Kenapa jam tangan guna jarum lagi praktikal berbanding jam digital
Kalau guna jam tangan konvensional yang ada jarum panjang, pendek dan saat tu, bila kita nak mengagak berapa 'lama' lagi cukup jam yang seterusnya, kita akan mengagak menggunakan jarum panjang. Ketika itu kita menggunakan kemampuan otak sebelah kiri dan kanan untuk menganalisa dan mengira detik. Jika guna jam tangan digital, kita lebih menggunakan otak kiri kerana kita sebenarnya sedang 'mengira' berapa minit akan ke jam seterusnya.
Selain itu, jam tangan konvensional lebih cepat untuk kita 'menangkap' peristiwa yang sedang berlaku. Jam digital lebih mudah jika kita hendak merekod , contohnya ketika kita hendak menulis waktu.