Search This Blog

Bisik hatiku lepaskan dirinya

Bak kata lirik di dalam lagu 'pendam' daripada Syahir AF, 'aku hanya hamba cinta'.. That is what I really feel that time. Entah lah ape yang korang akan buat kalau berada di tempat aku. Aku hanya hidup dengan sisa harapan yang ada. Bak kata Dr. MAZA, 'yang ada ini sudah harapan kita'. Perkataan 'ini' merujuk kepada 'diri' iaitu jasad kita. Bayangkan kalau korang tak rasa 'diri' korang merupakan suatu harapan.....

Aku tak kisah pun walau berapa kali orang mempersendakan perasaan dan keikhlasan aku. Aku akan terus mengkaji, kerana orang perempuan adalah objek yang sering membawa kekeliruan kepada diri aku. Entah mengapa sedari kecil aku telah seakan 'tidak menyukai' perempuan. Bukan lah tidak suka dalam erti kata sebenar, tetapi ia seperti 'di dalam benci, ada suka'.

Aku pun dah tak berapa ingat detik yang paling penting dalam hidup aku, yang menyebabkan perasaan 'menolak' untuk berkawan atau pun berbaik-baik dengan orang perempuan terjadi.

Even until now, aku memang tak banyak cakap dengan perempuan. Dan yang agak sedikit ralat, aku tak banyak bercakap walaupun dengan perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan aku.

Aku lelaki normal, ada naluri seperti lelaki biasa. Ingin membina mahligai bersama seseorang yang istimewa. Tetapi bila perkara seperti ini berlaku, ia agak sukar...

Aku tak sanggup lagi 'mendera' perasaan orang yang akan aku sayangi nanti. Aku lebih rela merasai kesepian, walaupun terkadang ia agak mencengkam di jiwa. Mungkin sebab tu aku tak berterus-terang. Mungkin kerana itu aku lepaskan dirinya. Mungkin juga aku takut aku menyakitinya, selepas dia menyakiti hati ku.....

Ip Man 3 [Review]

Sejak menonton trailer Ip Man 3 yang menampilkan Mike Tyson sebagai watak jahat, kami sememangnya pasti perlu menonton filem ini apabila ditayangkan. Semalam kami mendapat peluang menontonnya di TGV Sunway Putra yang mempunyai sistem bunyi yang ketara gempak.

Ip Man 3

Ip Man 3 [Review]

Dalam filem ketiga dalam siri filem Ip Man, watak utamanya, Ip Man kini tinggal di Hong Kong pada penghujung tahun 50an. Hong Kong ketika itu masih di bawah pemerintahan British dan rasuah berleluasa menyebabkan kongsi gelap yang diketuai Frank (Mike Tyson) berleluasa melakukan kerosakkan. Mereka mahu memaksa pengetua sekolah anak Ip Man untuk menjual sekolahnya kepada ahli kongsi gelap.

Bagaimanakah Ip Man akan menghalang sekolah anaknya dari jatuh ke tangan kongsi gelap? Tontonlah kesudahan filem ini di pawagam berhampiran.

10455662_10153550368464174_2118547193322355848_n-thumb-960x539-57281

Jalan Cerita dan Lakonan

Pertama sekali, filem ini dikhaskan kepada peminat filem kung fu dan juga pengamal aktif seni mempertahankan diri. Kami rasa, golongan ini sahajalah dapat menghargai filem ini dengan sebaiknya. Filem ini membawa kita mengenang kembali filem-filem Bruce Lee, di mana jalan ceritanya ringkas, iaitu mempertahankan hak golongan yang tertindas.

Kekuatan utama filem ini semestinya babak perlawanannya yang sememangnya berkualiti tinggi. Malah jika anda pengamal seni mempertahankan diri, pasti anda boleh menganalisa jenis kungfu yang digunakan dan langkah-langkahnya. Seperti saya katakan tadi, filem ini dikhaskan untuk peminat dan pengamal kung fu tegar.

marcusgohmarcusgoh-ipman3review-4

Jalan ceritanya dibahagikan kepada 3 bahagian, Ip Man vs kongsi gelap, Ip Man vs Frank (Mike Tyson) dan Ip Man vs kung fu master wannabe. Jika anda bijak, anda tentu boleh mengagak kesudahan Ip Man vs Frank. Lagipun ia merupakan tarikan utama filem ini dan perlawanan Ip Man paling sengit.

Secara keseluruhannya, filem ini berkisarkan nationalisma, kepentingan menjaga kedaulatan negara dan bangsa serta kepentingan kasih sayang keluarga.

