Search This Blog

The Girl On The Train [Review]

Kami berkesempatan menonton filem The Girl On The Train tempoh hari tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang latarbelakang filem ini mahupun sebarang prebiu mengenainya. Ia merupakan satu “pertaruhan” kerana kami tidak mengetahui samada berbaloi atau tidak untuk menonton filem ini.

8n95_tp_00009r_0

The Girl On The Train [Review]

Filem The Girl On The Train merupakan adaptasi sebuah novel psikologi tulisan Paula Hawkins mengisahkan watak utamanya Rachel Watson, seorang yang impulsif yang mempunyai masalah ketagihan arak. Beliau telah bercerai dengan suaminya, Tom Watson, sejak dua tahun lalu tetapi masih belum menerima hakikatnya.

Setiap hari ketika beliau menaiki keretapi ke New York, beliau akan berhenti di stesen keretapi rumah bekas suaminya yang pernah menjadi tempat tinggalnya satu ketika dahulu. Di situ, beliau mengambil perhatian kepada isteri baharu suaminya, Anna dan bayi mereka, serta berfantasikan mengenai jiran mereka, Scott dan megan Hipwell yang dilihat sebagai sepasang suami isteri ideal di matanya.

girl-on-the-train-rachel-and-tom

Suatu hari, Rachel melihat Megan mencium seorang lelaki yang bukan suaminya di bahagian beranda rumahnya dan menyangka beliau curang. Dalam keadaan mabuk, dalam perjalan balik dari New York, beliau turun di stesen rumah bekas suaminya. Tetapi beliau akhirnya tersedar di rumahnya tanpa sebarang ingatan tentang apa telah berlaku selepas beliau turn ke stesen keretapi berkenaan. Lebih aneh lagi adalah kepala, tangannya dan bajunya berlumuran darah.

Keesokan harinya, dilaporkan dalam berita bahawa Megan telah menghilangkan diri. Rachel yang tidak dapat menjelaskan apa terjadi pada malam kejadian menjadi suspek utama kes tersebut. Apakah yang terjadi kepada Megan? Adakah beliau masih hidup atau mati? Ketahuilah kesudahannya dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

Megan (HALEY BENNETT) in DreamWorks Pictures’ "The Girl on the Train," from director Tate Taylor and producer Marc Platt. In the thriller, Rachel (Emily Blunt), who is devastated by her recent divorce, spends her daily commute fantasizing about the seemingly perfect couple who live in a house that her train passes every day, until one morning she sees something shocking happen there and becomes entangled in the mystery that unfolds.

Jalan Cerita dan Lakonan

Pertama sekali, diingatkan filem ini merupakan filem thriller penyiasatan dan bagi mereka yang tidak gemar filem yang perlahan dan berunsurkan penyiasatan tentu tidak akan menggemari filem ini. Ia juga untuk penonton di atas umur 18 tahun kerana mempunyai unsur-unsur 18SX.

Berdasarkan fakta itu, sebagai sebuah filem thriller, filem ini mempunyai dua kekuatan utama. Pertama ialah ia menggambarkan keadaan psikologi seorang yang mempunyai masalah ketagihan arak dengan begitu baik. Bagi anda yang tidak pernah mabuk (seperti kami), ia merupakan satu gambaran yang jelas mengenai bagaimana rasanya menjadi mabuk dan mengapa arak diharamkan dalam agama Islam. Lakonan Emily Blunt sebagai Rachel juga sangat baik dan meyakinkan.

GOT015228.RAF

GOT015228.RAF

Kedua, plot twist yang ditampilkan agak sukar dijangka dan itu sememangnya meningkatkan daya tarikan filem ini. Pada awalnya, anda pasti akan menyangka Rachel mempunyai kaitan dengan kehilangan Megan dan walaupun anda berfikir secara logik bahawa “tidak mungkin watak utama adalah orang jahat”, anda tidak dapat menyangka siapakah yang bertanggungjawab dalam kes ini. Anda akan tertanya-tanya siapakah yang bertanggungjawab sehinggalah ke saat terakhir.

Kedua-dua kekuatan ini menjadikan filem ini sebuah filem yang menarik dan tidak dapat dijangka, walaupun tempo filem ini mungkin akan membosankan orang yang kurang meminati filem sebegini.

girlontrain0005

Positif Vs Negatif

Positif

  • Lakonan yang meyakinkan
  • Plot twist yang menarik dan mendebarkan
  • Gambaran psikologi orang mabuk yang dibuat dengan baik.

Negatif

  • Tempo filem yang sedikit perlahan.
  • Tidak sesuai bagi semua orang

gallery4-5717c33a14c70-1

Kesimpulan

Filem The Girl In The Train merupakan sebuah filem yang dari luarnya tidak menarik, namun jika dilayan dengan teliti ia agak menarik juga, terutamanya bagi mereka yang gemarkan filem penyiasatan yang perlahan. Namun, kami tidak pasti samada ia boleh direkomen untuk tontonan di wayang kerana filem sebegini kami biasanya tonton di rumah. Apa pun, tontonlah filem ini setelah tiada lagi filem yang baharu yang anda mahu tonton.

Penilaian 6.5/10

IMDB

The post The Girl On The Train [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2dD9boD