Search This Blog

Bukti Allah Maha Bijaksana hanya dengan menyelam ke dasar laut

Jika anda tidak berpeluang untuk menyelam ke dasar laut, anda boleh menonton di saluran dokumentari seperti The Animal Planet, National Geographic dan sebagainya.

Apabila dokumentari berkenaan hidupan di dalam dan di dasar laut ditayangkan, apa yang anda lihat? Pelbagai macam spesis hidupan laut bukan? Daripada spesis ikan, barracuda, jellyfish, octopus. Semuanya berlainan dan aneh bukan? Dari manakah haiwan-haiwan ini datang? Dan siapa pula yang begitu pandai merekacipta atau mendesign haiwan-haiwan ini dalam pelbagai bentuk? Jawapannya sudah tentu lah sesuatu yang merupakan pakar dalam segala hal. Sesuatu yang merupakan jurutera yang maha hebat dan tiada tolok bandingnya. Siapa lagi jika bukan Allah S.W.T.  Maha suci Allah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.

Firman Allah di dalam Surah al-Hajj (73) :


Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya….

Surah ini diturunkan oleh Allah bagi menempelak kaum musyrikin Mekah yang menentang ajaran diturunkan kepada Nabi Muhammad dan menjadikan serta menganggap berhala sebagai tuhan

Deadpool [Review]

Deadpool sememangnya sebuah filem yang dinanti ramai. Cara ia dipromosikan lucu dan “mengelirukan” (dipromosikan sebagai filem cinta dan bukan aksi komedi) menambahkan lagi debaran untuk menonton filem ini. Akhirnya kami berpeluang menonton filem ini dan memberi kata dua mengenainya.

deadpool1-gallery-image

Deadpool [Review]

Deadpool mengisahkan Wade Wilson, seorang bekas pasukan khas tentera yang merupakan seorang “pembuli upahan” yang “menghukum” mereka yang menindas orang lain dengan upah. Beliau telah menemui kekasih hatinya yang sememangnya secocok dengannya. Namun setelah beberapa ketika bersamanya, mereka mendapat tahu bahawa Wade menghidapi kanser peringkat akhir dan hanya ada beberapa bulan untuk hidup.

Ketika itu seorang agen daripada organisasi gelap telah menawarkan satu rawatan yang boleh merawat penyakit kanser yang dihidapinya. Malangnya, rawatan itu sebenarnya mengaktifkan gen mutan dalam dirinya dan menjadikannya seorang mutan hodoh yang tidak boleh mati walaupun ditikam, dibakar atau dipotong anggotanya.

Bermula dari saat itu beliau mencari semula organisasi gelap tersebut dan ketuanya, Ajax, untuk mendapatkan penawar dan membalas dendam. Mampukah beliau sembuh dan membalas dendam ke atas ketidakadilan yang dilalunya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

deadpool-gallery-03-gallery-image

Jalan Cerita Dan Lakonan

Secara umumnya, jalan cerita Deadpool lebih kurang seperti kebanyakan filem adiwira lain iaitu wiranya terkena mutasi disebabkan perbuatan watak jahat dan beliau ingin membalas dendam. Tiada apa yang istimewa tentang jalan ceritanya, tetapi apa yang sangat unik ialah bagaimana filem ini diolah menjadi sebuah filem komik yang sangat lucu, bersahaja dan kreatif.

deadpool-gallery-07-gallery-image

Apa yang lebih menarik ialah watak Deadpool yang “jujur” dan bercakap seolah beliau sedang bercakap dengan penonton dan sebagai seorang penonton filem, bukan pelakon dalam filem tersebut. Malah sesetengah babak dalam filem ini mengkritik filem itu sendiri sebagaimana seorang penonton akan mengkritik sebuah filem. Contohnya babak di pangkalan X-Men. Deadpool hairan kenapa beliau hanya berjumpa dua X-Men  sahaja dalam pangkalan itu. Beliau merasakan pengarah tidak cukup bajet untuk menupah pelakon tambahan. Anda perlu menonton filem ini untuk mengetahui apa maksud kami.

deadpool-gallery-02-gallery-image

Watak Deadpool yang bersahaja dan sarkastik pada tahap maksima memberikan penonton perasaan lebih rapat dengan wataknya serta menyebabkan penonton tidak kering gusi dengan lawak-lawak yang ditampilkan.

