah macam mana aku pun dah sampai kat ATM. Yang peliknya, mesin ATM tu fesyen apa pun tak tau. Ade ke patut mesin ATM untuk kesan duit tu asal mana, laku ke tak, dan macam-macam lagi—tetapi tak boleh keluar duit. Kalau letak kat Bank Negara tak pe la jugak. Dah la skrin dengan butang-butang dia memeningkan kepala hotak aku. Tak silap aku, kat skrin tu macam ada radar. Hadoi. Sebelum tu memang dah ada seorang brader nak cucuk duit gak. Aku malas nak tanya dia sebab nampak sombong. Last-last aku jugak yang terkene.
Aku pun patah balik, nak keluar dari bangunan tu. Entah macam mana, aku turun pula tangga—bila masa pulak aku naik, aku pun tak tau. Turun-turun, buka pintu, nah, pusing kat tempat asal. Adoi, penat nak mampus. Dua kali jugak la aku berpusing dalam bangunan tu. Jauh nak mampus. Siap ternampak budak bedebah yang pernah fitnah aku tengah bancuh simen sambil tersenyum. Macam @%##+ ....
Hari ni aku pergi kerja macam biasa. Aku sempat pergi gym sebelum masuk kerja. Semalam tak jadi sebab kena jaga anak adik, tapi hari ini aku separuh puas je sebab masa singkat. Masa kerja, aku keluar jap pergi semayang Jumaat. Selesai semayang, kereta pula tak boleh start. Cuba banyak kali sampai jenuh, berpeluh. Aku give up. Aku minta tolong budak-budak yang tengah borak-borak atas moto hantarkan aku ke tempat kerja.
Sampai kat office, aku tengok bos takde. OK la jugak. Aku risau jugak kalau-kalau dia "tak OK". Hari ni aku tengok dia macam serius. Aku risau, asyik teringat kalau-kalau ada perkara yang aku dah buat tak betul. Aku jadi sedih.
Balik kerja, aku call adik perempuan aku. Aku tak tau pulak adik lelaki aku pun datang sekali. Aku cakap kalau sampai nanti call sebab dia tak biasa kat kawasan tempat kerja aku tu. Tiba-tiba aku nampak kereta dia dah sampai. Aku nak call dia tak sempat. Aku cuba kejar, terlepas jugak. Tiba-tiba datang lagi satu kereta macam aku kenal—kereta adik lelaki aku. Anak dia ikut sekali. Aku macam ambil berat terlebih kat anak dia tu. Akhirnya kereta aku berjaya dihidupkan. Kami balik. Sekian.

Post a Comment