BL_Ip_Man_3-thumb-630xauto-58423

Positif vs Negetif

Positif

  • Babak lawan yang tiada tolok bandingan – anda hampir boleh merasakan kesakitan orang yang dipukul.
  • Pengajaran moralnya.
  • Kemunculan “Bruce Lee” dalam beberapa babak filem ini.

Negetif

  • Terdapat beberapa aksi lawan yang melayang yang sedikit tidak munasabah.
  • Jalan cerita mengikut template Bruce Lee

download

Kesimpulan

Kesimpulannya filem ini adalah filem wajib tonton bagi peminat filem kung fu klasik. Namun bagi mereka yang kurang meminati filem kung fu mungkin akan menganggap filem ini biasa sahaja. Bagi kami, samada anda peminat kung fu atau tidak, filem ini mempunyai pengajaran mengenai nationalisme dan kasih sayang yang boleh diterapkan dalam kehidupan sehari-harian. Kami merekomen anda menonton filem ini hujung minggu ini.

IMDB

The post Ip Man 3 [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/22rgOQI

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Selama beberapa minggu kami berusaha untuk tidak tertonton atau terbaca spoiler mengenai filem epik Star Wars VII The Force Awakens dan akhirnya kami berjaya menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai later belakang jalan ceritanya. Walaupun terdapat seorang peminat tegar Star Wars dalam team Wayangkini, penulis ditugaskan untuk menulis review ini untuk mengelakkan review yang “pilih kasih”. Penulis bukanlah peminat tegar Star Wars, tetapi telah menonton semua filem sebelum ini sekurang-kurangnya sekali.

Star Wars VII The Force Awakens

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Star Wars VII The Force Awakens berlangsung 30 tahun selepas kejadian Star Wars VI Return of The Jedi. The Empire telah tumbang dan kini digantikan oleh satu organisasi dipanggil The First Order. Tanpa memberikan sebarang spoiler, filem ini mengisahkan kedua dua pihak, The First Order dan pasukan pemberontak berusaha untuk mencari Luke Skywalker yang menghilangkan diri untuk sekian lama.

Pertembungan bakal berlaku antara dua pihak ini. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam IMAX atau 3D berhampiran anda.

star_wars_characters_-_h_-_2015

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini sememangnya tidak syak lagi mengikut gaya penceritaan filem Star Wars dan tidak melupakan unsur-unsur yang membuatkan siri filem ini sebuah lagenda dalam perfileman Holywood. Babak aksi dan peperangan angkasa pula sememangnya mengujakan semua peminat-peminat setia francais filem Star Wars.

_86225572_cb1120.4k_noblur.v04.1132

Lakonan pelakon-pelakonnya juga di tahap yang terbaik. Dalam Star Wars IV hingga VI, masalah dan komplen yang dihadapi adalah kualiti kesan khasnya yang kurang baik. Tetapi itu sememangnya dijangkakan dengan teknologi perfileman yang ada pada zaman lewat 70an dan awal 80an. Tetapi lakonan pelakonnya sememangnya mendapat pujian ramai.

Dalam episod Star Wars I hingga III pula, kesan khas yang digunakan jauh lebih baik memandangkan teknologi CGI telah berkembang pesat pada zaman itu. Tetapi lakonan pelakonnya didapati kaku dan tidak memberangsangkan.

Star_Wars_Still

Untuk filem Star Wars VII maklumbalas awal adalah ia menggabungkan kehebatan lakonan siri Star Wars asal (IV – VI) dengan kehebatan CGI siri Star Wars kedua (I – III). Cuma mungkin watak jahat utama, Kylo Ren kurang “ganas” dan kelihatan mentah, berbanding Darth Vader yang sememangnya kejam. Tetapi mungkin itu sememangnya karakter watak berkenaan. Terdapat juga watak-watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini.

Secara keseluruhan, dari pandangan seorang yang bukan peminat tegar Star Wars, jalan cerita filem ini OK sahaja. Tidaklah begitu gempak. Namun penulis pasti peminat tegar kurang bersetuju dengan penulis. Ada sahabat penulis yang telah menonton filem ini 3 kali kerana minatnya terhadap filem Star Wars.

Star-Wars-Force-Awakens-Chrometrooper

Salah seorang watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini

Positif vs Negetif

Positif

  • Lakonan dan CGI yang terbaik
  • Kesinambungan  dari filem episod 6 dilakukan dengan baik
  • Menepati gaya dan persekitaran Star Wars

Negetif

  • Jalan cerita walaupun menarik, tidak menampilkan sebarang kejutan
  • sesetengah watak tidak ada fungsi dan muncul hanya sekejap sahaja.

