Search This Blog

Prosedur skrip Polis Diraja Malaysia | POLIS EVO


Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam dalam 'Polis Evo'.
  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Polis Evo iaitu Ghaz Abu Bakar menjelaskan penggambaran filem tersebut tertunda beberapa kali berikutan terpaksa mengikut garis panduan skrip Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ghaz berkata, dia banyak mengubah semula beberapa adegan dalam skrip asal mengikut kesesuaian bagi memastikan kualiti skrip dan filem tersebut mencapai tahap terbaik.

"Ya, penggambaran tertunda kerana rombakan skrip dan prosedur yang perlu diikuti mengikut garis panduan pihak PDRM selain perancangan perlu dilakukan dengan rapi.

"Kami juga sentiasa memastikan skrip yang akan diucap itu memberi kesan terhadap filem," ujarnya kepada mStar Online.
Ghaz diminta mengulas tentang penangguhan filem tersebut selama dua bulan akibat masalah tertentu ketika penggambaran dilakukan pada penghujung tahun 2014.

Tambah Ghaz, apa yang diolah semula adalah bagi memastikan filem tersebut dapat mengangkat imej pasukan polis di mata masyarakat negara ini.


Barisan mereka yang terlibat dalam Polis Evo.
Dalam pada itu, ditanya tentang perbezaan filem tersebut dengan filem berciri kepolisian sebelum ini iaitu Romeo Kota lakonan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad, Ghaz berkata, Polis Evo mempunyai elemen yang berbeza.

"Saya ada tengok Romeo Kota dan memang konsep sama tetapi elemen dan rencah lain.Polis Evo menonjolkan 80 peratus aksi, manakala Romeo Kota lebih kepada karekter dan humor sahaja," ujarnya.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 17 September depan.

Sementara itu Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, filem tersebut menelan belanja kira-kira RM2.4 juta bagi mendapatkan kualiti terbaik selain meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap filem tempatan.

"Secara jujurnya memang agak risau dengan kutipan filem sekarang yang rendah, namun untuk filem aksi kami tidak boleh meletakkan bajet yang rendah.

"Kalau bajet rendah ia akan memberi kesan kepada kualiti filem tersebut dan akhirnya membuatkan penonton terus hilang keyakinan terhadap filem kita," ujarnya.

Filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish mengisahkan tentang dua anggota polis iaitu Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti angat berbeza.

Mereka diberi tugas dan perlu bekerjasama dalam menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah terbesar.

Filem tersebut juga menggunakan lagu tema berjudul Evo yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.



Filem Polis Evo





Sinopsis

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Hard Rock CafeKuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.[11]Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015.



Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai

Shaheizy Sam sebagai
Inspektor Khai


Khai merupakan seorang Inspektor Polis cemerlang dari Unit Narkotik Kuala Lumpur. Dia juga turut dikenali sebagai ‘Jackie Chan Kuala Lumpur’ kerana ketangkasannya dan tidak gentar untuk beraksi bila-bila masa sahaja. Meskipun begitu, di luar tempat kerjanya, Khai lebih gemar bersendirian kerana batinnya masih terseksa dengan nasib dan masalah peribadi yang menimpanya. Apabila Khai bertemu keluarga Inspektor Sani, dia mula tertarik pada adik perempuan Inspektor Sani.
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani

Zizan Razak sebagai
Inspektor Sani


Sani ialah seorang Inspektor di Terengganu yang sentiasa ceria dan bersemangat tinggi. Dia menganggap dirinya bertuah kerana berjaya menjadi seorang Inspektor pada usia yang masih muda. Dengan memiliki kelebihan mulut yang petah dan kearifan dalam selok-belok di negeri Terengganu, Inspektor Sani lebih gemar menyelesaikan tugasnya secara diplomatik. Baginya, tugasan yang diselesaikan tanpa meregangkan sebarang otot adalah tugasan yang paling afdal.
video
http://www.astrogempak.com.my/polisevo


BACA>>>>>

Penggambaran 'Polis Evo' Tertunda Kerana Prosedur Skrip PDRM

http://filemtempatanterbaik.blogspot.my/2015/09/prosedur-skrip-polis-diraja-malaysia.html


 

Video gol Malaysia VS Arab Saudi kelayakan piala dunia 2018 September 2015 8



Sayang seribu kali sayang. Selalu cam tu lah, bukan senang nak mempertahankan gol yang diperolehi. Pihak lawan pun ada maruah mereka. Tapi semangat yang dipamerkan seharusnya dipuji.

Burger VS Nasi. Mana lebih kenyang?

Kalau tanye aku, dua2 pun kenyang. Sorry le cakap camni sebab aku ni jenis kuat juga melantak, tapi badan aku jenis kurus berisi.

Orang Melayu rata-rata prefer nasi berbanding burger. Dari segi makanan yang lebih mengenyangkan, maybe nasi la. Korang setuju?

Kalau mat salih, mungkin diorang akan jawab burger. Tapi depends jugak la kan. Dibuatnya mase survey mat salih tu jawab, ' i think it's meat that fuller than rice', dah susah pulak nak tulis dalam research nanti.

