Search This Blog

Storks [Review]

Filem Storks bukanlah sebuah filem animasi komputer yang berada dalam radar kami, namun terima kasih kepada YES 4G kerana menyumbangkan tiket tayangan perdana percuma bagi kami menonton filem animasi yang menarik ini.

storks

Storks [Review]

Ketika kecil oleh kerana sesetengah ibu bapa sukar menceritakan bagaimana proses manusia dilahirkan, mereka mereka cerita bahawa bayi dihantar ke rumah ibubapa mereka oleh burung bangau (Storks). Menggunakan ini sebagai asas, filem Stork memulakan ceritanya dengan memperkenalkan organisasi burung bangau ini yang dahulunya menghantar bayi tetapi selepas satu insiden, ia bertukar menjadi organisasi menghantar barangan jualan online yang digelar “Cornerstore.com”.

Junior merupakan seorang bangau yang bercita-cita menjadi Bos cornerstore.com dan ditugaskan oleh bos sedia ada, Hunter, untuk memecat Tulip, seorang gadis yang terlibat dalam insiden yang disebut di atas di mana bangau penghantarnya jatuh cinta dengannya dan tidak mahu melepaskannya. Dalam insiden itu, alat penunjuk arah penghantaran telah pecah dan Tulip tidak dapat dihantar kepada ibu bapa sebenarnya.

the_baby_storks_2016-852x480

Tetapi Junior yang baik hati tidak sanggup memecat Tulip lalu menghantarnya bekerja di jabatan surat menyurat yang telah tutup sejak insiden berkenaan. Jabatan ini mengurus surat-surat orang yang meminta anak. Segalanya menjadi kelam kabut apabila Tulip menerima dan memproses satu surat dari seorang kanak-kanak yang inginkan seorang adik, tetapi beliau tidak sepatutnya memproses surat tersebut. Jika Hunter tahu mengenainya, pasti Junior akan dipecat.

Apa yang akan terjadi kepada Tulip dan Junior? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

storks_2016

Jalan Cerita dan Lakonan

Untuk pengetahuan anda, filem animasi ini dibikin oleh syarikat yang sama yang membikin filem animasi komputer The Lego Movie, jadi jika anda gemarkan filem tersebut anda pasti menyukai filem ini kerana ia mempunyai banyak persamaan dari segi gaya persembahan watak dan jalan cerita.

Bercakap mengenai jalan ceritanya, ia mempunyai jalan cerita yang sangat lucu dan bersahaja, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan nilai-nilai kekeluargaan yang sering hilang di zaman gajet dan teknologi ini. Ia juga mengetengahkan dugaan dalam membesarkan bayi dan ia berjaya membawa mesejnya dengan baik dan menghiburkan.

Watak-wataknya juga mempunyai perwatakkan yang bersahaja dan tidak kelihatan seperti terdesak untuk membuatkan anda ketawa. Kombinasi watak Tulip dan Junior sangat menjadi dan serasi serta sentiasa membuatkan anda tidak kering gusi.

Kesan Khas

Walaupun filem animasi CGI seperti ini bukanlah suatu yang luarbiasa, namun rekaan watak-wataknya dan kebolehan watak-watak dalam filem ini sememangnya kreatif dan kadang-kala tidak disangka oleh penonton. Elemen kejutan ini menambahkan lagi keseronokan menonton filem ini.

Positif Vs Negatif

Positif

  • Lawak bersahaja yang sangat lucu menyebabkan satu panggung bergelak ketawa.
  • Ibubapa baharu tentu akan mengiyakan babak-babak dalam filem ini kerana mereka tentu pernah melaluinya semasa membesarkan anak.
  • Nilai moral yang boleh menyedarkan ibubapa yang sibuk bekerja dan mengabaikan anak.

Negatif

  • Walau apa pun alasannya, kisah bayi datangnya dari langit dan dibawa oleh bangau adalah dongeng. Pastikan anak-anak mengetahuinya.
  • Tiada lagu tema yang ohsem seperti dalam Lego Movie.

storks_image2-1024x600

Kesimpulan

Sebenarnya pada hari tontonan filem ini, saya sudah berfikir tidak mahu hadir ke acara tayangan perdana ini kerana tiada mood disebabkan beberapa perkara yang berlaku pada hari berkenaan. Namun saya gagahkan juga dan terus menonton filem ini. Syukurlah filem ini begitu menghiburkan sekaligus membuatkan saya melupakan segala perkara buruk yang berlaku pada siang harinya. Oleh sebab itu, kami merekomen filem ini kepada anda, terutamanya yang mempunyai anak. Anda pasti tidak akan kecewa dan anak-anak anda tentu akan terhibur. Percayalah.

The post Storks [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2d5ESrZ