Search This Blog

Rembat [Review]

Walaupun terdapat beberapa filem yang baik, tidak banyak filem-filem tempatan yang berjaya menarik minat kami untuk menonton di wayang. Namun kami dengan tidak sengaja menonton rancangan di sebalik tabir Rembat di TV tempoh hari dan mendapati filem ini boleh tahan. Jadi kami pun pergi menonton filem ini untuk menilai sendiri filem ini.

maxresdefault (1)

Rembat [Review]

Filem rembat dibintangi pelakon terkenal Shaheizy Sam dan penyanyi bahasa Mandarin Malaysia terkenal Ah Niu. Ia mengisahkan Malik (Shaheizy) dan Chin Chye (Ah Niu). Chin Chye seorang kaki judi yang berhutang dengan Ah Loong dan akibat pergaduhan di kedai mamak akibat perlawanan bola, mereka ditangkap polis semalaman.

Ini mengakibatkan Malik terjerumus sekali dengan masalah yang dihadapi Chin Chye apabila Ah Loong datang mencarinya untuk mengutip hutang judi. Oleh kerana Malik juga memerlukan wang yang banyak, beliau bersetuju untuk membantu Chin Chye mencari wang untuk melangsaikan hutangnya.

Adakah mereka akan berjaya mencari wang yang diperlukan? Tontonlah filem ini di pawagam.

ChinChye

Jalan Cerita

Filem arahan Shamyl Othman ini sememangnya berlainan dari filem berbahasa Melayu yang lain. Paling utamanya adalah tiada babak membazir dan setiap babak mempunyai isi cerita dan lawak jenakanya tersediri. Plotnya juga jelas dan berkembang pada kadar yang optimum membolehkan penonton menikmati filem ini tanpa menghadapi babak membazir yang banyak menghantui filem Malaysia pada masa lalu. Pengolahan babak-babaknya juga bijak dan tidak klise.

Lawak jenaka yang dipaparkan Malik dan Chin Chye memang bersahaja dan lucu serta tiada unsur terdesak untuk memintak gelak-ketawa dari penonton. Namun ia tidaklah sempurna. Sebagai contohnya, penyelesaian bagaimana mereka berjaya melepaskan diri dari cengkaman Ah Loong tidak begitu meyakinkan kerana terlalu mudah dan simplistik.

Harus diberi pujian juga kerana beberapa babak yang dipaparkan dalam filem ini mencabar stereotaip yang menghantui rakyat Malaysia. Sebagai contoh babak di mana Malik mengajak Chye masuk ke masjid dan juga babak yang menampilkan masalah rakyat Malaysia yang selalu menganggap kedai makan orang India sebagai kedai mamak.

Malik

Lakonan

Kami tertarik dengan mutu lakonan dalam filem ini secara spesifik lakonan kedua pelakon utama Shaheizy dan Ah Niu. Jika ada perasan, biasanya dalam sebuah filem berbahasa Melayu, jika ada pelakon Cina sebagai watak utama kedua, tentu watak Cina itu kurang menyerlah berbanding watak Melayu. Begitu juga sebaliknya dalam filem Malaysia berbahasa Mandarin.

MRBaby

Tetapi dalam filem ini, pengarah telah berjaya menampilkan kedua-dua watak ini sebagai kawan sebenar. Jika anda mempunyai kawan rapat berbangsa Cina, tentu anda memahami apa yang kami maksudkan. Tiada kelihatan mana-mana satu pelakon utamanya kurang menyerlah. Malah bila terdapat babak berbahasa Mandarin anda terasa seperti menonton filem berbahasa Mandarin. Anda terlupa seketika anda menonton filem Malaysia.

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita dan perkembangan plot yang mantap dan lucu.
  • Tiada babak membazir.
  • Mengetengahkan budaya dan streotaip rakyat Malaysia sebenar.

Negetif

  • Kesudahan yang agak simplistik
  • Terdapat satu dua kelopongan pada jalan ceritanya, tetapi boleh dimaafkan.

HantuJepun

Kesimpulan

Bukan selalu kami menonton filem Malaysia di pawagam, tetapi filem ini satu pengecualian. Ia bukanlah filem aksi seperti Polis Evo, namun ia sangat menghiburkan dan lakonannya sangat “ikhlas”. Kami memberi jaminan anda tidak akan bosan walaupun sedetik menonton filem ini. Walaupun begitu, kami tidak merasakan ia akan mencapai kutipan sebanyak Polis Evo, melainkan anda membaca review ini, menonton filem tersebut dan merekomen kepada rakan-rakan anda.

The post Rembat [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1K5XZFH