Masalah pengangguran bukan isu baru?
Kalau korang pernah menonton filem Mat Som tahun 1991 yang watak utamanya masa tu adalah Imuda, korang akan perasan Imuda yang memegang watak sebagai penulis sambilan untuk sebuah syarikat percetakan di ibu kota, menulis sebuah rencana bertajuk 'Bilangan siswazah menganggur kian meningkat'.
Bayangkan masa tu baru tahun 1990an, dan isu pengangguran bukan suatu isu yang baru. Dan pada masa tu, populasi dunia tak sampai pun 6 billion. Sekarang populasi dunia dah cecah 8 billion. Dengan sumber tanah terhad dan juga kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan sumber penghasilan makanan dunia, sudah tentu lah masalah supply atau pengagihan akan timbul apabila populasi terlalu ramai. Duit atau harta yang banyak bukan lagi isu pada masa sekarang, tetapi masalah sumber yang terhad.
Jika supply atau pengagihan telah sampai kepada tahap maksimum, sudah tentu lah penciptaan peluang pekerjaan juga semakin terhad kerana setiap isu tentang ekonomi berkait rapat antara satu sama lain, termasuk lah isu pengangguran.
Walaubagaimanapun, ekonomi dulu dan sekarang banyak bezanya. Jika dahulu , pekerjaan kita banyak menggunakan tenaga atau 'tulang kering' manusia, zaman sekarang banyak pekerjaan yang lebih menggunakan kreativiti dan juga pemikiran. Contohnya zaman dulu kita mesti ada pen, kertas dan tenaga untuk memegang pen dan menulis. Zaman sekarang, kita hanya perlu jari-jemari yang pantas, dan kadang-kadang hanya suara untuk 'send' mesej melalui whatsapp.
Oleh kerana itu, memang betullah kita sedang menuju ke revolusi perindustrian 4.0 atau fasa keempat iaitu kebanyakkannya adalah ekonomi gig atau digital. Sebagai info , revolusi perindustrian yang pertama adalah berkaitan industri teknologi tekstil secara besar-besaran, kedua adalah berkenaan penciptaan teknologi berat menggunakan tenaga elektrik, enjin automotif,dan teknologi komunikasi konvensional seperti telefon dan juga industri berat seperti besi. Yang ketiga iaitu yang telah pun berada di dunia kita sejak lebih 4 dekad iaitu teknologi komputer.
Namun begitu, jika anda diberi pilihan untuk menjadi seorang petani atau pakar IT, sudah tentulah peluang untuk menjadi petani lebih terbuka luas kerana sektor pertanian adalah sektor pemula atau sektor yang paling asas atau utama. Seorang petani mungkin masih 'makan' walaupun inflasi dunia menjadi tidak terkawal, tetapi seorang pakar IT yang banyak meminjam bank, mungkin akan sedikit 'terjejas' atau dengan kata lain, tidak mustahil juga terpaksa memotong belanja bulanan untuk membeli makanan.