Namun, harus diingat, filem ini hanya untuk golongan 18 tahun ke atas. Ia mempunyai dialog kata-kata kesat dan babak ganas yang bersahaja yang sememangnya tidak sesuai untuk golongan 18 tahun ke bawah. Tetapi unsur-unsur tersebut penting bagi identiti filem tersebut dan pujian harus diberikan kepada Lembaga Penapisan Filem kerana tidak memotong babak-babak tersebut kerana jika mereka memotongnya filem ini tentunya menjadi sebuah filem 30 minit tanpa isi.

deadpool-gallery-01-gallery-image

Sinematografi dan Kesan Khas

Cara bagaimana babak-babak filem ini dipersembahkan sememangnya satu hasil seni yang menarik, terutamanya babak pembukaan. Namun, jelas sekali CGI digunakan dalam sesetengah babak-babak lawan kerana gerakan yang dilakukan agak sukar dibuat tanpanya.

Muzik dan Kesan Bunyi

Muzik yang ditampilkan agak catchy tetapi tidak disuaikan dengan babaknya. Namun ia memang disengajakan untuk menampilkan situasi “ironik“. Sebagai contoh, dalam satu babak tembak menembak, lagi cinta dimainkan di latarbelakang.

deadpool-colossus-header

Positif dan Negatif

Positif

  • Lawak jenaka bersahaja memecah perut.
  • Cara olahan visual yang kreatif.
  • Cara penceritaan yang kreatif dan bersahaja.

Negatif

  • Ganas dan banyak kata-kata kesat. Tambahan pula keganasan yang ditampilkannya seperti bersahaja. Pengaruh berbahaya kepada kanak-kanak.
  • Jalan cerita yang pendek, anda akan terasa tidak cukup.

Kesimpulan

Filem Deadpool merupakan sebuah filem wajib tonton bagi mereka berumur 18 tahun ke atas. Penampilan babak ganas yang bersahaja tidak sesuai ditonton mereka yang mereka yang tidak dapat membezakan baik dan buruk. Tetapi secara keseluruhan ia sangat menghiburkan dan kelakar. Kami jamin anda tentu akan terhibur menonton filem ini dan jangan lupa menonton babak rahsia selepas senarai kredit.

Penilaian : 8/10

IMDB

The post Deadpool [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1QZp83F

The Revenant [Review]

The Revenant merupakan salah sebuah filem yang dicalonkan untuk anugerah Oscars. Malah pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio, diuar-uarkan akan memenangi anugerah Oscar pertamanya melalui filem ini dengan lakonan mantap dan meyakinkan yang ditampilkannya.

The Revenant

The Revenant [Review]

The Revenant berlangsung di zaman selepas revolusi Amerika di mana di bahagian utara Amerika, para pemburu yang memburu dan mendapatkan bulu haiwan untuk dijual perlu mendapat bantuan tentera kerana ketidakstabilan akibat permusuhan antara Amerika dengan Perancis (dari Kanada) serta permusuhan puak-puak orang asli Amerika.

Ia mengisahkan Huge Glass (DiCaprio) dan anaknya Hawk menjadi mencari arah untuk pasukan pemburu bulu haiwan dari Amerika. Semasa hendak membawa pulang hasil buruan bulu haiwan, kumpulan ini diserang puak orang asli Ree yang menuduh mereka menculik anak ketua puak.

Walaupun berjaya melarikan diri, kumpulan pemburu itu terpaksa mengharungi jalan getir dalam suhu di bawah paras beku untuk sampai ke pangkalan mereka. dalam perjalanan, Hugh Glass telah diserang beruang dan cedera parah. Setelah distabilkan keadaannya, mereka berusaha untuk membawa pulang Glass ke pangkalan tetapi ternyata ia terlalu sukar.

Untuk itu, John Fitzgerald (Tom Hardy), Hawk dan Bridger ditugaskan untuk menjaga Glass sehingga dia boleh berjalan atau sekiranya dia mati, memberikannya satu upacara pengebumian yang sempurna. Namun Fitzgerald yang tamak ingin membunuh Glass dan terus pulang ke pangkalan. Dalam pergeluran, anak Glass pula yang dibunuh dan Glass ditinggalkan untuk mati seorang diri. Glass yang penuh dengan perasaan marah ingin membalas dendam atas kematian anaknya.

