Search This Blog

Tarikh Tayangan Filem Melayu yang akan ditayang | Terbaru tahun 2024


Ketahui tarikh tayangan dan tonton sedutan filem melayu terkini 2024 yang akan menemui anda di pawagam.

Ramai yang suka menonton filem di pawagam atau dari internet dan sebagainya. Terpulang kepada anda berkaitan cara yang anda gemar tetapi adalah lebih baik jika anda dapat memberi sokongan kepada filem tempatan.

Filem melayu melambangkan identiti dan budaya rakyat di Malaysia. Industri perfileman Melayu memerlukan sokongan kita supaya terus berkembang sehingga ke persada antarabangsa. Sehingga kini, industri perfileman Melayu mengalami kemerosotan dari segi kualiti jalan cerita. Diharap pada tahun 2024 ini akan ada filem melayu terbaru yang dapat melonjakkan semula industri filem kita.

Berikut adalah movie melayu terbaru 2024

1 đź“‹Anak Perjanjian Syaitan 2 04 Januari 2024
2 đź“‹Pendekar Awang : Darah Indera Gajah 11 Januari 2024
3 đź“‹Jiwa 8 Belas 18 Januari 2024
3 đź“‹Banglo Seksyen 12 25 Januari 2024
4 đź“‹Waruga - Kutukan Ilmu Hitam 15 Februari 2024
5
đź“‹Janna Endoro
22 Februari 2024
6
đź“‹Tan-Ti-Ana
29 Februari 2024
7
đź“‹Citra Apartment 
Akan Datang
8
đź“‹Geng Kubur
25 April 2024
9
đź“‹Rebel
02 Mei 2024
10
đź“‹Klepet
-- Julai 2024
11
POW!
Akan Datang
12
Zan Orangutan Going Bananas
Akan Datang
13
Nyonya Ronggeng
Akan Datang
14
Mencari Ramlee
Akan Datang
15
Kolej Puaka
Akan Datang
16
Munajat Kekasih
Akan Datang
17
Yusuf
Akan Datang
18
Tiga Adiwira
Akan Datang
19
Tun Teja
Akan Datang


Senarai Filem Yang Belum Ada Tarikh Tayangannya

  • Hantu Telur Kampung
  • Raja Hitam
  • Telaga Suriram
  • Alam : Kingdom Of Plants
  • Indera
  • Roxana
  • Yong Sari
  • Abnormal
  • Batu Syaitan
  • Maharaja Bomoh
  • Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
  • Siapa Buka Lampu
  • Papa Game On
  • Harimau Malaya : The Untold Journey
  • Sahak Gangster






 sumber
via sanoktah.blogspot.com 

 

Tag :

8

Best ke filem Once Upon A Time in Hollywood

Sutradara oleh Quentin Tarantino. Dibarisi para pelakon baru dan lama, terutamanya pelakon otai seperti Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio. Watak pelengkap yang menambah seri lagi kepada filem ini (walau telahpun bergelar isteri) iaitu aktress dari Australia, Margot Robbie.

Sebenarnya filem ini kurang mendapat sambutan. Tak percaya, boleh lah gi panggung dan lihat sendiri. Masa aku tengok, 3 kali aku tukar kerusi untuk dapat seat tengah sebab sakit leher tengok sambil teleng. Dan aku selamba tukar seat sebab aku confident takde orang lagi dah nak datang tengok, dan sangkaan aku memang benar. Duration ataupun tempoh tayangan 2 jam 45 minit, dekat 3 jam ooo. Habis je wayang, aku pon terhoyong-hayang. Darah tinggi aku ke tahap yang kritikal. Lansung aku terbaring dalam kereta dekat 2 jam, dan tiket pun aku biar caj dia berjalan sebab aku dah tak larat gile. Rasa dunia ni berpusing-pusing. Aku siap muntah, tu pun tak lega jugak sepenuhnya.Akhirnya, aku gagahkan drive balik dalam keadaan jalan yang jem nak mampus. Arghh..

Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa faham keseluruhan jalan cerita filem ni. Yang aku tau, watak utama adalah Leonardo sebagai watak utama dan Brad Pitt sebagai stuntman kepada Leonardo.Margot Robbie pulak sebagai isteri kepada pelakon yang lebih terkenal daripada Leonardo dan Leonardo mengkagumi pelakon terkenal tersebut. Malah, rumah pelakon terkenal tersebut berada di atas bukit, lebih tinggi daripada rumah Leonardo yang juga atas tanah tinggi, tapi tak setinggi pelakon terkenal tersebut.

Dalam filem ni, ada babak lawak Brad Pitt lawan dengan Bruce Lee. Diorang tunjuk Bruce Lee sebagai watak yang suke cakap besar, last-last selambe je kene tapau dengan Brad Pitt. Brad Pitt pulak watak sebagai seorang yang ganas, stuntman lah katakan. Dia dikatakan telah bunuh isterinya sendiri tetapi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah. Ada jugak babak di mana Brad Pitt diserang hippies yang menceroboh masuk ke kediaman Leonardo di mana Brad Pitt ketika itu juga tumpang bermalam di situ.

Oleh kerana tajuknya once upon a time in Hollywood atau dalam bahasa Melayunya suatu ketika di Hollywood, maka aku saspek filem ni adalah berdasarkan kisah sebenar, namun nama serta watak sebenar dirahsiakan. Ape pun boleh lah filem ni bagi aku untuk mengisi mase lapang. at least aku dapat juga idea bagaimana suasana di Hollywood pada zaman 60-an dahulu. Quite interesting. The end.