5543ca96801ffcbc36b34181_vanity-fair-star-wars-01

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan filem Star Wars VII The Force Awakens merupakan sebuah filem yang hebat dan kini meraih filem paling pantas menerima kutipan melebihi USD300 juta dalam minggu pertamanya dengan kutipan USD325.4 juta dalam masa 5 hari berbanding Jurassic World yang mengutip USD300 juta dalam masa 8 hari. Namun kehebatan filem ini banyak bergantung kepada jika anda seorang peminat tegar filem ini atau tidak.

Terdapat sesetengah orang yang tidak pernah menonton filem-filem Star Wars. Bagi mereka filem ini langsung tidak menarik perhatian mereka. Malah jika diberi peluang menonton semula siri filem Star Wars sebelum ini, mereka tidak dijangka akan meminati filem francais ini pun.

Tetapi bagi mereka yang telah menonton filem ini sejak kecil lagi, pasti akan bertepuk kegembiraan selepas menontonnya.

IMDB

The post Star Wars VII The Force Awakens [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1U7GwDD

Persembahan dan penampilan paling segak, sopan dan yakin


Aku  macam tak pasti ape nak dinukilkan tentang lagu dalam video di atas, melainkan sebuah kenangan silam yang sangat bernilai, dan juga mengusik jiwa. Aku rasa terseksa sebenarnya dengan lagu ni. Lagu masa aku darjah 3, dan mala'un tak sedar diri tu pulak baru darjah 2. Aku sepatutnya belasah mala'un tu sejak dulu....

Maaf lah readers sekalian, tajuk entry macam tak berape nak kene. Tapi seriously, memang persembahan daripada kumpulan VISA ni amat mantap, segak, kemas, rapi, awesome, gentlemen, superb, dan korang name kan lah sendiri. Sebab Sham VISA ni muke dia memang cantik. Aku pun kagum dengannya, tapi aku bukan gay.

Persembahan macam ni lagi aku suke. Persembahan 'rock serabut' dengan imej ala compang-camping pun O.K jugak, tapi band ni lebih kepada genre pop. So, amat sesuai lah dengan penampilan diorang. Lagipun mase ni dah tahun 1994. Kali terakhir Juara Lagu yang menampilkan hampir ke semuanya band rock adalah pada tahun 1991 iaitu 3 tahun sebelum. Mungkin sebab tu fesyen rock serabut ala compang-camping dah bertukar kepada imej yang amat berbeza iaitu segak dan kemas, walaupun masih ada lagi band rock dengan fesyen serabut. Tahniah kepada kumpulan pop rock VISA yang menampilkan kelaianan dalam imej tersendiri.

Tengok wajah Sham VISA ni, teringat aku kepada seorang mekanik cina yang penah membaiki kereta lame aku. Kete tu dah jual. MEmang patut pun jual kete tu. Aku sampai tak sanggup nak citer kat sini tentang masalah kete tu. Ibarat aku jual 'malang'. Tak tau la kalau tuan baru dia dapat tuah. Berbalik kepada mekanik tu, orang cine korang faham je la . Macam kulit cina la. Tapi aku bukan nak membandingkan SHam VISA dengan mekanik tu, cuma iras diorang macam same. Ade kisahnye kenapa aku kaitkan diorang. Sebab mekanik tu mengingatkan aku kepada kisah enam tahun dahulu. Mase aku masih bekerja, menyara kehidupan diri tanpa bantuan sesiapa. DAn ketika aku sedang bercinta dan dalam mase yang same dilanda pelbagai masalah. Syukur, aku sekarang tidak lagi berjerih-perih seperti dahulu. Cuma sedih tu perkara biasa lah. Dah sebati sejak dari dahulu lagi. Wajah aku tak macam Sham VISA, mekanik cina tu atau pun Harry Kewell pemain bola kebangsaan Australia. Kerana iras ketiga-tiga diorang ni pada pandangan mate aku memang sebiji. Cuma SHAM Melayu, so ade kelainan yang agak istimewa lah sikit pada SHam VISA . Aku suke kening dan mate diorang. Macam wajah orang ceria. Wajah macam ni senyum sikit je dah nampak ceria. Memang tak same  lah ngan wajah dan penampilan aku. Tapi aku bukan lah pula tak bersyukur dengan pemberian Ilahi. Aku terima seadanya. Cume kekadang tu aku terase hati lah sikit. Lebih2 lagi dengan umur yang semakin meningkat ni, tapi belum ketemu-temu lagi pasangan yang serasi . Asyik rase sensitif dengan perangai manusia yang selalu membuli aku. Dah la aku ni payah nak senyum. Aku rase macam aku semakin hilang tarikan. Kalau dulu, gadis2 yang sederhana mate memandang pun boleh suke kat aku. Tapi pade mase sekarang, aku dah tak pasti lagi. Sebab baru2 ni, gadis2 yang berjalan berduaan dengan kawan diorang macam cube mengelak bile aku pun mengelak ketika berselisih . Dulu tak pun macam tu. Dulu kalau aku mengelak, diorang jalan lurus jugak. Aku mengelak mase berselisih dengan gadis sebab aku pemalu. Kemudian aku takut terkene sipi. Nanti datang pulak masalah. Lelaki pemalu macam aku memang sifatnye begitu . Tapi kesannya, aku sendiri yang akan terase hati. Dan pada masa kini, semakin aku terase hati bile kejadian yang seperti itu berlaku lagi.



