Search This Blog

Passengers [Review]

Menonton trailer filem Passengers baru-baru ini, ia kelihatan seperti sebuah filem yang menarik untuk ditonton musim cuti ini. Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk menonton filem ini hari ini dan berikut adalah review kami mengenainya.

Passengers [Review]

Passengers merupakan kisah di masa hadapan di mana manusia telah menakluk planet lain dan mula mempopulasikan planet-planet berkenaan. Perjalanan ke planet-planet itu mengambil masa bertahun-tahun. Sebagai contoh dalam kisah ini watak utama Jim Preston ingin berpindah ke planet Homestead II dan ia mengambil masa 120 tahun perjalanan kapal angkasa untuk tiba ke planet itu.

Oleh yang demikian, setelah dilancarkan semua kru dan penumpang akan diletakkan dalam keadaan hibernasi yang membolehkan mereka hidup sepanjang perjalanan dan dikejutkan 4 bulan sebelum tiba. Malangnya kapal itu telah mengalami masalah dan pod hibernasi Jim telah rosak, menyebabkan beliau dikejutkan 90 tahun lebih awal dari sepatutnya. Tinggallah beliau seorang diri di kapal angasa tersebut dalam keadaan berjaga. Sehinggalah beliau menemui pod hibernasi Aurora Lane di mana beliau telah jatuh cinta dengannya.

Beliau berfikir-fikir lama samada hendak mengejutkannya semula taupun tidak, kerana setelah dikejutkan, beliau tidak lagi akan boleh dihibernasikan. Apakah pilihannya dan mengapakah beliau dikejutkan awal dari hibernasi? Untuk mengetahui jawapannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita dan Lakonan

Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa filem ini merupakan sebuah drama percintan bertemakan sci-fi. Bermakna ia lebih kepada sebuah drama percintaan berbanding sebuah filem sci-fi. Jadi jika jangkakan sebuah filem ala Star Trek, anda akan hampa. Terdapat sedikit babak aksi yang mendebarkan di dalam filem ini, namun tidak mencukupi untuk mengklasifikasikannya sebagai sebuah filem aksi.

Sungguhpun demikian, abang-abang sado yang turut menonton filem ini tidak akan dikecewakan kerana filem ini bukan sebuah filem percintaan klise. Persekitaran dan latarbelakang watak-watak serta masalah yang mereka hadapi tetap menarik ditonton dan anda tidak akan bosan dengan jalan cerita yang dihidangkan. Tambahan pula, pengakhirannya agak memuaskan dan tidak klise. Ia juga memberi satu mesej pengajaran iaitu sentiasa menghargai apa yang ada di tangan.

Lakonan mantap Chris Pratt dan Jennifer Lawrence baik, namun secara peribadi mereka tidak kelihatan seperti pasangan secocok. Itu pendapat kami, apa pula pendapat anda?

Positif vs Negatif

Positif

  • jalan cerita agak menarik dan tidak klise
  • pengakhiran yang memuaskan hati
  • pengajaran cerita yang kuat

Negatif

  • tidak banyak babak aksi
  • hanya 3-4 watak utama sepanjang filem ini.

Passengers

Kesimpulan

Kami menonton filem Passengers dengan harapan ia sebuah filem Sci-fi yang menarik, namun sebenarnya ia sebuah drama percintaan yang bertemakan sci-fi. sebahagian besar filemnya mengenai kisah konflik antara watak-watak utamanya dan hanya sedikit babak aksi. Namun, kami dapati filem ini berjaya mengekalkan minat kami menonton sehingga penghujungnya. Mungkin ini adalah sebuah filem yang anda patut tonton dengan pasangan romantik anda memandangkan ia tidak terlalu jiwang dan mempunyai tema sci-fi yang menarik minat kebanyakkan kaum lelaki.

Penilaian: 7/10

The post Passengers [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2iPIws9

Rogue One A Star Wars Story [Review]

Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian Carrie Fisher, pelakon yang memainkan watak Princess Leia dalam filem-filem Star Wars asal. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat rapat yang pernah bekerja bersamanya. Olehkerana admin menjalani umrah baru-baru ini, admin hanya berpeluang menonton filem Rogue One A Star Wars Story semalam, iaitu sehari sebelum kematian Carrie Fisher. Nampaknya dalam filem inilah kali terakhir kami melihat Carrie Fisher sebelum kematiannya (beliau juga dilihat dalam satu babak filem ini). Apa pun, kami akan review filem ini dengan hati terbuka.

