Search This Blog

Boruto Naruto the Movie [Review]

Siri anime Naruto sememangnya sebuah siri yang popular dan ramai yang meratapi penamatan siri anime tersebut. Tetapi siri anime itu kini disambung dengan kisah anak Naruto, iaitu Boruto dan filem animasi Boruto Naruto the Movie adalah filem animasi bagi memperkenalkan Boruto kepada peminat.

boruto_the_movie_lineup_by_verauko-d90t7wl

 Boruto Naruto the Movie [Review]

Sejujurnya saya tidak mengikuti siri anime Naruto buat sekian lama tetapi sekali-sekala saya menonton siri-siri anime tersebut kerana adik-beradik dan rakan-rakan saya merupakan peminat tegar siri animasi ini.

Boruto Naruto the Movie mengisahkan, Boruto, iaitu anak Naruto dan rakan-rakannya menjalani latihan ninja di kampung Konoha. Boruto agak memusuhi bapanya kerana beliau sentiasa sibuk dengan tugas Hokage dan sering mengabaikan Boruto dan adiknya Himawari.

Tidak lama lagi ujian ninja Chunin akan berlangsung dan Boruto dan rakan-rakannya perlu berlatih untuk melepasi ujian tersebut dan menjadi ninja. Saksikan filem anime ini di pawagam GSC berhampiran anda untuk mengetahui kesudahannya.

maxresdefault (2)

Jalan Cerita

Setiap filem animasi Naruto tentunya ada nilai moral yang menjadi tema filemnya. Dalam filem kali ini, nilai yang diketengah ialah bekerja bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita dan jangan mengambil jalan mudah.

Filem ini banyak mengingatkan kami kepada siri-siri pertama Naruto di mana pada masa itu beliau masih lagi kecil dan naif. Jalan cerita filem ini ringkas dan banyak berkisarkan Boruto dan rakan-rakannya bersedia menghadapi ujian Chunin.

naruto-mati-boruto-naruto

Secara keseluruhan, tiada apa yang memberangsangkan tentang jalan ceritanya, melainkan babak-babak lawannya yang agak menarik. Selebihnya hanya biasa sahaja dan anda akan merasakan seperti menonton satu episod siri anime Naruto yang panjang. Ini mungkin kerana isi cerita yang sedikit dan masa tayangannya yang pendek.

Positif dan Negetif

Positif

  • Satu nafas baharu dalam anime Naruto
  • Pengajaran kepada nilai moral yang baik.

Negetif

  • Jalan cerita yang biasa sahaja dan terasa pendek.
  • Tidak banyak lawak jenaka seperti anime Naruto sebelum ini.

bt-0

Kesimpulan

Jika anda seorang peminat siri anime Naruto, filem ini merupakan filem wajib tonton untuk anda. Namun bagi mereka yang bukan peminat tegar, seperti saya, filem anime ini tidaklah begtiu memberangsangkan. Namun begitu, filem ini tidaklah membosankan dan penonton tetap akan terhibur tidak kira anda peminat atau tidak.

The post Boruto Naruto the Movie [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1LeYaiL