Search This Blog

Mengapa manusia memerlukan agama

Sifat manusia yang sering 'berharap' menyebabkan kita memerlukan kepada agama.

Manusia berharap kepada suatu 'kuasa' yang dapat menolong mereka untuk mengubah sesuatu keadaan atau pun nasib.

Istilah lain selain dari berharap adalah 'berdoa'.

Maka dengan itu bermacam agama ada di dunia ini. Namun sebagai umat Islam, kita harus percaya dengan yakin bahawa hanya Islam agama yang diredhai, yang dapat menyelamatkan kita semua. Mengapa??

Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam kitab umat Islam yakni al-Qur'an merupakan sebuah kitab yang lengkap dan sempurna. Jika ada agama lain yang lebih sempurna daripada Islam, maka sudah tentulah agama tersebut yang dapat menyelamatkan manusia. Namun hakikatnya, tiada....


Sebab lain mengapa manusia memerlukan agama adalah kerana manusia tidak dapat meramal masa hadapan, Ketidakpastian ini lah yang menyebabkan manusia sentiasa 'berharap'. Pengharapan ini menyebabkan manusia 'mempercayai' sesuatu yang akhirnya melahirkan sebuah agama.

DI dalam Islam, kita harus percaya bahawa sumber agama Islam datang dari Allah S.W.T.