Rogue One A Star Wars Story [Review]

Filem Rogue One A Star Wars Story mengisahkan sekumpulan pemberontak yang ditugaskan untuk mendapatkan pelan kepada sebuah senjata rahsia empayar yang dinamakan Death Star. Kumpulan ini diketuai Cassian Andor dan disertai Jyn Erso, iaitu anak kepada jurutera utama senjata berkenaan Galen Erso yang dipaksa membina senjata tersebut untuk empayar.

Banyak rajau dan duri dilalui kumpulan tersebut dan dalam menjalankan misi mereka, mereka disertai oleh beberapa lagi watak bagi membantu mencapai objektif misi mereka. Adakah mereka akan berjaya mendapatkan pelan senjata berkenaan? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita Rogue One berlangsung sejurus sebelum Star Wars episode IV: A New Hope, malah babak terakhir filem ini bersambung terus dengan permulaan episode IV. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mengikuti filem-filem Star Wars, anda masih boleh menikmati filem ini sebagai filem standalone tanpa sebarang masalah. Namun jika anda bukan peminat Star Wars, anda mungkin akan kurang teruja dengan kapal-kapal angkasa baru, jenis stormtrooper baru, dan watak-watak dari filem asal yang “dihidupkan  kembali” dalam filem ini.

Watak seperti Governor Tarkin merupakan watak filem asal yang telah meninggal dunia dan “dihidupkan kembali” menggunakan kuasa CGI. Malah CGI yang digunakan cukup bagus sehingga sukar untuk melihat bahawa mukanya sebenarnya CGI. Begitu juga dengan watak Princess Leia di akhir filem ini. Para pembikin filem ini telah berjaya menampakkan rupanya seperti masih muda lagi. Kami tidak pasti samada menggunakan CGI ataupun make-up.

Secara subjektif, jalan cerita filem ini tidaklah sehebat mana, jika anda tidak mengikuti franchais Star Wars. Namun jika anda peminat Star Wars, jalan ceritanya adalah penting bagi mengisi persoalan bagaimana pihak pemberontak boleh mendapat pelan untuk Death Star, seterusnya memusnahkannya dalam episode IV. Oleh sebab ini, terdapat perbezaan pengalaman menonton berdasarkan samada anda peminat Star Wars atau tidak.

Rogue One

Kesan Khas Dan Muzik

Selain menghidupkan semula watak lama yang telah meninggal dunia dengan baik, para pembikin filem ini berjaya mengekalkan rekabentuk antaramuka teknologi dari filem asal ke dalam filem Rogue One ini. Agak menarik melihat rekabentuk grafik zaman 70an dibikin menggunakan teknologi abad ke 21. Begitu juga dengan Imperial Walkers yang kini dibikin menggunakan CGI berbanding “stop motion” dalam filem asal, menjadikan babak peperangan jauh lebih menarik berbanding dahulu.

Muzik dalam filem ini juga tidak lagi dibikin oleh John Williams seperti dalam filem-filem asal sebaliknya oleh Michael Giacchino dan perbezaannya dapat didengari samada anda sedar atau tidak. Ia tidak memberikan perasaan sebuah filem Star Wars yang tipikal.

Positif Vs Negatif

Positif

  • Pengenalan watak yang baik.
  • Jalan cerita dan babak peperangan yang mengujakan bagi peminat Star Wars
  • CGI yang terbaik, terutamanya dengan kebolehan “menghidupkan orang yang mati”.

Negatif

  • Pengalaman penonton bukan peminat Star Wars jauh berbeza berbanding peminat.
  • Sebagai bukan peminat, jalan ceritanya pada tahap biasa sahaja.

Kesimpulan

Kami bukanlah peminat tegar Star Wars, namun kami telah pun menonton kesemua episode Star Wars yang dibikin setakat ini. Tidak dinafikan jika anda tidak mengikuti filem-filem sebelumnya, anda mungkin tidak terkesan sangat dengan filem ini. Namun, oleh kerana kami telah menonton filem sebelumnya, memang jelas kebijaksanaan pembikin filem Rogue One A Star Wars Story dalam mengaitkan filem ini dengan filem sebelumnya, secara spesifiknya episode IV. Dengan kata lain ia harus ditonton dalam pakej untuk mendapat pengalaman menonton yang terbaik.

