Search This Blog

Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]

Siri filem Hunger Games bukanlah siri filem kegemaran kami. Selain memaparkan versi revolusi berasaskan acuan barat yang idealistik dan tidak realistik, siri ini juga tidak mempunyai jalan cerita yang kukuh. Namun kerana telah menonton tiga filem permata, kami terasa satu kewajiban untuk menonton filem terakhir dalam siri tersebut, Hunger Games Mockingjay Pt 2.

Hunger Games Mockingjay Pt2

Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review]

Dalam filem Hunger Games Mockingjay pt 2, golongan pemberontak di ambang kemenangan  dalam usahanya menggulingkan Presiden Snow. Namun di saat-saat terakhir inilah Katness diselebungi rasa sangsi mengenai peranannya dalam peperangan melawan Capitol dan kepimpinan pemberontak yang semakin mencurigakan.

Ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bertindak sendiri, dengan bantuan ahli-ahli pemberontak yang dipercayainya. Adakah beliau akan berjaya membawa pemberontak menuju kejayaan? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

gwendoline

Jalan Cerita

Boleh dikatakan jalan cerita filem terakhir ini berada di tahap filem sebelumnya. Tidak begitu mengujakan, dengan sedikit babak aksi di sana sini. Namun filem kali ini mempunyai strukur yang agak pelik. Ia bermula sedikit perlahan, kemudian klimaks di bahagian pertengahan filem dan kemudian suku bahagian terakhir yang perlahan.

Sepertimana filem-filem sebelum ini, kami tidak berpuas hati dengan bagaimana pengarah mematikan seseorang watak dalam filem ini yang terlalu simplistik dan kadang-kala terlalu tidak dramatik. Contohnya, watak Boggs, seorang askar berpangkat dalam kumpulan Katness berjaya mengharungi jerangkap sama machine gun, namun terpijak periuk api lalu mati. Agak tidak professional.

Paling ketara adalah bahagian penamat filem ini pasti tidak dijangka oleh penonton. Mood penamatan filem ini juga tidak seperti yang dijangkakan. Ramai yang inginkan penamat yang gembira, namun filem ini mengejutkan semua dengan penamatnya yang terbuka kepada interprtasi penonton.

151119103724-hunger-games-mockingjay-part-2-group-780x439

Barangkali penulis filem ini telah jemu menggunakan naratif idealistik barat dalam penulisan jalan cerita filem ini, sebaliknya mengguakan elemen realiti konflik/peperangan untuk memberikan nafas baharu dalam filem ini dan ia berjaya menamatkan siri filem Hunger Games dengan baik tanpa sebarang kotroversi.

Die Tribute von Panem - Mockingjay Teil 2

Positif VS Negatif

Positif

  • Penamat yang baik
  • Babak aksi, walaupun sedikit namun mendebarkan

Negetif

  • Struktur jalan cerita yang agak pelik
  • Sebagai filem ia hanya OK sahaja

Hunger Games Mockingjay Pt 2

Kesimpulan

Filem Hunger Games Mockingjay Pt 2 tidak dapat dinafikan merupakan penamat kepada siri Hunger Games yang dibikin dengan baik. Namun sebagai sebuah filem, ia sebuah filem yang hanya biasa sahaja. Tiada apa yang begitu menarik mengenai filem ini selain bejaya menamatkan siri filem Hunger Games dengan baik dan penonton berasa puas hati dengan penamatnya. Bagi mereka yang telah menonton 3 filem sebelumnya, tontolah filem penamat ini, walaupun anda tidak begitu menggemari filem sebelumnya. Anda tidak rugi.

IMDB

The post Hunger Games Mockingjay Pt 2 [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1NpiXrx

Beza filem dahulu dan sekarang

Antara filem zaman dulu dan sekarang, aku lebih prefer filem2 zaman dulu. Sebagai contoh, filem sci-fi Star Wars, Jaws I,II,III, Superman I,II,III, Incredible Hulk, Robocop, Knight Rider dan banyak lagi. Slot yang best pula mase zaman dulu adalah seperti Mega Movie.

Walaupun mase zaman tu (90-an), teknologi perfileman belum lagi canggih, belum ade teknologi CGI  (computer-generated imaginary) . Pada aku, filem dulu lebih realisitik sebenarnya. Ini kerana, penggunaan grafik yang dihasilkan melalui aplikasi pengkomputeran akan menyebabkan visual atau pun pemandangan di dalam filem nampak lebih palsu serta merapu. Dengan kata lain, tak masuk akal.

