Search This Blog

Masih relevankah belajar ke menara gading pada masa kini

 Zaman dulu orang mengaji sampai peringkat sarjana selalunya boleh jadi pensyarah. Zaman sekarang kalau ada PhD pun belum tentu boleh jadi pensyarah. Aku tau la sebab aku ni berdasarkan pengalaman aku. Kalau tak percaya, cuba la kau ambik master tengok. Dengan syarat kau dah ada ijazah la ataupun Universiti atau kolej offer kau. Ni kau ade SPM kau sembang bagai tanya orang tu orang ni kenape tak jadi pensyarah. Last-last kau cap dia menipu. Ataupun kau cap dia beli sijil. Pala bana bapak kau. Kalau kau tak percaya aku pun, aku ada bukti yang zaman sekarang memang ramai graduan yang kerja bukan saja tak sama bidang, ada juga yang sama level dengan SPM macam operator kilang bagai ,sampai dah usia nak dekat pencen. Dan banyak negara dalam dunia ni macam tu. Tak gile ke.

Bukan lah belajar tinggi-tinggi tu untuk dapat kerja yang sesuai. Asalkan yang ada kaitan pun dah OK. Masalahnya zaman generasi korang ni dah makin susah dik oi. Banyak kolej dan IPT buat subjek-subjek yang ada tu sebagai bisnes. Kalau korang ramai berpakat tak nak sambung belajar, makin sikit lah income kolej ataupun IPT tersebut. Dan ada juga kolej-kolej yang berkualiti, yang cuma menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan syarikat-syarikat tertentu. Kiranya macam joint venture lah. Kalau yang jenis macam tu, kalau kau nak belajar kat situ, memang confirm lah dah habis belajar nanti kau akan dapat kerja kat company yang tu. Contohnya kau ambil bidang pengacara media sosial youtuber ataupun tiktok, bidang livestream gaming ke, bidang spa kecantikan ke, bidang salon rambut ke, bidang katering. Ni semua peringkat diploma tau, bukan sijil. Jangan main-main.

Kalau yang up sikit mungkin bidang hartanah, bidang programming dan macam-macam lagi lah. Kalau kau perasan, ni semua subjek berkaitan ekonomi GIG. Memang kena la dengan zaman sekarang. Faham??