Penilaian: 8/10

IMDB

The post Rogue One A Star Wars Story [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2i7os32

Assassins Creed [Review]

Selamat Hari Krismas kepada yang menyambutnya dan selamat ambang tahun baharu 2017. Maaf kami sudah lama tidak mempos review. Admin mengerjakan umrah dalam masa dua minggu lalu. Apa pun, kali ini kami berkesempatan menonton filem Assassins Creed, sebuah filem adaptasi permainan video dengan nama yang sama. Biasanya filem berdasarkaan pemainan video gagal menempa nama di layar perak. Bagaimana pula dengan filem ini?

Assassins Creed

Assassins Creed [Review]

Assassins Creed mengisahkan Callum Lynch, seorang pembunuh yang dihukum mati oleh mahkamah tetapi diselematakan oleh Abstergo Industries, iaitu versi Pertubuhan Knights Templer yang dimodenkan. Pertubuhan Templer ini merupakan golongan yang telah menawan seluruh Granada dan Andalusia dari penguasaan orang Islam pada tahun 1492.

Pada masa kejatuhan Granada, Sultannya memiliki “Apple of Eden” yang dikatakan mengandungi sumber pengkhianatan manusia dan dengan memiliki epal tersebut, pemiliknya boleh menghapuskan kebebasan berfikir manusia dan kononnya membawa kedamaian kepada bumi.

Untuk itu mereka menggunakan sejenis mesin bernama Animus yang boleh disambungkan kepada Callum untuk mengases memori Agular, seorang assassin yang hidup pada zaman berkenaan untuk mengetahui di mana epal itu disorokkan. Callum merupakan keturunan kepada Agular di mana DNAnya menyimpan memori Agular.

Tetapi, semakin Callum menggunakannya, semakin banyak beliau mengingat kembali tanggungjawab Agular sebagai seorang Assassin. Apakah akan berlaku seterusnya? Tontonlah filem ini di pawagam.

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini agak menarik kerana ia menampilkan satu pandangan alternatif kepada kejatuhan kerajaan Islam Andalusia dan bagaimana Assassins ini merupakan satu pertubuhan yang bekerjasama dengan kerajaan tersebut, walaupun bukan sebahagian dari kerajaan itu. Jalan ceritanya akan silih berganti antara zaman “Spanish Inquision” dan zaman kini. Sungguhpun demikian, jalan ceritanya tidak sukar difahami.

Babak aksinya sangat menarik di mana penggunaan gabungan pakour dan koreografi seni mempertahankan dirinya sangat menjadi. Pelakon-pelakonnya juga jelas sekali menerima latihan yang secukupnya untuk melakonkan babak lawan dan kejar-mengejar yang mendebarkan.

Walaubagaimanapun, agak mengecewakan apabila filem ini tamat lebih awal dari jangkaan. Dengan kata lain bahagian penamatnya agak lemah dan berakhir dengan kurang elegen. Agak jelas bahawa mereka mahu membikin beberapa filem lagi dalam francais Assassins Creed, tetapi cara mereka menamatkan filem pertama ini agak mengecewakan.

Lakonan para pelakonnya boleh diberi pujian terutamanya lakonan babak berlawan di mana tahap kebolehan seni pertahanan pelakon-pelakonnya menunjukkan para pelakon dan pelakon tambahannya bukan setakat tangkap muat sahaja, Sebaliknya menerima latihan yang secukup.

Positive vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami.
  • Babak berlawan yang menarik

Negatif

  • Kesudahannya yang agak terburu-buru menyebabkan rasa tidak puas hati.

Kesimpulan

Assassins Creed merupakan sebuah filem aksi yang menarik walaupun mendapat kritikan para pengkritik filem di US dan Eropah. Mungkin mereka terlalu tegas dalam membandingkan filem dengan permainan video untuk membuat kesimpulan mereka. Kami sejujurnya tidak bermain permainan video Assassins Creed, walaupun pernah melihat orang lain bermainnya. Mungkin kerana itu kami tidaklah begitu tegas dalam penilaiannya.

