Tempat atau kawasan yang aku gemar berfoya-foya
Tahu tak di mana? Selalu kalau nak berfoya-foya , biasanya mesti lah melibatkan manusia . Tak pun hidupan yang lain. Contohnya tarzan gemar berfoya-foya di hutan. Aku pun gemar juga berfoya-foya. Caranya adalah dengan berjalan-jalan seorang diri. Tak kisah lah kat mana pun, janji tempat tu tempat yang aku dah biasa. Contohnya? Ada la.
Tempat tu memang lah ada orang. Kecuali kalau kau berfoya-foya di kawasan hutan ataupun pergunungan. Itu dah namanya mengembara atau pun melancong atau bersiar-siar. Jadi apa yang specialnya tempat atau kawasan yang aku selalu berfoya-foya tu? Tiada apa yang istimewa. Cuma ada nilai sentimental sikit. Sebab aku pernah melawat kawasan tu sejak zaman aku awal remaja lagi. Sekarang dah masuk usia matang seorang lelaki. Siapa tahu berapa? Cuba komen sikit.
Malam-malam macam ni kering sikit idea untuk menulis. Menulis hanya kerana berfoya-foya dengan diri sendiri. Apa lagi perkataan yang selalu digunapakai? Melayan perasan? Ketawa lah saya kalau begitu. Tiada yang sayugia nya melayan perasan.
Baiklah, sekarang akan aku bincangkan suatu tajuk. Iaitu mengenai diriku semasa remaja. Aku ni suka mengaji. Maksudnya macam-macam bidang ilmu. Bukan dahsyat atau hebat. Tapi kerana impian dan cita-cita. Aku tahu ramai yang seperti diriku ini. Di mana kalian sekarang? Adakah kalian sedang atau telah mengecapi kebahagiaan di masa sekarang? Aku tiada jawapan. Tanya lah kepada diri kalian sendiri.
Mungkin setakat ini dahulu monolog sepi aku ini. Lain hari aku bermonolog lagi. Alangkah indah jika monolog menjadi dialog, bersama dengan seorang yang terpaling . Aku ketawa kecil lagi, seorang diri. Sekian.