Search This Blog

Angry Birds Movie [Review]

Kami yakin tentu kebanyakan dari anda pernah bermain permainan video Angry Birds, samada di telefon pintar, tablet atau komputer anda. Oleh kerana itu, kami menjangkakan Angry Birds Movie merupakan salah satu filem animasi komputer yang ditunggu-tunggu anda.

Angry Birds Movie

Angry Birds Movie [Review]

Angry Birds Movie mengisahkan Red, seekor burung berwarna merah yang hidup dalam komuniti burung berbilang spesis. Beliau yang bersifat pemarah dan anti sosial, mengasingkan diri dengan membina rumah di tepi pantai, jauh dari komuniti itu.

Akibat kesalahan yang dilakukannya atas sebuah keluarga yang ingin menyambut kelahiran (penetasan telur) anak mereka, Red dihukum untuk pergi ke kelas pengurusan kemarahan. Di situlah beliau berkenalan dengan Chuck (kuning) dan Bomb (hitam).

Screen_Shot_2015-09-23_at_10.42.51_AM.0.0

Suatu hari, sebuah kapal tiba di pulau burung itu dan dua ekor khinzir hijau turun untuk memperkenalkan diri dan memperkenalkan barangan sebagai hadiah. Walaupun seluruh komuniti menyambut mereka dengan baik, Red curiga akan niat para khinzir ini. Apakah niat sebenar mereka datang ke pulau burung itu? Untuk mengetahui jawapannya, tontonlah filem ini di pawagam.

Angry-Birds-Movie-Official-Trailer-3

Jalan Cerita dan Lakonan Suara

Seperti yang diharapkan, filem Angry Birds Movie menampilkan semua watak-watak yang anda telahpun kenal dalam permainan video Angry birds 1 dan 2 dan siri-siri berkaitan. Namun watak utama filem ini adalah Red, Chuck dan Bomb, serta guru terapi mereka iaitu Matilda (burung yang boleh mengeluarkan bom dari punggungnya).

Jalan ceritanya agak mudah difahami, namun kami merasakan jalan ceritanya mungkin sukar sedikit difahami bagi kanak-kanak di bawah 10 tahun. Sungguhpun begitu, kami juga rasakan, dengan penampilan watak-wataknya, sudah cukup untuk menghiburkan mana-mana kanak-kanak, walaupun mereka tidak faham jalan ceritanya.

HB

Jika dibandingkan dengan filem Disney atau Pixar, lawak jenaka yang ditampilkan dalam filem ini tidaklah begitu lucu jika dibandingkan dengan filem seperti Big Hero 6 atau Wall-e. Mungkin kerana watak utama iaitu Red terlalu serious dan tidak lucu. Tetapi ini tidak bermakna keseluruhan filem ini tidak lucu. Ia juga dipenuhi lawak bersahaja, cuma tidak selucu filem Disney dan Pixar. Mungkin juga ini kerana kami orang dewasa dan citarasa lucu kami berbeza.

Lakonan suaranya tiada masalah terutamanya suara Leonard, Raja Khinzir, yang sangat sesuai dengannya. Suara Chuck juga harus diberi pujian kerana bukan sahaja pelakon suaranya perlu bercakap, malah menyanyi  dan bukan menyanyi sebarang lagu, tetapi lagu dengan suara soprano. Begitu juga dengan beberapa watak lain yang menyanyi dengan baik.

angry-birds-trailer-2-screenshot-pig-egg

Muzik

Salah satu aspek penting yang patut diketengahkan juga adalah aspek muziknya yang menghiburkan. Ia menampilkan pelbagai lagu oldies, lagu “country” dan tidak dilupakan lagu tema Angry Birds yang digubah mengikut kesesuaian. Tanpa lagu-lagu ini, filem Angry Birds Movie pasti kurang serinya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Menampilkan watak-watak dalam permainan video Angry Birds
  • Pelakon suara berbakat
  • Menghiburkan

Negatif

  • Kelucuan bukanlah kekuatan filem ini.
  • Jalan ceritanya mungkin berbeza dari video-video dalam aplikasi permainan Angry Birds.

red_news_trailer_01

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem ini lebih kepada filem untuk peminat Angry Birds. Kelucuan bukanlah kekuatan utamanya, tetapi tidak dapat dinafikan ia merupakan sebuah filem animasi komputer yang menghiburkan. Kami yakin jika anda sekeluarga menonton filem ini, anda pasti terhibur. Cuma mungkin akan kedengaran gelak-ketawa yang kurang sedikit berbanding filem animasi yang lain. Apa pun, kami merekomen filem ini kepada mereka yang berkeluarga dan mereka yang inginkan satu filem yang santai bagi melepaskan tekanan.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Angry Birds Movie [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1V0bdhD