Dulu kalau kategori drama bersiri luar negara, waktu petang, aku minat sebuah drama bertajuk 'Manimal'. Gabungan perkataan 'man' dan 'animal'. Dalam drama Inggeris berepisod ini, watak lelaki di dalam drama ini boleh bertransformasi menjadi haiwan2 seperti helang, harimau kumbang dan ular. Ada beberapa juga haiwan lain tetapi jarang-jarang berbanding ketiga-tiga jenis haiwan ini. Zaman ni belum ade lagi CGI. Maksudnya, kalau korang tengok lelaki ni berubah jadi haiwan, korang akan lihat perubahan atau pun transformasi atau transisi yang agak cepat (kurang slow-motion) berbanding filem zaman sekarang. Namun begitu, aku tetap melihat ia sangat lebih realistik berbanding filem zaman sekarang. Tak tahu kenapa...

Drama2 bersiri luar negara yang seiring drama2 seperti Manimal ini termasuk lah drama dari jepun seperti, Oyuki, Maero Attack, Akantare, Gaban dan Suria Perkasa Hitam. FIlem kartun pula adalah seperti Ninja Turtles(budak sekarang pun tau), Thundercats, Silver Hawk, Spiral Zone, Transformers(budak sekarang tau tapi yang movie punye) dan banyak lagi..Zaman ni, aku tak pula nampak kelibat Naruto. Kalau korang citer pasal Naruto, maksudnya bukan pada zaman ni la. Dan aku memang tak tengok apa2 kartun sangat dah pada zaman aku sekarang ni.

Slot Mega Movie seperti 'The Fright Night' memang superb. Mase dia transform jadi vampire, hantu bagai, kamera akan ulang2 tukar gambar (yang berkaitan dengan transformasi seperti pada anggota badan lain) sehinggalah transformasi selesai dengan jayanya. Dan aku tak dapat bayangkan berapa banyak kali diorang kene make-up pelakon tu, hehe,,,

Costume serta topeng vampire dalam filem Fright Night ni hampir sama macam dalam muzik video klip Michael Jackson tahun 1982 berjudul "thriller". Best kan video muzik tu? Meletup2 jualan album Michael Jackson dek kerana video klip tu.

Berkenaan filem Star Wars pula, dalam tahun 70-90an filem ni antara filem yang box office. Sutradara filem ini ialah George Lucas. Bagi aku, walaupun bajet pembikinan filem dulu2 lebih tinggi berbanding sekarang dek kerana penggunaan prop yang banyak berbanding zaman sekarang yang hanya memerlukan penggunaan teknologi komputer, filem zaman sekarang tetap tidak dapat dan tidak sama di dalam menandingi kerealistikan filem zaman dahulu,



Boruto Naruto the Movie [Review]

Siri anime Naruto sememangnya sebuah siri yang popular dan ramai yang meratapi penamatan siri anime tersebut. Tetapi siri anime itu kini disambung dengan kisah anak Naruto, iaitu Boruto dan filem animasi Boruto Naruto the Movie adalah filem animasi bagi memperkenalkan Boruto kepada peminat.

boruto_the_movie_lineup_by_verauko-d90t7wl

 Boruto Naruto the Movie [Review]

Sejujurnya saya tidak mengikuti siri anime Naruto buat sekian lama tetapi sekali-sekala saya menonton siri-siri anime tersebut kerana adik-beradik dan rakan-rakan saya merupakan peminat tegar siri animasi ini.

Boruto Naruto the Movie mengisahkan, Boruto, iaitu anak Naruto dan rakan-rakannya menjalani latihan ninja di kampung Konoha. Boruto agak memusuhi bapanya kerana beliau sentiasa sibuk dengan tugas Hokage dan sering mengabaikan Boruto dan adiknya Himawari.

Tidak lama lagi ujian ninja Chunin akan berlangsung dan Boruto dan rakan-rakannya perlu berlatih untuk melepasi ujian tersebut dan menjadi ninja. Saksikan filem anime ini di pawagam GSC berhampiran anda untuk mengetahui kesudahannya.

maxresdefault (2)

Jalan Cerita

Setiap filem animasi Naruto tentunya ada nilai moral yang menjadi tema filemnya. Dalam filem kali ini, nilai yang diketengah ialah bekerja bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita dan jangan mengambil jalan mudah.

Filem ini banyak mengingatkan kami kepada siri-siri pertama Naruto di mana pada masa itu beliau masih lagi kecil dan naif. Jalan cerita filem ini ringkas dan banyak berkisarkan Boruto dan rakan-rakannya bersedia menghadapi ujian Chunin.

naruto-mati-boruto-naruto

Secara keseluruhan, tiada apa yang memberangsangkan tentang jalan ceritanya, melainkan babak-babak lawannya yang agak menarik. Selebihnya hanya biasa sahaja dan anda akan merasakan seperti menonton satu episod siri anime Naruto yang panjang. Ini mungkin kerana isi cerita yang sedikit dan masa tayangannya yang pendek.

Positif dan Negetif

Positif

  • Satu nafas baharu dalam anime Naruto
  • Pengajaran kepada nilai moral yang baik.