Mampukah beliau terus hidup dan melakukannya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

the-revenant

Jalan Cerita dan Lakonan

Jika anda pernah menonton filem-filem calon Oscar, anda tentu faham, jalan cerita sebuah filem calon Oscar biasanya berkembang dengan perlahan, mempunyai makna mendalam dan memerlukan penghayatan yang mendalam. Filem ini tidak terkecuali. Ia menampilkan jalan cerita yang berkembang dengan perlahan untuk memberi peluang kepada penonton untuk menghayati babak-babaknya dan situasi sukar yang dialami protagonis dalam filem ini.

Dari segi itu, filem ini berjaya memberi gambaran yang sangat berkesan berkenaan keadaan hidup pada sama tersebut dan juga kepayahan yang terlalu dahsyat yang dilalui Hugh Glass. Jalan ceritanya umpama sebuah novel klasik di mana seorang bapa ingin membalas dendam ke atas pembunuhan anaknya.

Lakonan yang ditampilkan dalam filem ini juga berada di satu standard yang tinggi, terutamanya pelakon utama Leonardo DiCaprio dan Tom Hardy. Masing-masing berjaya membawa watak mereka dengan begitu hebat sekali. Kami berpendapat DiCaprio patut memenangi Oscar berdasarkan lakonannya dalam babak diserang beruang, di samping babak survival yang realistik.

the-revenant-tom-hardy-1

Sinematografi dan Kesan Khas

Sinematografi filem ini memberi fokus kepada penghayatan alam sekitar, khasnya landskap Amerika utara yang bersalji dan berbukit-bukau. Babak kem pemburu diserang orang asli Ree antara babak terbaik dalam filem ini dan mengingatkan kami kepada babak epik serangan pantai Normandy dalam filem Saving Private Ryan. Anda akan terasa seolah berada di tempat berkenaan, sedang melarikan diri dari serangan anak panah dan pahlawan berkuda puak Ree.

Harus diingat juga filem ini mempunyai babak berdarah dan ganas yang banyak. Dalam babak pertama sahaja, banyak keganasan telah ditampilkan yang mungkin akan membuatkan sesetengah golongan terasa mual. Apatah lagi babak serangan beruang dimana Hugh Glass telah dicakar dan digigit beruang, menyebabkan kesan-kesan cakar yang menampakkan daging. Dari segi ini, pujian harus diberikan kepada pasukan kesan khas kerana berjaya menampilkan realism yang tinggi dalam menggambarkan serangan tersebut.

The Revenant

Skor Muzik dan Kesan Bunyi

Ini juga satu bahagian filem ini yang kami minati. Secara keseluruhan, filem ini boleh dikatakan tiada langsung skor muzik. Apa yang ada hanyalah bunyi alat muzik yang kami percayai biola atau celo yang memainkan satu atau dua nota muzik dalam beberapa babak filem ini.

Anda mungkin akan fikir, tentu filem ini membosankan tanpa muzik untuk memberi kesan emosi kepada penonton. Tetapi tidak sama sekali. Pengarah telah secara bijak mengetengahkan bunyi alam sekitar seperti bunyi air, haiwan dan angin dalam setiap babak yang diarahkannya. Bermakna jika babak itu merupakan babak hutan bersalji, akan kedengaran bunyi salji turun dan salji yang cair jatuh ke tanah memberikan bunyi umpama hujan. Pendek kata, mereka yang gemar menghayati alam sekitar tentu akan terpesona dengan kesan bunyi dalam filem ini.

The Revenant

Positif vs Negatif

Positif

  • Mempunyai mesej yang mendalam dan bermakna
  • Kesan bunyi alam sekitar yang hebat.
  • Kesan khas dan sinematografi yang terbaik.
  • Gabungan aksi dan unsur abstrak yang diolah dengan baik.

Negatif

  • Jalan cerita yang berkembang dengan perlahan
  • Filem ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan filem abstrak.

revenant-gallery-20-gallery-image

Kesimpulan

Secara jujurnya, walaupun kami rasakan filem ini mempunyai peluang untuk memenangi anugerah Oscar, ia bukan untuk semua orang. Bagi mereka yang gemarkan filem yang mempunyai mesej mendalam, filem ini untuk anda. Bagi mereka yang gemarkan filem aksi santai seperti The Avengers, mereka mungkin akan hilang kesabaran menonton filem ini, walaupun babak aksi yang ditampilkan agak epik. Apa pun, tontonlah trailernya dahulu sebelum mengambil keputusan menontonnya.

Penilaian : 7.5/10

IMDB

The post The Revenant [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1PNbkKO