Search This Blog

Seoul Station [Review]

Filem Train to Busan merupakan antara filem Korea yang mendapat sambutan hangat di pawagam baru-baru ini mempunyai sebuah prekuel dalam bentuk anime. Filem anime berkenaan bertajuk Seoul Station. Kami berpeluang menonton filem animasi berkenaan dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.

seoul station

Seoul Station

Seoul Station merupakan filem animasi yang menjadi prekuel kepada filem Train To Busan. Ia menceritakan kisah jangkitan pertama yang berlaku di Seoul Station atau stesen keretapi bawah tanah Seoul. Watak-watak utamanya adalah Suk-gyu, seorang bapa yang mencari anak perempuannya yang telah melarikan diri bernama Hye-Sun yang telah terjerumus ke kancah pelacuran, sebelum “diselamatkan” teman lelakinya, Ki-woong yang akhirnya menkhianatinya kerana bertindak melacurkannya di internet kerana terdesak dek masalah kewangan.

 

Ini menyebabkan mereka bergaduh dan Hye-Sun merajuk membawa diri sekitar Seoul Station. Di situlah bermulanya jangkitan secara beramai-ramai berlaku menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri tidak tentu hala. Pada masa yang sama Suk-gyu dan Ki-woong telah bertemu dan beliau memaksa Ki-woong membawanya berjumpak Hye-sun. Tanpa sebarang amaran, tuan rumah di apartmennya rupa-rupanya telah dijangkiti dan bertukar menjadi zombie. Bermulalah usaha mereka untuk kekal hidup dan pada masa yang sama mencari antara satu dengan lain.

Apakah yang akan terjadi dengan watak-watak utama ini? Tontonlah dilem animasi ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

fullsizephoto752975

Jalan Cerita dan Lakonan Suara

Komen pertama kami mengenai jalan cerita filem animasi ini adalah timeline kejadian-kejadian yang berlaku. Dalam filem ini dipaparkan bahawa Seoul Station telahpun dikerumuni zombie pada awal pagi, namun dalam filem Train To Busan hero-heronya masih boleh menaiki keretapi di stesen berkenaan pada siang harinya. Mungkin ada penjelasan disebaliknya dan mungkin kami perlu menonton semula filem Train to Busan.

Apa pun, jalan cerita filem animasi ini bukanlah suatu yang baharu. Penonton boleh menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya, namun bahagian akhirnya terdapat plot twist yang tidak disangka.

fullsizephoto752973

Menariknya mengenai filem animasi ini adalah, bedasarkan lakonan suaranya filem ini mengikut intonasi dan gaya percakapan dalam filem live action menjadikannya umpama sebuah filem live action yang telah dianimasikan. Walaupun itu suatu yang baik, malangnya, ternyata emosi yang biasanya dikaitkan dengan filem Korea gagal diterjemahkan dalam animasi. Babak-babak yang sepatutnya sedih, kurang dirasai.

Kami perasan terdapat jauh lebih ramai penonton wanita dalam panggung wayang berbanding lelaki. Barangkali mereka mengharapkan tahap emosi filem yang setanding dengan Train to Busan, namun ternyata ia mengecewakan 🙂

Walaubagaimanapun, beberapa babak aksi yang mendebarkan tetapi mendebarkan, walaupun dalam bentuk animasi. Penonton masih merasa “diserap” ke dalam jalan ceritanya yang mendebarkan dan turut sama menyuarakan kebimbangan mereka kepada watak-watak utama.

seoul-station5

Kesan Khas

Mutu animasi filem ini ternyata setanding dengan animasi keluaran Jepun. Malah animasinya kelihatan unik berbanding animasi Jepun. Mungkin ini hasil usaha syarikat animasi Korea yang telah lama membuat animasi untuk syarikat-syarikat Jepun sejak berapa tahun yang lalu. Mereka berjaya menghasilkan satu gaya animasi mereka sendiri. Nampaknya masa depan industri animasi Korea makin cerah.

Positif vs Negatif

Positif

  • Mutu animasi yang tinggi
  • Babak-babak aksi yang mendebarkan
  • Lakonan suara realistik
  • Plot twist di akhir filem

Negatif

  • Jalan cerita yang kurang memberangsangkan
  • Emosi kurang berjaya diterjemahkan dalam bentuk animasi.

fullsizephoto747700

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem ini tidaklah mencapai pengharapan penonton yang meletakkan harapan yang tinggi selepas menonton filem Train to Busan. Pada pendapat kami, filem animasi Korea masih gagal menterjemah emosi sebaik filem animasi Jepun. Anda boleh menontonnya di pawagam, tetapi ia mungkin tidak berbaloi. Tetapi jika anda masih mahu menontonnya, adalah lebih berbaloi dengan membeli tiket murah RM8 di TGV untuk tayangan sebelum 12pm.

Penilaian: 6.5/10

IMDB

The post Seoul Station [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2cL8aqr