Apa pun, anda tidak perlu bermain permainan videonya terlebih dahulu untuk menikmati filem ini. Jalan cerita dan latarbelakangnya akan dijelaskan dalam filem tersebut secara jelas. Persoalannya, adakah mereka akan mengikuti siri permainan Assassins Creed yang lain ( 1, 2, 3 dan sebagainya) dalam menentukan jalan cerita filem seterusnya? Kita tunggu dan lihat.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Assassins Creed [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2hqxyJ3

Sinopsis filem The Beautiful Mind


Image result

Filem ini adalah genre based on the true story. Kisah mengenai seorang pemenang hadiah nobel yang bernama John Nash. Jika anda ingin mencari di Google, boleh lah menggunakan keyword 'John Forbes Nash Jr'.

Semasa artikel ini ditulis, penulis baru sahaja mendapat maklumat bahawa beliau telah pun meninggal dunia. Mendiang meninggal pada tahun lepas iaitu pada Mac 2015. Kali pertama penulis menonton filem ini kalau tak silap penulis adalah dalam tahun 2003.

Bagi penulis, filem ini memberikan inspirasi yang luarbiasa. Ini kerana, walaupun Nash seorang yang genius kerana berjaya mencipta pelbagai teori Matematik moden, dan salah satunya adalah teori permainan. Nash juga sebenarnya adalah seorang yang mempunyai masalah jiwa yang dikenali sebagai schizophrenia.

Di dalam filem ini, terdapat banyak babak di mana Nash 'bertarung' dengan kecelaruan identitinya sendiri, sehingga hampir mendatangkan bahaya terhadap keselamatan diri dan keluarganya sendiri. Nash seolah 'melihat' dirinya adalah seseorang yang dicari oleh perisik Rusia yang ingin menculiknya kerana kepintarannya dalam memecahkan kod-kod rahsia yang dihantar oleh kerajaan Soviet tersebut kepada agen risikannya di Amerika Syarikat. Nash mendapati kod-kod tersebut sebenarnya adalah koordinat di mana ianya adalah kawasan-kawasan yang sedang disasarkan bom oleh pihak Soviet.

Menyedari perubahan sikap mendadak yang ditunjukkan oleh Nash, Alicia (isteri Nash) akhirnya mengintip pergerakan suaminya setiap hari. Nash didapati sering menghantar 'dokumen sulit' mengenai 'penemuannya' berkenaan rancangan-rancangan tersembunyi oleh ketenteraan risikan kerajaan Soviet ke sebuah 'rumah' . Nash 'menyangka' rumah tersebut adalah rumah di mana terdapatnya agen-agen risikan CIA. Akhirnya Alicia sendiri datang lalu mengutip ke semua surat-surat suaminya itu yang sebenarnya tidak pernah sampai ke tangan agen CIA, melainkan hanya lah kepada sebuah rumah besar yang kosong serta tidak berpenghuni. Nash akhirnya ditahan di Universitinya iaitu di Princeton, oleh pasukan perubatan psikiatrik semasa beliau sedang menyampaikan syarahan di sana.

Di akhir cerita, Nash berjaya 'melawan' jelmaan-jelmaan yang sering datang kepadanya, terutama sekali adalah seorang kanak-kanak perempuan bernama Marcie dan seorang lagi kawan sebiliknya semasa beliau belajar di Universiti berkenaan iaitu Charles yang digelarnya sebagai 'Portugal roommate', lakonan Paul Bettany. Nash tidak menghiraukan jelmaan-jelmaan tersebut walaupun mereka datang mengganggu beliau saban waktu sehingga beliau kelihatan janggal serta aneh pada pandangan masyarakat sekeliling. Akhirnya penyakitnya sembuh secara beransur-ansur dan beliau juga telah berjaya mencipta formula Matematik yang banyak membantu ahli-ahli ekonomi dari seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Kimi No Na Wa – Your Name [Review]

Beberapa bulan lalu, filem anime Kimi No Na Wa dilaporkan mencatatkan kutipan tertinggi bagi sebuah filem animasi, satu pencapaian yang sebelum ini hanya boleh dicapai oleh filem animasi Studio Ghibli. Sejak itu kami tertarik untuk menonton filem animasi ini kerana ingin tahu apa sebenarnya yang menarik tetang filem ini.

Kimi No Na Wa – Your Name [Review]

Filem animasi Kini No Na Wa bertemakan drama romantik remaja mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Mitsuha dari sebuah bandar kecil yang mengalami mimpi pelik yang terlalu realistik. Setelah seketika mengalami mimpi tersebut, beliau menyedari bahawa setelah tidur pada hari tertentu, beliau bertukar badan dengan seorang remaja lelaki bernama Taki yang tinggal di Tokyo.

