Search This Blog

Point Break 2015 [Review]

Kami tidak berapa ingat filem asal Point Break yang diterbitkan pada tahun 1991 dahulu, namun dipengaruhi trailernya yang menarik, kami menonton filem ini bagi melihat sejauh manakah kehebatan filem Point Break 2015 ini.

point_break_2015_movie-wide

 

Point Break 2015 [Review]

Point Break mengisahkan seorang agen FBI baharu bernama Johnny Utah yang ditugaskan menyamar untuk memasuki satu kumpulan penjenayah yang merupakan ahli sukan ekstrim. Johnny sendiri merupakan seorang ahli sukan ekstrim tetapi telah berhenti setelah kematian rakannya dalam satu kemalangan motosikal ketika membuat penggambaran iklan bersamanya.

Point-Break-2015

Kumpulan penjenayah yang diketuai Bodhi itu bertanggungjawab ke atas beberapa rompakan yang berbahaya dan berjaya melarikan diri hasil kemahiran sukan ekstrim mereka.

Dapatkan Johnny menangkap mereka sebelum mereka melakukan satu lagi jenayah? Tontonlah filem ini.

Jalan Cerita

Kami tidak mengingati jalan cerita filem asal Point Break, namun nampaknya filem baharu ini tidaklah mempunyai jalan cerita yang begitu menarik. Walaupun ia merupakan filem penyiasatan, namun sebahagian besar filem ini memaparkan tentang ahli sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka. Sebahagian babaknya agak membosankan dan kami hampir tertidur beberapa kali.

point-break

Ia sememangnya mempunyai babak-babak sukan ekstrim seperti papan luncur salji, luncur air dan wing suit yang menarik, namun jalan cerita penyiasatannya hanya sedikit dan tidak menepati harapan untuk sebuah filem aksi yang menarik. Aksi sukan ekstrim di Youtube lebih menarik daripadanya.

Positif Vs Negatif

Positif

  • Sinematografi sukan aksi yang agak menarik

Negatif

  • Jalan cerita yang agak membosankan
  • Lebih kepada drama berbanding filem aksi.

Kesimpulan

Point Break 2015

Filem Point Break 2015 bukanlah sebuah filem yang berbaloi ditonton di panggung. Ia antara filem yang hanya dibikin untuk memeriahkan panggung wayang. Jika anda bukan peminat sukan ekstrim, tidak rugi anda tidak menontonnya. Bagi yang meminati sukan ekstrim, mungkin anda boleh menyelami pemikiran seorang hippies sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka.

IMDB

The post Point Break 2015 [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1HUjmA7