Followers

Monday, May 20, 2013

Cara mudah buat duit dari internet

Sebenarnya selain daripada menjual produk fizikal dan produk digital, kita juga boleh mendapatkan pendapatan dari internet dengan mengiklan. Internet merupakan antara medium pengiklanan yang paling berkesan pada masa kini. Untuk menjadi pengiklan dan menjana pendapatan dari internet, anda boleh mendaftar di sini http://bit.ly/19wr2kk. Sebagai ganjaran, RM 1 percuma diberikan setelah anda mendaftar. Akhir kata, Selamat Maju Jaya!

Suami Terkejut Pelacur Yang Dilanggan Isterinya Sendiri

WARSAW - Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana sang pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri?

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

Wednesday, May 15, 2013

TV3 mohon maaf penyiaran gambar tidak senonoh

Kristen Stewart and Emile Hirsch merupakan pelakon utama filem 'Into the Wild'.


PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...