Header Ads

 


Seseorang post di threads tentang bermimpi keadaan orang yang telah meninggal

 Terbaca satu post di threads, orang tersebut bertanya,'kenapa kalau kita mimpi orang yang dah meninggal, dia diam je...'.

2 hari lepas aku mimpi arwah abah. Aku Langsung tak rasa atau ingat yang dia  dah meninggal. Pelik kan? Kenapa dalam mimpi kita langsung tak ingat benda yang dah berlaku, padahal dah pun berlaku.

Dalam mimpi tu aku jadi driver arwah, perkara yang teramat jarang aku buat semasa arwah hidup. Aku bawa arwah datang tempat aku di perantauan. AKu siap cerita kat dia nama-nama tempat. Aku tau dia tau, tapi saja aku bagitau dia. Memang dia diam saja. Dalam mimpi tu, wajah arwah wajah masa dia muda2. Dengan kata lain, wajah masa aku dengan adik beradik yang lain masih budak-budak. Tapi dalam mimpi tu aku lebih kurang macam umur aku sekarang.

Kami macam menuju ke suatu tempat. Aku pelik sebab jalan macam lain sikit. Rupanya jalan tu dah ditutup. Ada jalan baru. Bila kami sampai, ada seorang guard tegur sambil tersenyum. Dia tegur aku dengan nada hairan. Katanya, dia ingat aku dah takde ayah. DIa ingat ayah aku dah lame meninggal. Aku pun senyum juga kehairanan.

Imej tema oleh fpm. Dikuasakan oleh Blogger.
window.onloadTurnstileCallback = function () { turnstile.render("#example-container", { sitekey: "0x4AAAAAABCfYyFFISDsIlb-", callback: function (token) { console.log(`Challenge Success ${token}`); }, }); };