Filem perang sniper terbaik di Malaysia

Sape yang penah tengok filem Black Hawk Down, ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu. Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia saya ambil dari forum Panggilan Pertiwi, sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan luar. Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsignSniper_Gunung.
Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.
Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya. Apa yang saya diberitahu kita punya panglima, General Aboo Samah warning General Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs. Lebihkurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi saya tengok 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu “diorang tembak Ganie hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan. Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India(Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata “Bang diorang dah bunuh kawan kita”. Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.
Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa? Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata ‘apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat’. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.
Cpl. Mat Aznan 2nd from the right who died from a direct hit at his head by RPG. May God bless his soul. This is prior the deployment of 19th RAMD to Somalia. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas dia.
Tim sniper Malaysia. Salah seorang dari tu adalah Sniper_Gunung.
Gambar terbaru menunjukkan kenderaan perisai (APC – Armoured Personal Carrier) Condor tentera Malaysia yang musnah akibat terkena bedilan RPG dari pemberontak Somali semasa peristiwa di PASAR BUKHARA di kawasan pembuangan sampah di salah sebuah kampung di Mogadishu, Somalia.


sumber 

Senarai Filem Melayu Yang Bakal Ditayangkan Di Pawagam

JANUARI TAJUK : RUMAH PUSAKA DI SIMPANG JALAN Tarikh Tayangan : 01 Januari 2015 Genre : Komedi Seram Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Syuk SYJ, Pekin Ibrahim, Bell Ngasri, Rab Khalid, Jehan Muse, Ahmad Maembong, Fatin Syahirah Terbitan : Ariabella Pengedar : TGV Pictures Trailer : http://youtu.be/Rj4PG3q3G3g TAJUK : ROMEO KOTA Tarikh Tayangan : 08 Januari 2015 Genre : Aksi Pengarah : Aaron Aziz Pelakon : Aaron Aziz, Nabil Ahmad Terbitan : Excellent Pictures Sdn Bhd Trailer : http://youtu.be/jUdr31Cphxc TAJUK : VILLA NABILA Tarikh Tayangan : 15 Januari 2015 Genre : Seram Pengarah : Syafiq Yusof Pelakon : Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir Terbitan : Viper Studios Trailer : http://youtu.be/LxRQmu2sIMo TAJUK : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015 Genre : Cinta Pengarah : Feroz Kader Pelakon : Aaron Aziz, Lisa Surihani, Raja Ilya Terbitan : Astro Shaw Trailer : http://youtu.be/IN-vRI29jZ0 TAJUK : PUAKA BALAI GOMBAK Tarikh Tayangan : 29 Januari 2015 Genre : Seram Pengarah : Wan Mohd Hafiz Wan Hussein Pelakon : Hazwan Asari, Shukri Mohd Tahir, Farhaziq Terbitan : Showbiz Productions Trailer : http://youtu.be/0cen35yO0Uo FEBRUARI TAJUK : BANGUNAN Tarikh Tayangan : 5 Februari 2015 Genre : Seram Pengarah : Khir Rahman & Sein Qudsi Pelakon : Khir Rahman, Sein Qudsi, Aqasha, Yusran Hashim, Osh, Azmi Musa, Wan Shahidi Terbitan : Suar Channel & Camwerk Studios Trailer : http://youtu.be/qe_5qfulIZM TAJUK : GUDANG KUBUR Tarikh Tayangan : 12 Februari 2015 Genre : Seram Pengarah : Eyra Rahman Pelakon : Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Terbitan : Metrowealth Trailer : http://youtu.be/rfjjYGtPm98 TAJUK : COVERINA Tarikh Tayangan : 19 Februari 2015 Genre : Komedi Pengarah : Khalid Nadzri Pelakon : Pekin Ibrahim, Siti Elizad, Cat Farish Terbitan : SPS Jaya Sdn Bhd, Trailer : http://youtu.be/Cq4JePOaJZQ MAC TAJUK : WEREWOLF DARI BANGLADESH Tarikh Tayangan : 5 Mac 2015 Genre : Komedi / Seram Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Usop Wilcha, Emma Maembong, Zizan Razak, Saiful Apek Terbitan : Ariabella Sdn Bhd Trailer : http://youtu.be/An4cG5vIKC0 TAJUK : CICAKMAN 3 Tarikh Tayangan : 12 Mac 2015 Genre : Aksi, Komedi Pengarah : Yusry Abdul Halim, Ghaz Abu Bakar Pelakon : Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykal Penerbit : KRU, Grand Brilliance, Astro Shaw Trailer : http://youtu.be/VMkRsXk6ZF0 TAJUK : ISYARAT CINTA Tarikh Tayangan : 19 Mac 2015 Genre : Cinta Pengarah : Bade Hj.Azmi Pelakon : Liyana Jasmay, Adi Putra, Fizo Omar Terbitan : RK Screen Trailer : http://youtu.be/61LXQqCTJVs TAJUK : PENUNGGU JENGKA Tarikh Tayangan : 26 Mac 2015 Genre : Seram Pengarah : Aziz M.Osman Pelakon : Riezman Khuzaimi, Ramona Zam Zam, Raja Azrey Terbitan : Ace Motion Pictures Trailer : - APRIL TAJUK : PILOT CAFE Tarikh Tayangan : 9 April 2015 Genre : Konflik Cinta Pengarah : Osman Ali Pelakon : Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Zaidi Omar, Hafizzudin Fadzi Terbitan : Tarantella Pictures & Astro Shaw Trailer : - SEPTEMBER TAJUK : AWEK KONTRAK Tarikh Tayangan : 29 September 2015 Genre : - Pengarah : - Pelakon : - Terbitan : Primeworks Studios Trailer : - NOVEMBER TAJUK : BoBoiBoy Sfera Kuasa Tarikh Tayangan : 26 November 2015 Genre : - Pengarah : - Pelakon : - Terbitan : Primeworks Studios Trailer : - AKAN DATANG TAJUK : REMBAT Tarikh Tayangan : 2015 Genre : Komedi Pengarah : Shamyl Othman Pelakon : Aniu, , Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya, Arja Lee, Sherry Alhadad, Terbitan : Marna Films, Grand Brilliance & Red Films Trailer : http://youtu.be/ee7pGbnHyNk Tajuk : Hanyut (Almayer's Folly) Tarikh Tayangan : - Pelakon : Peter O'Brien, Sofea Jane, Khalid Salleh, Adi Putra, Diana Danielle, Alex Komang, Bront Palarae Genre : Sejarah Pengarah : U-Wei Bin Hajisaari Trailer link | http://youtu.be/bLOAUTHrL8c TAJUK : TYICKOOUNS Tarikh Tayangan : - Genre : Aksi Pengarah : Mohamad Nazir Ahmad Pelakon : Bront Palarae, Remy Ishak, Aaron Aziz, Wan Hanafi Su, Anzalna Trailer : http://youtu.be/bq08WaNwjzs TAJUK : 7UJUH Tarikh Tayangan : - Genre : Seram Pengarah : Raja Mukhriz Pelakon : Johan Asari, Pekin Ibrahim, Riz Ainuddin, Siti Saleha, Deedee Nash, Aeril Zafrel, Cristina Stockstill, Faizal Hussein, Marsha, Trailer : - TAJUK : SUAMI AKU USTAZ Tarikh Tayangan : - Genre : Romantik Pengarah : Ghaz Abu Bakar Pelakon : Adi putra, Nora Danish dan Izzue Islam Terbitan : Karya Seni Trailer : http://youtu.be/Bd0EsnM4ZlA TAJUK : NOTA Tarikh Tayangan : - Genre : Psiko, Ngeri Pengarah : Yasu Tanaka Pelakon : Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, Rin Izumi, Penerbit : 42nd Pictures Trailer : http://youtu.be/88IuZOoGpN4 TAJUK : BRAVO 5 Tarikh