Search This Blog

Pet Sematary: Pembikinan Semula Filem Seram Stephan King

Filem-filem seram bukanlah genre kegemaran admin kerana telah banyak filem seram yang menjanjikan pengalaman yang paling seram, namun gagal dalam pelaksanaan. Pet Sematary merupakan filem yang berasaskan novel seram Stephan King dengan tajuk yang sama. Ia pernah difilemkan sebelum ini pada tahun 1989 dan kini ia dibikin semula dengan beberapa perubahan dari segi jalan cerita. Namun difahamkan perubahan ini tidak banyak mengubah jalan cerita secara keseluruhan. Wayangkini sempat menonton filem ini untuk membina pandangan kami mengenai filem seram ini.

Pet Sematary: Pembikinan Semula Filem Seram Stephan King

Pet Sematary mengisahkan Louis, isteri dan dua anaknya, yang berpindah dari Boston ke kawasan pedalaman bagi menjalani hidup yang lebih tenang berbanding kehidupan bandar yang menyesakkan. Louis bekerja sebagai doktor di bandar berhampiran dan telah membeli sebuah rumah yang berhampiran dengan satu kawasan perkuburan binatang peliharaan (Pet Sematary).

Keluarga itu mempunyai seekor kucing bernama Church. Pada satu hari kucing itu mati dilanggar lori. Jiran mereka, Jud yang kasihankan anak perempuan Louis bernama Ellie membawa Louis dan bangkai ke kawasan di sebalik Pet Sematary untuk ditanam. Tanpa pengetahuan Louis, tempat tersebut “keras”. Keesokkan harinya Church didapati berada di rumah dan hidup, tetapi berkelakuan aneh. Sejak itu bermulalah perkara-perkara pelik ke atas keluarga tersebut.

Ingin tahu kesudahan filem ini? Tontonlah di pawagam berhampiran.

Review

Walaupun kami meletakkan sedikit harapan pada filem ini, ia tetap menggunakan elemen kejutan sebagai sumber keseramannya. Namun, ia juga menyajikan jalan cerita yang agak seram juga. Sebagai pengakuan, kami tidak pernah menonton filem asal keluaran 1989, jadi kami tidak tahu menahu jalan ceritanya sebelum menonton filem ini. Jalan ceritanya walaupun agak ringkas, ia agak menyeramkan, terutamanya selepas menonton kesudahannya. Sebenarnya, babak pertama dalam filem ini memperlihatkan kesudahan filem ini, sebelum memulakan semula cerita dari awal dan selepas menonton kesudahannya, barulah kami faham babak pertama itu.

Secara ringkasnya, filem ini adalah campuran seimbang element kejutan dengan jalan cerita yang memang seram (walaupun kami dah tak berasa seram dengan mana-mana filem seram kebelakangan ini).

Lakonan watak-watak utamanya memang baik, namun pujian harus diberikan kepada pelakon yang melakonkan watak Ellie yang berjaya memainkan satu watak dengan dua perwatakan dalam filem ini. Lakonannya memang berkesan dalam membentuk persepsi penonton terhadap watak yang dimainkannya. Nak tahu apa maksud kami, anda perlu menonton filem ini. Kami tidak mahu memberi spoiler yang terlalu jelas.

Tak banyak lagi yang mampu kami katakan mengenai filem ini tanpa membongkarkan spoiler, cukup kami katakan, jika filem The Nun banyak bergantung kepada babak kejutan, filem ini lebih menekankan jalan cerita yang seram. Tambahan pula tak semua babak seramnya boleh dijangka seperti filem seram yang lain.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang seram dan menarik serta kurang boleh dijangka (kecuali anda telah menonton filem asal)
  • Tidak bergantung 100% kepada babak kejutan sebagai sumber keseraman
  • Lakonan mantap watak-watak utama

Negatif

  • Bagi kami, tahap keseraman filem ini tidaklah begitu tinggi
  • Walaupun jalan ceritanya menarik, ia agak ringkas dan tidak banyak sejarah kawasan rumah itu dibangkarkan.

Pet Sematary

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem Pet Sematary ini boleh dikatakan sebuah filem seram santai di mana jalan ceritanya tiada putar belit yang begitu rumit dan penonton boleh menikmati jalan cerita yang seram dan putaran plot di babak terakhir. Tontonlah bersama rakan-rakan untuk melepas stress selepas seminggu bekerja.

Penilaian: 7/10

IMDB

 

 

The post Pet Sematary: Pembikinan Semula Filem Seram Stephan King appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2IfPd3k