Negetif

  • Jalan cerita yang biasa sahaja dan terasa pendek.
  • Tidak banyak lawak jenaka seperti anime Naruto sebelum ini.

bt-0

Kesimpulan

Jika anda seorang peminat siri anime Naruto, filem ini merupakan filem wajib tonton untuk anda. Namun bagi mereka yang bukan peminat tegar, seperti saya, filem anime ini tidaklah begtiu memberangsangkan. Namun begitu, filem ini tidaklah membosankan dan penonton tetap akan terhibur tidak kira anda peminat atau tidak.

The post Boruto Naruto the Movie [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1LeYaiL

Spectre [Review]

Khabarnya filem Spectre merupakan filem James Bond terakhir yang dilakonkan Daniel Craig, namun ia masih belum muktamad. Namun, apa pun filem ini antara filem yang ditunggu-tunggu sebelum kehadiran filem Star Wars The Force Awakens bulan hadapan. Bagaimanakah penilaian kami mengenainya? Teruskan membaca.

Spectre

Spectre [Review]

Setelah kematian M dalam filem Skyfall, James Bond diberikan satu arahan rahsia untuk membunuh Marco Sciarra dan menyiasat satu organisasi rahsia yang bakal menguasai dunia melalui penguasaan sistem perisikan negara paling berkuasa di dunia.

Mampukah James Bond membongkar organisasi rahsia ini dan seterusnya menyelamatkan dunia? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

james-bond-spectre_3251384k

Jalan Cerita

Kami boleh menyimpulkan jalan cerita filem Spectre sebagai mendatar. Jalan ceritanya biasa sahaja dan aksi-aksi yang ditampilkan tidak begitu mendebarkan serta pendek. Sungguhpun begitu ia tidaklah begitu membosankan. Anda masih berasa terhibur mengikuti jalan ceritanya, cuma anda tidak boleh mengharapkan apa-apa di luar kebiasaan sebuah filem James Bond.

Watak jahatnya juga tidaklah begitu handal dan agak mudah bagi James Bond mengalahkannya. Umpama bermain permainan video Call of Duty dalam mod paling mudah.

spectre-1

Tetapi, mungkin apa yang membuatkan anda tidak bosan menonton filem ini ialah pengolahan jalan ceritanya di mana perkembangan jalan ceritanya dari satu babak ke babak yang lain disusun dengan baik oleh pengarah dan penulisnya.

Produksi

Paling menarik mengenai filem ini ialah kereta Aston Martin DB10 yang dipaparkan dalam filem ini. Ia adalah kereta Bond paling cantik setakat ini. Khabarnya hanya 10 buah kereta ini dibuat dan hanya sebuah akan dilelong kepada umum.

Turut ditampilkan adalah telefon pintar Sony Xperia dan pelbagai jenis pakaian dan barangan berjenama yang tidak pernah anda dengar. Ia umpama iklan barangan mewah.

Daniel Craig

Positif Vs Negetif

Positif

  • Susunan babak-babak yang tidak membuatkan anda bosan
  • Aston Martin DB10

Negetif

  • Jalan cerita yang mendatar
  • babak aksi yang pendek dan tidak begitu mendebarkan
  • James Bond kelihatan sedikit tua dalam filem ini

james-bond-spectre

Kesimpulan

Filem Spectre sebenarnya tidak membosankan, cuma ia juga tidak mengujakan. Sepertimana yang kami katakan tadi, jalan ceritanya mendatar dan babak aksinya tidak terlalu mendebarkan, ia umpama bermain permainan video Call of Duty dalam mod mudah kerana anda hanya mahu mengetahui jjalan ceritanya dan tidak terlalu teruja untuk bermain. Anda bolehlah menonton filem ini hanya untuk melengkapkan tontonan filem James Bond, tetapi jangan berharap sebuah filem yang mengujakan.

Penilaian – 6/10

The post Spectre [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1HCKFJc

Terima kasih cinta

Terima kasih cinta untuk segalanya. Kau tak beri aku kesempatan itu. Akan berulang lagi semua kesalahanku yang pernah menyakitimu...

Sedap tak lagu aku yang diciplak kemudian diberi nafas berbau ni? Hehe..

Tak de lah..aku mengaku ...cinta itu suci. Tapi masalahnya cinta manusia ni kekadang mudah dikhianati. Tak kira apa jantina, dua2 boleh buat hal. Memang celaka lah perempuan. (aku cakap perempuan sebab aku lelaki)

Aku tak pernah bercinta. So, aku tak tau. Aku men cakap je. Tapi...macam pernah la. CInta ke tu? Bukan kot...

Dah berbuih mulut aku beritau satu dunia, orang tetap anggap aku bebudak. Sial lah manusia yang suka judge orang. Tanye la dulu....

Bahalol sungguh.


Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]

Sepertimana yang anda ketahui, siri filem Paranormal Activity merupakan siri filem seram yang kononnya diambil sendiri oleh watak-watak dalam filem menggunakan kamera “amatur”. Dalam satu atau dua filem pertamanya, ia telah memaparkan pengalaman puaka yang tidak keterlaluan, namun dalam filem-filem terakhirnya, jalan ceritanya semakin mengarut. Adakah ini sama untuk filem terbaharu dalam siri ini, Paranormal Activity The Ghost Dimension? Ini ulasan kami.

paranormal

 

Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]

Paranormal Activity The Ghost Dimension mengisahkan keluarga Ryan dan Emily yang mempunyai seorang anak kecil bernama Leila. Mereka baharu berpindah ke rumah baharu. Adik Ryan, Mike yang baharu berpisah dengan teman wanitanya, datang untuk tinggal bersama mereka.

 

Dalam membuat persiapan Krismas, mereka terjumpa sebuah kamera istimewa tersimpan dalam kotak di dalam rumah mereka. Kamera tersebut ditemui bersama beberapa buah kaset VHS yang menunjukkan rakaman aktiviti pemujaan syaitan. Setelah mencubanya, didapati kamera itu boleh merakam dimensi hantu.

Sejak penemuan itu, anak mereka, Leila disapa satu entiti bernama Toby yang menjadi kawannya. Kelakuannya semakin pelik sejak berkawan dengan entiti itu.

Apakah kesudahan filem ini? Tontonilah di pawagam berhampiran anda.

NEDxCn9bCZt9GK_1_b

Jalan Cerita

Berbeza dengan filem-filem sebelumnya, Paranormal Activity The Ghost Dimension menampilkan sebuah filem dengan jalan cerita yang lebih mendalam berbanding filem-filem sebelumnya. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna filem ini sebuah filem yang menarik.

Mungkin dalam babak-babak awal filem di mana Ryan dan Mike menemui kamera istimewa dan menyiasat kaset VHS, filem ini menunjukkan potensinya, namun selepas itu, jalan ceritanya boleh diramal, terutamanya jika anda telah menonton filem-filem sebelumnya.

paranormal-activity-the-ghost-di

Sebenarnya banyak babak-babak pelik yang tidak sepatutnya berlaku jika difikirkan secara logik. Contohnya, pada kebiasaannya, seseorang itu tidak akan merakamkan perbualan peribadi mereka yang membincangkan hal berkenaan perkara aneh yang sedang berlaku kepada mereka.

Satu lagi contoh adalah, sekiranya seseorang itu mendapati anak mereka diganggu makhluk ghaib, sudah tentu mereka tidak akan membenarkannya tidur di bilik sendiri dan mungkin terus memanggil pakar dalam bidang ghaib. Ini tidak berlaku dalam filem ini, sebaliknya mereka terus membenarkan anak mereka tidur dibiliknya walaupun mengetahui 1001 bahaya boleh berlaku padanya.

video-paranormal-activity-the-ghost-dimension-30-sec-tv-spot-videoSixteenByNine1050

Paling mengecewakan ialah tiada babak seram dalam filem ini, cuma ada babak yang mengejutkan. Jadi bagi mereka yang gemarkan filem yang memberi kesan seram yang mendalam, filem ini bukan filem untuk anda. Kekurangan faktor seram mungkin disebabkan jalan cerita filem yang memang tidak realistik.

Buat pertama kalinya, penggunaan CGI yang meluas menambahkan lagi faktor tidak realistik filem ini.

PARANORMAL ACTIVITY THE GHOST DIMENSION

Positif VS Negetif

Positif

  • Berbanding filem-filem sebelum ini, ia mempunyai jalan cerita yang jelas, walaupun tidak begitu menarik.
  • Penggunaan CGI yang lebih banyak berbanding filem sebelumnya.

Negatif

  • Filem dipenuhi babak mengejutkan, tetapi tidak seram.
  • Mengikuti formula yang sama dengan filem Paranormal Activity 4 sebelumya

image

Kesimpulan

Filem Paranormal Activity The Ghost Dimension merupakan sebuah filem seram yang menggunapakai formula yang sama seperti filem-filem sebelumnya iaitu membuatkan penonton terkejut dan bukannya sebuah filem yang begitu seram. Mungkin salah satu sebab utamanya ialah filem seram Holywood tidak serasi dengan penonton Asia. Penonton Asia lebih menggemari filem seram Thai dan Korea yang mempunyai nilai-nilai universal di kalangan penonton Asia. Apa pun, jika anda sememangnya mengikuti filem-filem Paranormal Activity, tontonlah filem ini kerana ia adalah yang terbaik di antara semua filem dalam siri berkenaan.

Ivy George plays Leila in Paranormal Activity: The Ghost Dimension from Paramount Pictures.

The post Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1WqDVoB