Sejak itu mereka menjalani hidup dari pandangan masing-masing dan pada masa sama membantu dalam masalah harian mereka masing-masing. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat. Tiba-tiba satu hari entah kenapa mereka tidak lagi bertukar badan. Apa yang terjadi sebenarnya?

Untuk kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jalan Cerita

Dalam segmen pengenalan di atas kami hanya memberi penerangan ringkas tentang asas jalan cerita filem ini. Ini kerana kami tidak mahu mengeluarkan “spoiler” yang boleh merosakkan pengalaman menonton filem ini.

Kekuatan filem ini ialah jalan ceritanya yang unik. Setelah menonton separuh pertama filem ini, anda mungkin berasa anda boleh mengagak kesudahannya, tetapi tidak sama sekali! Putaran plot di pertengahan filem ini langsung tidak dijangka dan semamangnya sangat menarik.

Walaubagaimanapun, jelas sekali filem ini disasarkan kepada golongan remaja hingga pertengahan 20-an. Bagi remaja lanjut usia seperti kami, kesan emosi filem ini mungkin tidak sehebat kesannya kepada golongan lebih muda. Sungguhpun demikian, jalan ceritanya mampu membuatkan kami terpaku pada layar perak selama hampir dua jam tayangan penuhnya.

Animasi

Seperti kebanyakan filem animasi Jepun, Kimi No Na Wa menghidangkan visual serta lanskap yang menarik dan sudut pandangan syot yang kreatif. Apa yang lebih menarik ialah pembikin anime ini gemar memaparkan visual aktiviti harian dan butiran0butiran kecil bagi memberikan gambaran dan perasaan yang berkait dengan sesebuah babak itu. Jelas sekali ia ingin mempromosikan kawasan bandar kecil yang digambarkan (kami terlupa nama bandar tersebut). Malah kami terasa ingin pergi ke bandar berkenaan setelah menonton filem anime ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Visual yang menarik
  • watak-watak yang hidup dan penuh perasaan
  • Jalan cerita yang antara terbaik dalam sebuah drama anime

Negatif

  • tidak banyak perkara negatif yang boleh dijumpai dalam filem ini

Kesimpulan

Bagi mereka yang jarang menonton filem anime dan hanya menonton anime jika ia antara yang terbaik di dunia, Kimi No Na Wa, merupakan salah satu yang patut anda tonton. Namun, seperti yang kami katakan pada awal artikel ini, ia lebih memberi impak kepada remaja dan golongan pertengahan 20an berbanding yang lebih berusia. Mungkin mereka yang lebih berusia mempunyai pandangan yang lebih realistik tentang cinta dan perhubungan antara manusia.

Kimi No Na Wa

Tetapi apa jua umur anda, tidak dapat dinafikan filem ini mempunyai jalan cerita yang akan membuatkan anda terhibur dari awal hingga akhir. Kami tidak mahu mengulas terlalu banyak mengenai filem ini dan ingin membiarkan anda menikmatinya dari perspektif sendiri. Amaran: oleh kerana ia sebuah anime Jepun, terdapat beberapa babak yang agak tidak sesuai untuk kanak-kanak, jadi jika boleh, elakkan membawa anak-anak kecil ke pawagam.

Penilaian: 8.5/10

IMDB

The post Kimi No Na Wa – Your Name [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2gLh1LE

Death Note Light Up The New World [Review]

Pejam celik, sudah 10 tahun berlalu sejak tayangan filem Death Note terdahulu dan ketika itu kami masih ingat ia merupakan sebuah filem yang diikuti ramai sehinggakan para penggemar budaya Jepun turut menampilkan pakaian fesyen menyerupai Misa Amane, watak kekasih Kira yang turut mempunyai senaskah Death Note. Kini sequelnya telah tiba dan terima kasih kepada GSC Cinemas kerana menaja tiket tayangan perdana filem ini, membolehkan kami menampilkan review bagi filem ini.

Death Note Light Up The New World [Review]

Death Note Light Up The New World berlangsung 10 tahun selepas kematian Kira dan L dalam filem sebelumnya. Dalam dunia ini, Raja Shinigami menurunkan 6 naskah Death Note ke bumi di mana itulah jumlah maksimum Death Note yang boleh berada di muka bumi dan jika diturunkan yang ke tujuh, buku tersebut tidak akan berfungsi.