Tapi di sini yang aku nak bincangkan adalah soal kenyang dan puas. Orang Melayu mungkin kata nasi lebih kenyang dan puas berbanding burger. Orang barat pula akan menjawab sebaliknya.

Jumlah kalori (tenaga) untuk secawan nasi adalah 204 manakala burger biasa (sekeping patty) adalah 254, lebih 50 kalori berbanding nasi. Walaupun burger mempunyai kalori lebih daripada nasi, sebenarnya kedua-dua makanan ini hampir sama dari  segi jumlah kalori kerana sebiji burger biasa mempunyai berat lebih kurang 86g manakala secawan nasi pula mempunyai berat lebih kurang 50g. (perbezaan yang tidak begitu ketara).

Oleh itu burger atau nasi, korang pilih lah yang mane berkenan di tekak. Just fyi burger ni lebih protein la berbanding karbohidrat. As we know, karbohidrat adalah sejenis gula ringkas manakala protein adalah gula kompleks. Oleh itu, karbohidrat lebih 'mudah' untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding protein, menyebabkan juga kadar pertukaran dari gula ringkas tersebut kepada lemak lebih cepat berbanding protein. Jadi tak hairanlah mengapa sesetengah pengamal diet atkin mengambil makanan berprotein sebagai diet.


SUNGGUH MAGIS Gambar hiasan dalaman rumah bertukar daripada biasa kepada superb








ttinggg!!!





semerah,batu pahat





ttiinnggg!







taman dato' harun, petaling jaya





tinnngg!!!







beserah,kuantan





tttinnnnggg!









kemaman, terengganu




tttiiinnnggg!!!








bentong,pahang




tttiiinngg!!!










yan, kedah



tttiiinngg!!!






Untuk yang terakhir kali

EPILOG

Aku takkan berjuang lagi . Aku  dah putus asa. Biar lah...


Dah bertahun lebih...tak nak ..dah penat..


Terima kasih atas segalanya.  Susah untuk control kesihatan aku. High blood pressure, high cholesterol...whatever it is. I'm not sure how to fix it anymore,..

Glucose decrease dramatically. Faint, fall down, break down. 

BERMULA SEBUAH KISAH

Pada hujung senja yang redup, Adam berdiri di tepi pantai. Ombak yang lembut memecah di hadapannya, memainkan irama yang melagukan. Dalam keheningan itu, dia merenungi kenangan-kenangan yang mengalir seperti sungai di dalam benaknya.

Adam tahu, ini adalah waktu untuk mengenang segala-galanya. Waktu untuk mengingati cinta yang pernah hadir dan juga waktu untuk mengucapkan selamat tinggal yang penuh makna. Bagi Adam, ini adalah "Untuk Yang Terakhir Kali."

Kisah cintanya dengan Aisyah bermula di kota kecil itu. Mereka berkongsi senyuman di bawah bintang-bintang, berjalan-jalan di taman taman yang hijau, dan bercakap tentang impian-impian masa depan. Namun, seperti lautan yang memisahkan pantai, waktu dan keadaan membawa mereka ke hala yang berlainan.

Bagi Adam, malam itu adalah malam perpisahan. Dia tahu mereka berdua tidak boleh bersama lagi, dan ini adalah pertemuan yang terakhir. Dia memilih tempat ini, di tepi pantai yang pernah menjadi saksi cinta mereka.

Aisyah tiba dengan langkah gemetar. Wajahnya yang indah dipayungi oleh cahaya senja. Adam melangkah mendekatinya, membawa seikat bunga putih yang melambangkan kesucian cinta mereka.

"Dah lama kita bersama, Aisyah," ucap Adam dengan nada yang penuh penghayatan.

Aisyah mengangguk, matanya memancarkan rasa kehilangan yang sama seperti yang dirasakan Adam.

"Namun, kita harus melepaskan. Ini adalah untuk yang terakhir kali," sambung Adam, suaranya rendah seperti suara ombak yang perlahan.

Dia menyerahkan bunga putih itu kepada Aisyah. "Ini simbol untuk kenangan kita. Sesuatu yang indah, tapi kita perlu membiarkannya pergi."

Aisyah menerima bunga itu dengan air mata di matanya. Mereka berdua berdiri di situ, merenungi kenangan yang akan terukir selamanya. Malam itu, di tepi pantai yang sunyi, Adam dan Aisyah mengucapkan selamat tinggal untuk yang terakhir kali.

Waktu berlalu, namun kenangan itu tetap di hati mereka. Meskipun cinta fisik mereka terpisah, namun cinta itu terus berkembang, seperti ombak yang sentiasa mencari pulangannya di pantai. Adam melangkah pergi, meninggalkan pantai itu dengan hati yang lega, sementara Aisyah terus berdiri di situ, menatap lautan yang membawa perpisahan mereka.

"Untuk yang terakhir kali," bisik Adam kepada dirinya sendiri, sambil memandang ke langit yang redup. Ombak pantai itu, seakan-akan membawa pesan cinta yang akan kekal selamanya.