Tayangan : - Genre : Perang Pengarah : Yeop Hitler Zami / Fauzi Nawawi Pelakon : Remy Ishak, Beto Khushairy, Hattan, Shashi Tharan, Xavier Fong, Fran Peterson, Sofi Jikan, Normah Damanhuri Penerbit : Karya Prima Production Trailer : http://youtu.be/bmp-eklddK0 TAJUK : JALAN PUNCAK ALAM Tarikh Tayangan : 2015 Genre : Seram Pengarah : Dharma Aizat Terbitan : Mangkin Prestij Sdn Bhd Pelakon : Azwan Kombos, Epy Kodiang, Shahfiez, Niezam Zaidi Trailer : - TAJUK : BALUN Tarikh Tayangan : - Genre : Aksi Pengarah : Bob Singah Pelakon : Beto Kushairy, Izara Aishah, Dato’ Eizlan Yusof, Reen Rahim, Eizlan Yusof, Jasmine Mohamad Ashraff, Datuk Aziz Singah, Nam Ron dan Wan Raja Terbitan : Element Pictures Trailer : - TAJUK : 1, 2 JAGA Tarikh Tayangan : - Genre : - Pelakon : Beto Kusyairy, Nam Ron, Zaidi Omar, Sofea Jane, Amerul Affendi, Rykarl Iskandar Pengarah : Nam Ron Terbitan : Pixel Play Trailer : http://youtu.be/MXynQ6EatZk TAJUK : HANTU BUNGKUS IKAT TEPI Tarikh Tayangan : - Genre : Komedi Seram Pengarah : Hashim Rejab Pelakon : Tauke, Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi Terbitan : Metrowealth Trailer : http://youtu.be/-VdaaTO-8bg TAJUK : GANGSTE ROCK Tarikh Tayangan : - Genre : - Pengarah : Soffi Jikan Pelakon : Soffi Jikan, Saiful Apek, Khir Rahman, Izara Aishah, Sharifah Amani, Harun Salim Bachik, Aqasha, Nam Ron, Syafie Naswip Terbitan : YKS Film Maker Sdn Bhd Trailer : - TAJUK : USOP WILCHA - MENGHONJANG MAKHLUK MUZIUM Tarikh Tayangan : Febuari 2015 Genre : Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami dan Kamarul Hj Yusof Terbitan : HDSLR Media Sdn Bhd Trailer : http://youtu.be/l5dysUrUkL0 TAJUK : TULI SEKAMPUNG Tarikh Tayangan : - Genre : Komedi Pelakon : Beto Kusyairi, Taiyuddin Bakar, Leez AF, Rosli Suboh, Namron, Nabil Ahmad Pengarah : Mohd Nor Kassim Terbitan : Red Films, Astro Shaw Trailer : - TAJUK : PERMATA HATI Tarikh Tayangan : - Genre : Cinta Pengarah : Feroz Khan Pelakon : Zul Ariffin, Elaine Daly, Elfira Loy, Wulan Guritno, Cahaya Rizky Terbitan : Nusantara Gems Trailer : - TAJUK : POLIS EVO Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Ghaz Abu Bakar Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Eyka Farhana Terbitan : Astro Shaw Trailer : TAJUK : JUVANA 2 Tarikh Tayangan : - Genre : Aksi Pengarah : Faisal Ishak Pelakon : Johan As'ari, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan Shera Ayob Terbitan : Filmscape Sdn Bhd Trailer : - TAJUK : PENGAPIT (Terukir Di Bulan) Tarikh Tayangan : - Genre : Komedi / Romantik Pelakon : Nadiya Nissa, Farid Kamil Rita Rudaini, Anne Ngasri, Fizz Fairuz Pengarah : Wan Hasliza Terbitan : Primeworks Studios Trailer link | - TAJUK : LANGIT CINTA Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Osman Ali Pelakon : Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Ammar Alfian Terbitan : Astro Shaw Trailer : TAJUK : HALILINTAR Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Shaharul Ariffin Pelakon : Terbitan : Shahwira Productions Trailer : TAJUK : PONTIANAK MENANGIS Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Pelakon : Terbitan : Trailer : TAJUK : KEPONG GANSGTER 2 Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Pelakon : Terbitan : Trailer : TAJUK : ADIK ABANG Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Azaromi Ghozali Pelakon : Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus Terbitan : Metrowealth Trailer : TAJUK : KUNG FU TABOO Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Euho Pelakon : Terbitan : Asia Tropical Films Trailer : TAJUK : ROBOHNYA SURAU KAMI (Our Mosque Turned To Ruin) Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Dain Said Pelakon : Terbitan : Apparat & Rupakata Cinema Trailer : http://youtu.be/pttZr_kLfTI TAJUK : CILIWUNG GUDNITE Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Pelakon : Terbitan : Sheunik Sdn Bhd. Trailer : TAJUK : HARMO-NIKA Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Raja Mukhriz Pelakon : Ahya U, Siti Elizad Terbitan : SPS Jaya Sdn Bhd & ElevenField Sdn Bhd Trailer : TAJUK : JWANITA Tarikh Tayangan : 2015 Genre : Ngeri Pengarah : Osman Ali Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Umie Aida Terbitan : Ehsan Production & Nuansa Films Trailer : - TAJUK : UPIN IPIN JENG JENG JENG Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Azhari Zain Pelakon : Awie, Siti Saleha Terbitan : Les' Copaque Production & KRU Studios Trailer : TAJUK : WARNA CINTA IMPIAN Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : NS Krishna Pelakon : Terbitan : TouchTronics Entertainment Sdn Bhd Trailer : TAJUK : SUNTI @FACEBOOK Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : James Lee Pelakon : Fouziah Gous Terbitan : Nusantara Seni Karya Trailer : TAJUK : THE RED WARRIORS THE MOVIE Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Saw Teong Hin Pelakon : Wan Zack, Fitri, Fakri, Zaharul, Khairul Fahmi Terbitan : The Red Warriors Sdn Bhd & U2 Media Sdn Bhd Trailer : TAJUK : GAMATISME Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : M.Hitler Zami Pelakon : Nabila Huda, Syazwan Zulkifli Terbitan : Pencil Pictures & Records Trailer : TAJUK : DIA Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : M.Jamil & Rizal Halim Pelakon : Terbitan : Galaksi Seni Trailer : TAJUK : KELIP-KELIP Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Virginia Kennedy Pelakon : Keith Foo, Nur Risteena, Azad Jazmin Terbitan : Grand Brilliance Trailer : TAJUK : GOL Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Shamyl Othman Pelakon : Shaheizy Sam, Zara Zya, Zizan Razak dll Terbitan : Red Films Trailer : TAJUK : PEKAK Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Khairul Azri Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra Terbitan : Grand Brilliance & LightBulb Pictures Trailer : TAJUK : KANANG ANAK LANGKAU - THE IBAN WARRIOR Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Bade Azmi Pelakon : Langgi Kanang, Johan Asari dll Terbitan : Tangan Seni Sdn Bhd Trailer : TAJUK : ANTARA SATU Tarikh Tayangan : Genre : Romantik Pengarah : Jason Chong Pelakon : Bront Palarae,Remy Ishak,Ezzaty Abdullah Terbitan : Grand Brilliance Trailer : TAJUK : KAPSUL Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Martias Ali Pelakon : Faizal Hussein, Elly Mazlein, Rahim Razali, Irfan Khairi Terbitan : Two Tones Sdn Bhd Trailer : TAJUK :GANSTER ROCK Tarikh Tayangan : Genre : Pengarah : Soffi Jikan Pelakon : Terbitan : YKS Film Maker Sdn Bhd Trailer : : Genggam (Khairi Azmi) : Pak Pung (Arahan: Fauzi Nawawi) : Shhh... Dia Datang (Arahan: Saiful Apek) Sumber >> Senarai Filem Melayu Terbaru 2015 | SANoktah via sanoktah.blogspot.com

