Search This Blog

Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows [Review]

Kami sebenarnya tidak berapa menggemari filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang pertama. Ia OK, tetapi tidaklah sehebat mana. Kini filem keduanya, Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows telah mula ditayangkan dan kami mahu melihat samada ia menampilkan apa-apa pembaharuan yang menarik.

Teenage Mutant Ninja Turtles 2-out-shadows

Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows [Review]

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows menyambung kisah filem pertama di mana Sensei Shredder telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Tetapi dalam perjalanan untuk ke penjara, beliau telah diselamatkan konco-konconya dan jelas sekali mereka mempunyai agenda tersendiri yang melibatkan mesin teleport yang mampu membawa sebarang objek atau orang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sekelip mata.

Teenage-Mutant-Ninja-Turtles-Out-of-the-Shadows-24

Sementar itu wira-wira kita sedang bergelut dengan masalah identiti di mana mereka mahu lebih dikenali dan dihargai warga New York. Apakah yang akan mereka lakukan untuk mengatasi konflik tersebut dan apa pula rancangan pihak Shredder kali ini?

teenage-mutant-ninja-turtles-out-of-the-shadows-movie

Jalan Cerita dan Lakonan

Sejujurnya, terdapat dua kebarangkalian. Pertama, filem ini sememangnya dibuat khas untuk remaja dan kanak-kanak. Kedua, kami sudah terlalu tua untuk filem ini, walaupun sebagai kanak-kanak, Ninja Turtles merupakan salah satu kartun kegemaran kami. Kami dapati jalan cerita terlalu mudah dan ringkas buat cita rasa kami. Kami tidak mengatakan ia tidak bagus, tetapi kami rasakan jika anda mahu menonton filem kerana jalan cerita yang baik, ini bukanlah filem untuk anda.

7157346_teenage-mutant-ninja-turtles-out-of-the_tcfd8fd11

Tetapi pada pendapat kami ia lebih sesuai dan menghiburkan bagi penonton remaja atau kanak-kanak. Ia tidak mempunyai unsur darah dan keganasan yang melampau, malah tiada kematian yang jelas dalam babak-babaknya. Ia juga menampilkan beberapa watak baharu, Casey Jones, Rocksteady dan Bebop, serta watak Comander Krang (Makhluk menjelikkan yang dibawa dalam sebuah cyborg).

1463405973789

Malangnya lakonan watak-watak dalam filem ini agak kaku, terutamanya Casey Jones yang jelas sekali agak kaku dalam lakonannya. Watak-watak lain secara umum juga membawa mutu lakonan tahap siri TV kanak-kanak.

shredder-in-teenage-mutant-ninja-turtles-out-of-the-shadows

Kesan Khas dan Muzik

Anda tentu sudah sedia maklum bahawa penggambaran filem ini banyak menggunakan CGI, maklumlah watak Ninja Turtle sukar dilakonkan secara live action. Walaupun usaha menggabungkan CGI dan rakaman video sebenar, namun penggunaan terlalu banyak CGI menjadikan filem ini kurang memberangsangkan.

krang-will-be-the-main-villain-in-teenage-mutant-ninja-turtles-out-of-the-shadows-748941

Positif Vs Negatif

Positif

  • Memperkenalkan watak-watak baharu
  • Jika anda tergolong dalam golongan remaja atau kanak-kanak, anda akan menyukai filem ini

Negetif

  • Ia mungkin tidak sesuai untuk golongan dewasa dengan lawak yang agak slapstik
  • Jalan cerita yang boleh dijangka
  • Lakonan kaku dan berada di tahap siri TV kanak-kanak

teenage-mutant-ninja-turtles-out-of-the-shadows-tyler-perry-baxter-stockman

Kesimpulan

Walaupun review kami, sebagai orang dewasa, agak negatif, jangan biarkan ia menghalang niat anda menonton filem ini. Ramai juga golongan remaja yang menonton filem ini di pawagam yang sama bergelak-ketawa dan terhibur menonton filem ini. Mungkin ia hanya tidak sesuai dengan citarasa golongan dewasa yang agak serious seperti kami. Mungkin ia peluang yang baik membawa anak-anak atau anak saudara anda untuk sama-sama menonton filem ini.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1UFrKWi