Search This Blog

Us – Filem Thriller Seram Yang Aneh

Filem Us bukanlah sebuah filem yang hype dan di tunggu-tunggu, namun setelah menonton trailernya kami berasa ingin tahu filem thriller seram ini tentang apa? Jadi kami pergilah menonton filem ini dan di sini kami berkongsi pendapat kami mengenai filem yang ditayangkan di antara filem-filem kanak-kanak di musim cuti sekolah ini.

Us – Filem Thriller Seram Yang Aneh

Us mengisahkan Adelaide Thomas yang bercuti di rumah percutian mereka di pedalaman berhampiran pantai Santa Cruz bersama suaminya Gabe dan 2 anaknya, Zora dan Jason. Semasa Adelaide kecil pada tahun 1986, beliau pernah pergi ke funfair di pantai Santa Cruz dan satu kejadian aneh telah berlaku kepadanya menyebabkan beliau berubah sikap.

Kini setelah berkahwin dan mempunyai anak, beliau telah kembali ke tampat berkenaan lalu membangkitkan fobia lamanya. Pada malam hari setelah pulang ke rumah percutian mereka, mereka mendapati ada satu keluarga yang menunggu di luar rumah mereka. Tanpa dijangka, keluarga misteri itu mula menyerang mereka sekeluarga.

Siapakah keluarga misteri itu? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam.

Review

Pertama sekali, kami berasa sangat lega menonton filem ini kerana keseramanya bukan berpunca dari babak-babak mengejut, sebaliknya keseramannya berpunca dari ketidak-tahuan penonton mengenai asal usul keluarga misteri yang menyerang keluarga protagonis.

Jalan ceritanya sememangnya membuatkan penonton setiasa tertanya-tanya siapakah keluarga aneh yang menyerang mereka? Dari mana mereka? Adakah mereka manusia atau raksasa? Putaran plotnya sememangnya rancak sehingga saat terakhir filem ini. Tetapi, kami yang telah biasa menonton filem dengan banyak putran plot tidak begitu terkejut dengan kesudahan filem. Kami memang dilatih untuk menjangkakan apa yang tidak dijangka.

Dari segi jalan cerita, kami dapati filem Us ini mempunyai feel yang sama dengan filem Cabin in the Woods kerana nilai kejutan sebelum dan selepas mengetahui rahsia di sebalik jalan ceritanya. Namun, filem Us sedikit kurang menarik berbanding Cabin in the Woods yang menyajikan kejutan demi kejutan di penghujung filemnya.

Walaubagaimanapun, satu kelemahan filem thriller seram ini ialah pilihan pelakonnya, secara spesifik suaminya, Gabe. Gaya beliau lebih sesuai berlakun filem komedi berbanding filem seram. Mujur mutu lakonan pelakon utama yang lain sememangnya baik.

us

Secara keseluruhan filem ini tidaklah begitu hebat dari segi jalan ceritanya, walaupun plot yang ditampilkan agak unik berbanding filem-filem seram lain. Kelebihannya mungkin mutu lakonan pelakon utamanya. Tidak semua orang akan menyukai filem ini, namun keseimbangan antara misteri, aksi dan drama dalam filem ini menjadikannya agak menarik untuk ditonton pada masa lapang.

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot yang unik dan jalan cerita yang agak menarik
  • Babak aksi yang juga mendebarkan

Negatif

  • Lakonan watak Gabe yang kurang sesuai untuk filem seram
  • latarbelakang plot yang agak tidak realistik, tapi begitulah dia filem fiksyen.

Kesimpulan

Filem Us sememangnya sebuah filem thriller seram yang unik. Malah boleh dikatakan plotnya agak aneh kerana latarbelakang plotnya jarang dilihat alam sesebuah filem seram sebelum ini. Walaubagaimanapun, filem ini bukan untuk semua. Kepelikannya mungkin sukar diterima sesetengah pihak.

Penilaian: 6.5/10

IMDB

The post Us – Filem Thriller Seram Yang Aneh appeared first on WayangKini.



from WayangKini https://ift.tt/2FJb8wb