Jenis-jenis harimau

  • Harimau Siberia

Panthera tigris altaica yang juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Ia merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

  
  • Harimau Cina Selatan

Panthera tigris amoyensis, juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud.

Ia dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain. Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.


  • Harimau Indochina

Harimau Indochina atau harimau Corbett (Panthera tigris corbetti) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di Kemboja, China, Laos, Burma, Thailand, dan Vietnam. Harimau di semenanjung Malaysia yang pernah digolongkan sebagai Indochina, kini dikelaskan semula sebagai subspesies yang berasingan, dengan spesis yang lain iaitu  harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni.

Nama "Corbett" berasal dari nama saintifik subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang meminjam namanya daripada seorang pemburu terkenal bernama Jim Corbett.


  • Harimau Benggala

Harimau Benggala, atau Harimau Benggala Diraja yang juga dikenali sebagai Panthera tigris tigris, ialah sejenis subspesies harimau yang dijumpai terutamanya di India dan Bangladesh, di samping juga di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan. Harimau Benggala ialah subspesies harimau yang paling banyak bilangannya. Terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau Benggala Diraja yang masih buas, termasuk di India, Bangladesh, Nepal,  Bhutan, dan sebilangan kecil di Myanmar dan China.

Ia merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies pula, ia merupakan haiwan kebangsaan India.


