Search This Blog

Warcraft The Beginning [Review]

Kami bukanlah pemain permainan video Warcraft mahupun peminatnya, kami biasa mendengar mengenai permainan ini sejak ia dilancarkan semasa kami berada di bangku sekolah menengah pada penghujung 90-an. Jadi, kami tertarik untuk menonton filem adaptasi permainan video tersebut yang telah mula ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Walaupun ulasan awal dari pengkritik filem yang menonton Warcraft The Beginning lebih ke arah negatif, seperti biasa, kami lebih gemar membuat ulasan sendiri.

warcraft-01

Warcraft The Beginning [Review]

Warcraft The Beginning mengisahkan permulaan pergolakan antara dunia Orc dan Azeroth yang dihuni manusia dan beberapa kaum lain yang berlanjutan selama beratus tahun. Dunia Orc yang  kian tenat menyebabkan mereka menggunakan kuasa sihir gelap untuk menghasilkan portal ke Azeroth dengan tujuan menawan dunia tersebut. Tetapi penggunaan sihir gelap ini mengorbankan nyawa untuk digunakan.

wm0

Ditengah-tengah pergolakan ini, terdapat beberapa watak. Duratan merupakan seorang pembesar dalam kaum Orc yang berjiwa murni. Beliau tidak bersetuju dengan strategi kaum Orc yang diketuai Gul’dan, seorang ahli sihir yang jahat. Di pihak manusia pula, Loathar, seorang pahlawan dan rajanya, dibantu oleh seorang ahli sihir muda, Khadgar serta pelindung Azeroth, Meredith, bertungkus lumus mempertahankan Azeroth dari dikuasai puak Orc.

Mampukah mereka mempertahankan dunia mereka? Jawapannya boleh diperolehi dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

18acdfef03a951e03c12b54e0042fcb1

Jalan Cerita dan Lakonan

Kebanyakan yang memberikan komen negatif terhadap filem ini datangnya dari golongan peminat setia permainan video Warcraft, mungkin kerana mereka sudah ada satu gambaran atau expectation bagaimana sebuah filem Warcraft patut dibikin. Namun kami sebagai golongan bukan peminat tegar mendapati tiada apa masalah dengan jalan ceritanya. Ia tidaklah sehebat trilogi Lord of The Rings, tetapi ia juga tidaklah teruk. Malah kami dapat menghayat jalan ceritanya yang menarik dan penuh aksi. Tiada saat pun kami rasa bosan.

Jalan ceritanya disusun dengan baik, walaupun terdapat babak-babak di mana dialognya lebih pendek dari jangkaan. Latarbelakang kaum Orc dan manusia juga diterangkan dengan jelas bagi mereka yang tidak tahu banyak tentang Warcraft seperti kami. Gabungan babak klimaks dan anti-klimaks juga seimbang dan memberikan nilai hiburan yang sekata. Pendek kata, tiada masalah dengan jalan ceritanya, cuma ia tidaklah sehebat filem epik seperti Lord of the Rings. Walaubagaimanapun, ia boleh dimaafkan memandangkan filem ini hanyalah filem pengenalan bagi francais filem Warcraft yang akan datang.

maxresdefault (9)

Kebanyakan watak terutamanya kaum Orc dijana oleh komputer dan penggunaan teknik motion capture digunakan dengan sangat berkesan dengan ekspresi muka yang realistik dan berperasaan. Filem ini mempunyai sedikit unsur ganas yang tidak keterlaluan, jadi ia mungkin tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak bawah 13 tahun. Tiada komen mengenai lakonan pelakon-pelakon utamanya memandangkan mutu lakonan mereka adalah pada tahap yang diharapkan dari pelakon Hollywood.

Kesan Khas

Seperti disebut sebelum ini, kesan khas motion capture untuk kaum Orc memang dilakukan dengan berkesan. Sungguhpun begitu, penggunaan CGI dengan terlalu banyak, menyebabkan filem ini kelihatan sedikit seperti babak-babak cutscene dalam permainan video. Malah sesetangah babak seperti penampilan peta Azeroth yang menunjukkan perkampungan yang diserang Orc memang kelihatan seperti paparan dalam sebuah permainan strategi Warcraft. Barangkali mereka sengaja membuat demikian untuk menguja peminat permainan video tersebut.

Dominic-Cooper-in-Warcraft-384708

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita menarik
  • Animasi Orc yang berkesan
  • Plot twist di bahagian akhirnya agak tidak disangka

Negetif

  • Tidaklah sehebat filem epik seperti Lord Of The Rings
  • Sesetengah babak mempunyai terlalu banyak CGI yang kurang realistik menyebabkan ia kelihatan seperti babak dalam permainan video.
  • Jalan ceritanya bukanlah suatu yang baharu dan boleh dijangka.

warcraft-movie-images-hi-res-1

Kesimpulan

Walaupun mendapat review awalan negatif, filem Warcraft The Beginning merupakan satu filem adaptasi permainan video yang baik. Ia juga satu filem yang meletakkan asas yang baik untuk filem-filem seterusnya. Kami tidak yakin filem akan menjadi popular seperti Lord of the Rings, tetapi kami sangat yakin filem ini bukan flop. Malah pawagam kami penuh ketika menonton filem ini. Jadi kami merekomen filem ini kepada peminat filem epik dongeng, walaupun merekase belum ini tidak pernah mengenali apa itu Warcraft.

IMDB

The post Warcraft The Beginning [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1Ynqzhf