Oleh kerana buku-buku tersebut turun secara rawak ke bumi, terdapat banyak kes kematian yang tidak dapat dijelaskan telah berlaku di serata dunia akibat penggunaan Death Note oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Namun, pengganti Kira telah muncul dan ingin mengumpulkan kesemua Death Note untuk dirinya sendiri, seterusnya menyambung legasi Kira yang kononnya ingin menghapuskan orang jahat dari muka bumi.

Pada masa yang sama satu pasukan khas penyiasat Death Note telah ditubuhkan yang turut menyertakan pengganti L, iaitu Ryuzaki. Pasukan ini diketuai Tsukuru Mishima. Tetapi di sebalik operasi ini, pihak kerajaan juga ingin mengumpulkan semua Death Note kononnya untuk tujuan keselamatan.

Mereka bertungkus-lumus menyiasat siapakah sebenarnya pengganti Kira atau Neo Kira itu. Dapatkah mereka menghentikannya sebelum ia menghapuskan lebih ramai orang.

Jalan Cerita dan Lakonan

Secara ringkas kami boleh nasihatkan bahawa jangan menonton filem ini dalam keadaan letih atau mengantuk. Seperti filem sebelumnya, ia memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bagi untuk mengikuti jalan ceritanya yang sangat teknikal. Kegagalan untuk membaca sarikata pada kadar yang optimum juga akan menyebabkan banyak poin-poin jalan ceritanya hilang.

Walaubagaimanapun, kami rasakan bahawa susun atur jalan ceritanya sedikit tergesa-gesa dan tidak sebaik filem sebelum ini. Filem Death Note dan Death Note 2 nyata lebih tersusun dari segi jalan ceritanya dan lebih mudah difahami berbanding filem terbaharu ini. Bagi mereka yang sememangnya mengukuti filem 1 dan 2, mungkin akan sedikit kecewa, terutamanya penggunaan beberapa taktik yang lebih kurang sama untuk mengalahkan Neo Kira dalam filem ini.

Lakonan dalam filem ini juga sedikit mengecewakan bagi sesiapa yang sudah terbiasa dengan lakonan mantap Tetsuya Fujiwara dan Ken’ichi Matsuyama dalam dua filem pertama. Lakonan dalam filem ini, walaupun berjaya menampilkan karekter masing-masing, hanya berada pada tahap biasa sahaja.

Kesan Khas

Kesan khas dalam filem ini lebih baik berbanding filem-filem sebelumnya, namun CGI untuk shinigami masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Kesan khas tembakan dan bunyi tembakan ternyata agak baik bagi sesebuah filem Jepun, walaupun tidak sehebat filem Holywood. Namun, tiada apa-apa istimewa tentang sinematografinya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Kesan khas yang diperbaiki, walaupun bukanlah yang terbaik
  • Jalan cerita yang menguji minda.

Negatif

  • susun atur jalan cerita yang agak kelam kabut.
  • lakonan tahap biasa sahaja
  • jika dibandingkan dengan filem 1 dan 2, ia jauh ke belakang

Kesimpulan

Bagi mereka yang tidak pernah menonton filem-filem Death Note sebelum ini, pastikan anda menontonnya sebelum menonton Death Note Light Up The New World, jika tidak, anda mungkin dapat memahami dunia shinigami dan Death Note ini. Bagi yang sememangnya mengikuti filem-filem tersebut, filem terbaharu ini menawarkan sebahagian debaran penyiasatan yang sama dengan dua filem pertama, tetapi jika anda mengharapkan ia tampil dengan jalan cerita yang lebih baik dari dua filem pertama, anda akan kecewa. Sungguhpun demikian, anda tetap boleh terhibur dengan menonton filem ini, tetapi kami rasakan ia disasarkan untuk satu generasi penonton yang baharu.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post Death Note Light Up The New World [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2hgbVH1

Underworld Blood Wars [Review]

Underworld Blood Wars merupakan siri ke 5 dalam siri filem Underworld di mana watak utamanya adalah Selene lakonan Kate Beckinsale, seorang dalam tentera elit puak pontianak. Kebetualan pula pada Jumaat malam, TV3 telah memainkan semula filem keempat dalam siri itu, Underworld Awakening, jadi kami boleh mengimbau semula apa yang berlaku dalam siri sebelumnya sebelum menonton Blood Wars.