  • Harimau Sumatera

Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik terkini telah mendedahkan kehadiran penanda genetik unik yang mengasingkan harimau Sumatera dari semua subspesies tanah besar. Kini, cuma tinggal sekitar 400-500 ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.


Lazimnya is mengejar mamalia yang lebih besar, seperti babi hutan, tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan. Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah. 


  • Harimau Malaya 

Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.



Yang telah pupus



  • Harimau Bali


Harimau Bali (Panthera tigris balica) ialah subspesies harimau yang telah pupus dan hanya dapat ditemui di Pulau Bali, Indonesia. Harimau ini ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau di Indonesia bersama dengan Harimau Jawa (yang juga telah pupus) dan Harimau Sumatera (spesies terancam).

Harimau ini merupakan spesies harimau terkecil jika dibandingkan antara tiga sub-spesies harimau yang dinyatakan di atas; Harimau Bali terakhir yang ditembak mati pada tahun 1925 di Sumbar Kima (suatu kawasan di bahagian barat Pulau Bali), dan sub-spesies ini telah diisytiharkan pupus pada tanggal 27 September 1937. Kepupusan harimau ini adalah kerana beberapa faktor antaranyaadalah saiz keluasan hutan yang kecil dan terbatas dalam Pulau Bali itu sendiri dan kerana tiada langkah pemuliharaan khas untuk menjaga spesies harimau dijalankan dengan telus dan gigih.


  • Harimau Jawa

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah subspesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat kegiatan memburu dan kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa sudah diduga sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di alam liar. 
Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972. Kiraan jejak pada tahun 1979 membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud. Ada kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih wujud di Jawa Barat, di mana timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini pada 1990-an.


  • Harimau Kaspia

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) ialah sejenis harimau yang hidup di wilayah barat dari subspesies harimau yang boleh ditemui di Iran, Iraq, Afghanistan, Turki, Mongolia, Kazakhstan, Kaukasus, Tajikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan sehingga ia pupus pada akhir tahun 1950-an. Salah satu punca kepupusan  Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan terhadap makanan utamanya dan juga kerana kemusnahan habitat.

Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal

Siri filem Men in Black merupakan antara filem-filem ikonik dari zaman remaja dan golongan sezaman dengan admin. Watak Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam filem-filem asal sememangnya gandingan mantap di mana seorang wataknya serious manakala seorang lagi berfikir di luar kotak (Will Smith). Jadi mampukah filem Men in Black International (yang kami fikirkan ingin membawa generasi baharu menonton francais ini) dapat menandingi filem asal? Kami berpeluang menonton filem ini untuk menilaikannya.

Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal

Men in Black International mengisahkan Molly, yang berminat menjadi anggota Men in Black sejak berjumpa makhluk asing dan anggota Men in Black yang ingin menangkapnya semasa kecil. Dipendekkan cerita, dengan kegigihan membongkar kegiatan rahsia MIB, beliau berjaya menyertai pasukan itu sebagai Agent M dan digandingkan dengan Agent H, seorang anggota yang kurang berdisiplin, namun pernah berjaya menghalang makhluk asing yang digelar “The Hive” dari menakluk bumi pada satu ketika dahulu. Oleh sebab itu beliau dihormati di kalangan anggota MIB.

Namun sepasang makhluk asing telah tiba di bumi untuk mencari satu senjata terunggul yang dikatakan satu kristal berkuasa. Pasangan MIB itu perlu mempertahankan senjata kristal itu daripada jatuh ke tangan makhluk asing tersebut. Mampukan mereka mempertahankan senjata tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Men In Black International

Review

Sebelum kami menonton filem ini kami telahpun mengetahui review dari Amerika di mana ramai yang mengatakan filem ini filem flop. Tidak dapat dinafikan karisma Chris Hemsworth dan Tessa Thompson tidak dapat menandingi Will Smith dan Tommy Lee Jones, malah pada pendapat kami, sukar untuk pelakon generasi kini menandingi pelakon zaman 80 – 90an dari segi karisma.

Men In Black International

Namun untuk mengatakan filem ini flow memang kurang tepat. Bagi kami filem ini masih lagi menyeronokkan dan keserasian antara Chris dan Tessa agak baik, walaupun tidaklah 100% serasi. Cuma mungkin dari segi jalan ceritanya, sukar untuk mengenalpasti babak climax dengan babak biasa kerana keseluruhan jalan ceritanya seolah agak mendarat dari segi moodnya, menyebabkan impak jalan ceritanya kurang menyerlah kepada sesetengah penonton.

Watak Agent H lakonan Chris mempunyai perwatakkan seakan Thor gemuk dalam filem Avengers Endgame. Wataknya agak lucu tetapi agaknya Chris kurang dapat menghayati watak ini yang memerlukan lebih “feel” semasa menghayati babak filem yang lebih emosional. Nasib baik juga elemen feminist dalam filem ini, walaupun ada, tidak begitu merosakkan jalan cerita filem ini.

Mungkin itulah kesilapan terbesar dalam pembikinan filem ini, penulis tidak menekankan kepada pembinaan karakter dalam filem ini sepertimana dalam filem asal menyebabkan “Connection” antara watak dengan penonton kurang berkesan.

Tetapi walaupun filem ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang disebut di atas, jika anda tonton filem ini tanpa sebarang persepsi negatif atau sebaliknya, anda tentu dapat menikmati tontonan filem ini dengan gembiranya. Ia lucu dan menyeronokkan, walaupun jalan ceritanya tidaklah sehebat mana.