Ade banyak lagi aku nak tulis dan nukil.. Tapi aku dah kepenatan fikiran. Nanti aku update. Lagipun sape yang nak baca ape yang aku tulis pepanjang ni. ade orang bace? Memang beruntung orang tersebut :).

X-Men Apocalypse [trailer]

2oth Century Fox telah menerbitkan trailer filem X-Men terbaharu iaitu X-Men Apocalypse. Ia memaparkan watak jahat yang bernama Apocalypse yang ingin memusnahkan dunia dan membinanya semula mengikut acuannya sendiri. Dapatkah Charles Xavier menyelamatkan bumi?  Tontonlah filem ini yang dijadualkan akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Mei 2016.

IMDB

X-Men Apocalypse

X-Men Apocalypse [trailer]

The post X-Men Apocalypse [trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1lU2Aqf

Point Break 2015 [Review]

Kami tidak berapa ingat filem asal Point Break yang diterbitkan pada tahun 1991 dahulu, namun dipengaruhi trailernya yang menarik, kami menonton filem ini bagi melihat sejauh manakah kehebatan filem Point Break 2015 ini.

point_break_2015_movie-wide

 

Point Break 2015 [Review]

Point Break mengisahkan seorang agen FBI baharu bernama Johnny Utah yang ditugaskan menyamar untuk memasuki satu kumpulan penjenayah yang merupakan ahli sukan ekstrim. Johnny sendiri merupakan seorang ahli sukan ekstrim tetapi telah berhenti setelah kematian rakannya dalam satu kemalangan motosikal ketika membuat penggambaran iklan bersamanya.

Point-Break-2015

Kumpulan penjenayah yang diketuai Bodhi itu bertanggungjawab ke atas beberapa rompakan yang berbahaya dan berjaya melarikan diri hasil kemahiran sukan ekstrim mereka.

Dapatkan Johnny menangkap mereka sebelum mereka melakukan satu lagi jenayah? Tontonlah filem ini.

Jalan Cerita

Kami tidak mengingati jalan cerita filem asal Point Break, namun nampaknya filem baharu ini tidaklah mempunyai jalan cerita yang begitu menarik. Walaupun ia merupakan filem penyiasatan, namun sebahagian besar filem ini memaparkan tentang ahli sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka. Sebahagian babaknya agak membosankan dan kami hampir tertidur beberapa kali.

point-break

Ia sememangnya mempunyai babak-babak sukan ekstrim seperti papan luncur salji, luncur air dan wing suit yang menarik, namun jalan cerita penyiasatannya hanya sedikit dan tidak menepati harapan untuk sebuah filem aksi yang menarik. Aksi sukan ekstrim di Youtube lebih menarik daripadanya.

Positif Vs Negatif

Positif

  • Sinematografi sukan aksi yang agak menarik

Negatif

  • Jalan cerita yang agak membosankan
  • Lebih kepada drama berbanding filem aksi.

Kesimpulan

Point Break 2015

Filem Point Break 2015 bukanlah sebuah filem yang berbaloi ditonton di panggung. Ia antara filem yang hanya dibikin untuk memeriahkan panggung wayang. Jika anda bukan peminat sukan ekstrim, tidak rugi anda tidak menontonnya. Bagi yang meminati sukan ekstrim, mungkin anda boleh menyelami pemikiran seorang hippies sukan ekstrim dan prinsip-prinsip hidup mereka.

IMDB

The post Point Break 2015 [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1HUjmA7