Apa beza raya sekarang berbanding tahun 90-an

 Tahun 90 aku baru masuk sekolah rendah. So of course lah aku masih ingat lagi zaman 90-an. Banyak bezanya raya dulu dan sekarang. Raya dulu balik kampung kalau jalan jammed pun sekejap-sekejap saja. Seingat aku, tak de lah jammed sampai terus berhenti sampai dekat setengah jam. Aku pun tak pernah la pulak stuck sampai sejam, kecuali kalau berlaku kemalangan. So pada aku raya 90 an lah paling best. Suasana di kampung dulu-dulu memang meriah. Semua sanak saudara pulang ke kampung. 

Teringat aku kat arwah abah. Al fatihah. Kalau aku rindu zaman tu, aku tengok balik iklan-iklan lama dulu-dulu dalam youtube. Especially iklan hari raya. Salah satunya iklan planta yang intro dia gambar balik kampung guna KTM. Alhamdulillah aku sempat merasa untuk kali terakhir sebelum KTM ekspress dihentikan sepenuhnya operasi. Kebetulan time tu aku nak tamatkan ijazah. Terpaksa berulang-alik dari utara ke Kolumpo. Naik tren KTM senandung malam. Kalau tak silap lah, namanya begitu. Kalau silap kome tolong betulkan ye. Memang sesuai dengan nama. Senandung malam, waktu malam. AKu pun ambik coach yang ada katil, sebab aku nak tidur malam.

Sebenarnya banyak sangat kenangan raya zaman 90-an yang menyeronokkan. Tak habis kalau nak cerita kat sini nanti. Lagi satu raya tahun 90-an kalau nak wish kami guna kad raya. Sebelum ade whatsapp, orang wish guna email. Sekarang lagi mudah. Pilih je gambar atau imej yang sesuai, tekan simbol kapal terbang kertas yang kat whatsapp tue. Dah send. Mudah .

Sekarang pun kalau nak feel raya 90 an masih boleh. Janji kena tinggal kat kawasan kampung-kampung yang jauh dari kawasan bandar. Kalau dekat, feel dia tak seberapa. Awal tahun 2000 aku merantau mencari rezeki. Kebetulan di kawasan luar bandar. Memang time nak dekat raya tu, aku dapat lah rasa feel raya tu. Tapi sekarang aku dah pulang ke bandar halaman. Tempat asalku memang di bandar. Kampung sebenarnya dah takde  dah. Ramai saudara-mara dah berhijrah.

Zaman sekarang dah lain kan? semua orang nampak sibuk. Budak-budak lagi dah sibuk. Bile dah dewasa, lagi lah sibuk. 

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah 2

Filem perang sniper terbaik di Malaysia

Senarai genre filem dalam menghasilkan filem yang baik serta bermutu tinggi