Positif vs Negatif

Positif

  • Lucu dan menyeronokkan
  • Gandingan yang agak serasi antara Agent H dan Agent M

Negatif

  • Watak-watak Agent H dan M tidak dihayati dari segi emosi
  • Tidak dapat menandingi filem asal

Men In Black International

Kesimpulan

Filem Men In Black International memang tidak dapat menanding filem trilogi asal, namun ia bukanlah flop seperti yang dikatakan. Ia masih seronok ditonton jika anda tidak meletakkan harapan yang tinggi dan terlalu membandingkan dengan filem asal. Tontonlah filem ini dalam keadaan santai dan tenang. Anda pasti dapat menikmatinya.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal appeared first on WayangKini.



from WayangKini https://ift.tt/2N9weun

X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan

Mungkin sesetengah dari anda telahpun mendengar khabar mengenai filem X Men Dark Phoenix di mana ia telah gagal mempesonakan penonton dan pengkritik di barat sekali gus menerima status filem flop. Namun, sebagai pengkritik filem kami perlu menonton sendiri filem ini untuk memberi penilaian ikhlas dan tidak terlalu mengikut pendapat umum. Kami sempat menontonnya baru-baru ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.

X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan

Filem X Men Dark Phoenix merupakan filem penutup kepada siri filem X Men terbitan Fox. Sekuel kali ini mengisahkan pihak X Men yang masih dihantui stigma dan curiga dari kalangan manusia yang takutkan golongan mutan.

Pada ketika itu kapal angkasa Endeavour  yang baru berlepas dari Houston telah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian suar solar. Kerana itu, pihak presiden telah meminta bantuan X Men untuk menyelamatkan kapal angkasa tersebut. Semasa dalam misi menyelamat, sesuatu telah berlaku yang menyebabkan Jean Gray telah menyerap kuasa apa yang dipercayai “suar solar”  itu seterusnya mendapat satu kuasa luar biasa. Apakah kuasa tersebut dan bagaimana beliau dapat mengawal kuasa tersebut? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sejujurnya siri filem X Men Fox bagi kami bukanlah siri filem kegemaran kami. Sejak filem pertama, X Men First Class hingga kini, filem-filemnya OK, tetapi ia agak mendatar dan tiada apa yang menonjol, yang boleh mengujakan penonton, kecuali mungkin filem X Men Days of Future Past yang agak menarik sedikit. Malah jalan cerita filem-filem sebelum ini pun telah kami lupa. Oleh sebab itu, kami tidak menaruh harapan tinggi pada filem ini. Malah kami tidak meletakkan sebarang persepsi terhadap filem ini sebelum menonton.

Dark Phoenix

Dari segi jalan cerita, ia memfokuskan kepada perjuangan Jean Grey yang dari kecil sangsi kepada kuasa yang dimilikinya kerana beranggapan kuasanya telah menyebabkan kematian ibu bapanya dalam kemalangan. Secara ringkasnya filem ini mengisahkan pergelutan Jean Grey menerima dirinya seadanya dengan kuasa dimilikinya. Namun, pada pendapat kami pergelutan yang dilalui Jean Grey tidak dipaparkan dengan cukup mendalam untuk memberi kesan kepada penonton. Ia seolah terlalu tergesa-gesa.

Dark Phoenix

Watak paling gagal selain Jean Grey adalah watak Professor X di mana dalam filem ini beliau kelihatan semacam douchebag. Sangat pentingkan diri dan sombong. Tidak hairanlah sesetengah penonton di barat melabelkan filem ini filem feminis di mana watak lelaki digambarkan dengan teruk, manakala watak wanita dijulang. Ini pandangan penonton barat. Bukan kami.

Babak aksi yang dipaparkan juga pendek-pendek belaka tetapi mujurkah babak aksi terakhir tidak begitu menghampakan dan agak mendebarkan. Sungguhpun demikian, kami berpendapat, jika anda bukan peminat tegar filem X Men dan hanya menonton untuk santai, anda tidak akan perasan kelemahan-kelemahan dalam filem ini. Cuma filem ini tidak akan memberi impak yang besar kepada penonton.

Dark Phoenix

Sebaliknya jika anda peminat tegar X Men dan membaca komiknya, mungkin anda akan hampa dengan hasil kerja pihak Fox, lebih-lebih lagi kerana ini filem terakhir dan sepatutnya berakhir dengan satu filem yang epik. Jika digambarkan dalam bentuk graf, filem ini mendatar sahaja, tiada babak klimeks yang begitu menonjol. Tetapi, seperti yang kami katakan tadi, jika anda menonton hanya untuk bersantai sahaja, anda akan enjoy filem ini.

Positif vs negatif

Positif

  • Plot yang mudah difahami dan tidak terlalu berat.
  • Filem secara keseluruhan  agak menghiburkan.
  • Kesudahan yang menutup kisah X Men dengan pasti

Negatif

  • Tiada apa yang menonjol mengenai filem ini

Dark Phoenix

Kesimpulan

Kesimpulannya samada anda mahu atau tidak menonton filem ini bergantung kepada niat anda. Adakah anda sekadar mahu bersantai atau anda mengambil filem-filem X Men ini dengan serious, sepertimana filem-filem di bawah jenama Marvel yang lain. Bagi kami yang tidak meletakkan harapan tinggi, kami rasa filem ini menghiburkan. Walaupun ia tidaklah epik, ia tidaklah seteruk yang digambarkan di media barat.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2RhFnzB

Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original

Sejujurnya admin tidak pernah menonton filem Godzilla semasa kecil, namun admin banyak menonton siri TV Ultraman yang pelbagai jenis. Namun, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi semangat “adiwira” Jepun yang ikonik. Walaupun Godzilla bukanlah boleh dikatakan adiwira seperti Ultraman, namun ia menyelamatkan manusia dengan caranya tersendiri. Filem Godzilla pertama juga telah meletakkan Godzilla sebagai penyelamat umat manusia dengan berlawan dengan raksasa yang memusnahkan bumi. Filem Godzilla Kong of the Monsters menyambung kisah Godzilla dan memperluaskan lagi universe raksasa yang diterajui pertubuhan Monarch. Kami sempat menonton filem ini di pawagam dan ini pendapat kami mengenainya.

Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original

Setelah penemuan Gozilla dalam filem pertama, organisasi Monarch telah menemui banyak lagi raksasa yang hidup berhibernasi dalam tanah di serata dunia. Seorang paleobiologis organisasi tersebut yang bernama Emma Russell telah mereka sebuah alat yang dinamakan Orca yang mampu menenangkan makhluk-makhluk gergasi tersebut sekaligus mengawal makhluk tersebut dari terus mengamuk dan memusnahkan bumi.

Namun kumpulan eko-teroris yang diketuai Alan Jonah menculik beliau di mana beliau mahu menggunakan alat Orca untuk membangkitkan kesemua raksasa di bumi. Mengapakah mereka melakukannya dan mampukan Monarch menghentikan rancangan jahat mereka itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem kedua dalam siri filem Godzilla ini memperkembangkan universe filem ini dengan menyertakan watak-watak raksasa yang lebih banyak. Ini termasuk raksasa Mothra, Rodan dan musuh utama Godzilla, King Ghidorah yang merupakan naga berkepala tiga. Dengan penambahan ini, penonton boleh melihat dengan lebih jelas siapakah sebenarnya Godzilla ini dan peranan kewujudannya di muka bumi. Dengan ini juga penonton dapat merasakan filem ini mula membina karakternya yang unik di mana ia adalah gabungan antara genre filem-filem atau siri TV Ultraman dengan filem filem sci-fi Hollywood dan yang menariknya gabungan genre ini menjadi.

Godzilla King of the Monsters

Jika semasa kanak-kanak, anda sering menonton rancangan TV Ultraman atau rancangan berkaitan raksasa Jepun, anda akan mengimbau perasaan yang sama semasa menonton filem Godzilla King of Monsters. Dengan kata lain, filem ini berjaya menangkap “semangat” filem raksasa Jepun yang selalu mempunyai kisah dan aturan di sebalik semua raksasa tersebut. Berbeza dari filem pertama yang lebih cenderung kepada filem sci-fi Holywood. Penonton akan dibawa mengenali dengan lebih mendalam cerita di sebalik raksasa atau dikenali sebagai Titan oleh Monarch.

Godzilla King of the Monsters

Tetapi berbeza dari filem pertama, filem kedua ini lebih memfokuskan kepada aksi berbanding jalan cerita seperti dalam filem pertama. Penonton disajikan dengan satu babak aksi selepas satu babak aksi tanpa henti. Ini mungkin akan memberi kesan kepada peminat filem sci-fi kerana filem ini akan mula terasa seperti sebuah adaptasi manga berbanding filem scifi.

Secara umumnya filem ini memang cukup mendebarkan dan masa tayangan lebih 2 jam sememangnya memuaskan para penonton. Cuma filem ini ternyata serious, tanpa sebarang lawak jenaka untuk menenangkan mood filem. Tetapi kami yakin penonton tentu akan terhibur menonton filem ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Seperti kata orang putih, “It’s true to the original spirit of Godzilla and Japanese monster genre
  • Aksi tanpa henti

Negatif

  • Mungkin kurang menarik bagi mereka yang hardcore Sci Fi fan yang tidak sukakan jalan cerita berasaskan komik

Godzilla King of the Monsters

Kesimpulan

Jika anda peminat hardcore filem Sci Fi, filem Godzilla King of the Monsters mungkin sedikit “komik” untuk citarasa anda. Tetapi jika anda sememangnya peminat siri TV raksasa Jepun seperti Ultraman dan Godzilla asal, anda tentu akan menyukai filem ini kerana ia memang mempunyai vibe genre popular Jepun itu. Apa pun, jika anda penonton biasa anda tentu akan terhibur menonton filem ini.

Penilaian: 7/10

IMDB

Spoiler: Filem seterusnya akan mendedahkan persaingan antara Godzilla vs King Kong.

The post Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2W2PMjy

Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk

Dia luar negara, filem Polaroid telahpun masuk ke format DVD, namun di Malaysia filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam. Apa pun kami sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.

Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk

Filem Polaroid mengisahkan Bird Fitcher yang mendapat sebuah kamera Polaroid antik dari rakannya. Beliau pun mula cuba-cuba mengambil gambar rakan-rakannya. Tetapi tanpa disangka, rakannya mula mati satu per satu. Apakah yang berlaku kepada mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sejujurnya tema filem barang harian yang membawa maut dahulunya popular pada sekitar tahun 2000an, kini tampak sedikit lapuk. Jika dulu filem seperti One Missed Call, Shutter, dan The Ring menampilkan telefon pintar, kamera dan kaset video sebagai barangan harian yang menjadi medium entiti paranormal, formula tersebut pada pendapat kami tidak menjadi pada zaman ini.

Apa pun, filem Polaroid ini mengambil kamera polaroid sebagai medium paranormalnya. Bagi mereka yang melalui zaman kegemilangan filem seram sebegini sepanjang zaman 2000an, jalan cerita filem ini sememangnya mudah dijangka. Dari segi babak seramnya, ia banyak bergantung kepada elemen kejutan untuk menakutkan penonton. Jika anda jenis yang suka dikejutkan, filem ini untuk anda. Namun, babak-babak seramnya agak pendek dan kurang dramatik disebabkan kependekannya.