Underworld Blood Wars

Underworld Blood Wars [Review]

Underworld Blood Wars menyambung kisah dari filem sebelumnya, Underworld Awakening, di mana Selene telah berjaya menumpaskan puak Lycan yang menculiknya dan Michael (hybrid pontianak – Lycan) untuk melakukan kajian keatas mereka. Ketika itu jugalah beliau mendapati beliau mempunyai anak hybrid hasil hubungannya dengan Michael. pada penghujung filem Awakening, Michael telah hilang dari kubu Lycan setelah diculik, manakala beliau telah meminta anaknya, Eve, menghilangkan diri di tempat yang beliau tidak ketahui demi keselamatannya.

Dalam filem ini, puak Lycan sedang memburu Selene untuk mengetahui di mana anaknya berada. Hasil dari kajian puak Lycan ke atas Selene dan Michael, darah hybrid boleh membuatkan kedua-dua puak itu lebih kuat dan menghilangkan kelemahan-kelemahan mereka. Oleh sebab itu, kedua belah pihak mencari Eve untuk mendapat kebolehan itu.

Underworld Blood Wars

Di samping itu, Selene yang menjadi buruan pihak pontianak kerana beliau telah membunuh seorang pembesar pontianak bernama Victor dalam Underworld 3. Namun, beliau dijemput kembali menyertai puak pontianak oleh seorang pembesar bernama Semira. Tindakan ini agak mencurigakan. Apakah niat sebenar Semira dan apakah kena-mengena Selene dalam permusuhan antara Lycan dan pontianak? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini lebih baik berbanding filem sebelumnya, Awakening. Ia menampilkan lebih banyak mengenai sejarah dan struktur kepimpinan puak pontianak terutamanya, sebuah lagi puak pontianak lain yang lebih cintakan keamanan. Ia juga mempunyai putaran plot yang lebih baik dan tidak dijangka.

underworld-blood-wars-official-trailer-1-2017-kate-beckinsale-movie-hd-720p-mp4_000069444

Aksi yang tampilkan berada di tahap yang sama dengan filem-filem sebelumnya, namun kali ini lebih banyak babak peperangan besar-besaran, berbanding secara individu, seperti dalam Awakening. Tetapi babak-babak ini agak mengecewakan kerana puak pontianak kelihatan kekurangan kelengkapan berbanding puak Lycan yang mempunyai pelbagai persenjataan yang canggih walaupun puak pontianak kelihatan mempunyai lebih banyak sumber kewangan.

underworld-blood-wars-wallpapers

Sebagai contoh, pada babak peperangan terakhir, puak Lycan menyerang kubu pontianak dengan berbekalkan perisai dan persenjataan yang berat, manakala puak pontianak tidak pun mempunyai bom tangan atau sebarang senjata berat untuk mempertahankan kubu mereka.

Apa pun, apa yang pasti, filem ini bukan pengakhiran kepada siri filem Underworld dan penghujung filem ini memberikan pembayang tentang apa yang boleh diharapkan dari siri yang akan datang, dan ia kelihatan menarik. Nantikannya.

uw5-04-1024x683

Kesan Khas

Jika dilihat dari filem-filem sebelum ini, kesan khas filem Underworld sememangnya kelihatan kurang bermutu, namun, kali ini ia lebih baik sedikit berbanding dahulu. Kelemahan banyak terlihat pada ketika Lycan berubah dari bentuk manusia ke bentuk serigala jadian.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang agak menarik
  • Aksi yang mendebarkan
  • Menyediakan asas yang baik kepada filem seterusnya

Negatif

  • Jalan cerita masih lagi agak klise dengan filem pontianak vs serigala jadian
  • CGI yang kurang menarik
  • Tiada “Wow factor”.

gallery_image_4

Kesimpulan

Filem Underworld Blood Wars adalah antara filem yang paling menarik dalam siri filem Underworld. Namun, jika anda tidak mengikuti filem-filem sebelum ini, mungkin ia tidak begitu menarik dan mungkin anda tidak akan begitu faham jalan ceritanya. Bagi yang sememangnya mengikuti siri filem ini, ia agak menarik, tetapi tidak menyajikan sebarang kelainan dari filem-filem sebelumnya. Tontonlah filem ini sebagai pelengkap jalan cerita filem-filem Underworld.

Penilaian: 6.5/10

IMDB

The post Underworld Blood Wars [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2h5BJJP