Polaroid

Secara keseluruhannya, dari segi penceritaannya dan susun atur babak-babak, filem ini boleh dikatakan OK. Cuma mungkin babak-babak dramatik dan seramnya agak pendek. Tiada masalah besar dengan lakonan dan watak-watak yang ditampilkan dalam filem ini. Cuma, masalah utama filem ini ialah genre yang dihuninya boleh dikatakan telah lapuk dan kebanyakkan penonton boleh menjangkakan jalan ceritanya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Susun atur filem yang OK
  • Lakonan watak yang juga ok

Negatif

  • Jalan cerita yang sudah boleh dijangka penonton

Polaroid

Kesimpulan

Jika anda telah menonton filem-filem yang anda ingin tonton dan anda dalam keadaan kebosanan atau hendak membuang masa, anda mungkin boleh menonton filem ini untuk mengisi masa lapang. Tapi tidak perlu meletakkan harapan tinggi pada filem ini. Sebenarnya filem ini lebih sesuai masuk ke siaran tv kabel atau Astro berbanding ke pawagam. Umum mengetahui bahawa antara filem yang mempunyai majet pembikinan yang rendah adalah filem seram dan jika berjaya menangkap penonton, keuntungannya tinggi, walaupun tidak mendapat kutipan box office. Mungkin ini sebabnya Holywood gemar membikin filem-filem seram sebegini. Ia boleh buat keuntungan cepat.

Penilaian: 5/10

IMDB

The post Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/30Gc26l

Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat

Salah satu tarikan utama kami untuk menonton Brightburn adalah produsernya, James Gunn yang juga bertanggungjawab untuk filem-filem Guardians of the Galaxy. Walaupun bukan beliau sendiri yang mengarah filem ini, kehadirannya sebagai produser diharap memberi kesan positif kepada jalan ceritanya. Kami sempat menonton filem tersebut baru-baru ini, terimakasih kepada Viddsee dan Sony Pictures Malaysia yang menaja tiket wayang kami.

Brightburn

Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat

Brightburn mengisahkan Tori dan Kyle Breyer, pasangan suami isteri yang telah lama mengidamkan anak. Satu malam, mereka terdengan satu dentuman kuat yang menggegarkan rumah mereka. Rupanya satu pod angkasa telah mendarat di rumah mereka membawa seorang bayi lelaki di dalamnya. 10 tahun kemudian bayi tersebut yang dinamakan Brian telah membesar dengan baik dan belajar di sekolah seperti mana-mana kanak-kanak lain.

Namun, perkara-perkara aneh mula terjadi kepada Brian di mana beliau mula mendapat kuasa seperti Superman. Apakah yang dilakukannya dengan kuasa tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Brightburn

Review

Sejujurnya, jalan cerita filem ini serupa dengan filem Superman dimana bayi makhluk asing membesar dengan keluarga yang penyayang dan beliau menghadapi konflik kerana perbezaan dengan manusia biasa. Namun, dalam Brightburn, Brian mengambil jalan jahat, berlainan dengan Clark Kent dalam Superman. Namun, pada pendapat kami konflik yang dipaparkan dalam filem ini yang dihadapi Brian Breyer tidak cukup hebat bagi menjustifikasikan pilihan beliau untuk menjadi jahat. Malah, jahatnya juga bukan main lagi. Seperti menjadi psikopat, dimana tiada langsung konflik dalaman dalam dirinya yang bertarung antara menjadi baik atau jahat. Ini menggambarkan beliau secara semulajadi adalah jahat.

Akibatnya dengan gabungan kuasanya yang hebat dengan kejahatannya yang tiada berpenghujung, watak Brian Breyer ini tidak ubah seperti hantu dalam filem-filem hantu seperti The Conjouring. Beliau terlalu kuat dan tidak dapat ditandingi. Ini menjadikan jalan ceritanya tidak unik dan tidak menarik kerana penonton sudah sedia maklum tiada siapa dapat mengalahkannya.

Brightburn

Dari segi pengolahan babak-babaknya, terutamanya babak seram, filem ini memang tidak menghampakan. Penonton yang gemarkan filem hantu seram pasti boleh melihat persamaan babak-babak seram dalam filem Brightburn dengan filem-filem hantu. Amaran harus diberi kerana babak seramnya agak mengerikan dari segi visualnya. Ia tidak sesuai ditonton penonton di bawah 18 tahun.

Secara keseluruhannya, filem ini pada awalnya ada potensi untuk menjadi sebuah filem yang unik dan menarik. Namun, disebabkan pilihan jalan cerita dan pengolahan babaknya, ia tidak ubah seperti sebuah filem hantu seram. Brian Breyer, sebagai seorang makhluk asing, tidak memperlihatkan tujuan hidup yang menarik selain “Take Earth” (Kuasai bumi). Tiada perancangan yang lebih mendalam yang boleh mencabar fikiran penonton yang gemarkan penerangan yang lebih teknikal dan putaran plot yang lebih kompleks.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang pada awalnya berpotensi

Negatif

  • Brian Breyer terlalu jahat tanpa sebab yang munasabah selain beliau dikawal oleh kuasa jahat atau memang semulajadi jahat.
  • Jalan cerita tidak ubah seperti filem hantu seram biasa

Kesimpulan

FIlem Brightburn pada awalnya nampak seperti berpotensi menjadi sebuah filem menarik, malangnya pengolahan filemnya yang kurang bermakna mengakibatkan ia tampak seperti sebuah filem seram biasa-biasa sahaja. Namun, jika anda memang seorang peminat filem seram dan mahu sedikit kelainan dari segi tema, anda bolehlah menonton filem ini. Tapi jika anda peminat filem Sci-fi yang mengharapkan satu genre filem yang unik, anda akan hampa.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2HHPcmd