Search This Blog

John Wick Chapter 3 Parabellum – Selangkah Lebih Ke Dalam Dunia Pembunuh Upahan

Bahagian ke tiga dalam siri filem John Wick Chapter 3 Parabellum sememangnya sebuah filem yang kami tunggu-tunggu dan kami pasti ramai juga tertunggu-tunggu  filem ini juga. Seawal pukul 10 kami telah menunggu di hadapan pawagam untuk menontonnya dan walaupun terdapat sedikit masalah teknikal di awal tayangan, kami berpeluang juga menonton filem ini dengan gembiranya. Berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.

John Wick Chapter 3 Parabellum

John Wick Chapter 3 Parabellum – Selangkah Lebih Ke Dalam Dunia Pembunuh Upahan

John Wick Chapter 3 Parabellum menyambung kisah filem sebelumnya di mana satu kontrak untuk pembunuhan John Wick telah dikeluarkan akibat kesalahannya membunuh di dalam kawasan The Continental. beliau diberi masa sehingga pukul 6pm sebelum kontrak bermula.

John perlu melarikan diri sebelum pemburuan bermula. Mampukah beliau melarikan diri dan bagaimanakah beliau akan menyelamatkan diri dari kontrak yang menyaksikan semua pembunuh upahan memburunya berikutan tawaran lumayan USD17 juta? Tonton filem ini di pawagam berhampiran.

 

John Wick Chapter 3 Parabellum

Review

Filem John Wick Chapter 3 Parabellum secara umum akan membongkarkan lebih mendalam tentang dunia pembunuh upahan yang dikawal oleh organisasi digelar The High Table yang mempunyai peraturan ketat bagi mengawalselia “industri” tersebut. Ini memberikan filem ini satu kompleksiti yang lebih tinggi berbanding filem sebelumnya. Namun, pada dasarnya ia sebuah filem 70% aksi 30% jalan cerita.

Bercakap mengenai jalan cerita, dengan terdedahnya latarbelakang organisasi High Table, jalan cerita filem ini lebih menarik dan putaran plotnya (plot twist) tidak dijangka. Namun, seperti kami katakan, filem ini 70% aksi, jadi tak perlulah meletakkan harapan yang tinggi untuk satu jalan cerita bertaraf Oscar. Walaubagaimanapun, apa yang pasti ialah ia memberi laluan kepada pelbagai kemungkinan yang lebih menarik dalam Chapter 4 nanti. Ya, kesudahan filem ini sudah seolah menjanjikan sebuah lagi sequel.

Berkenaan bab aksi dan berlawan, jika Chapter 2 lebih menampilkan aksi berasaskan senjata api, Chapter 3 mempunyai babak-babak berlawan yang bercampur antara senjata api, pisau/senjata tajam dan tempur tanpa senjata. Di sini penonton disajikan dengan pelbagai teknik berlawan terutamanya gaya ninja yang digunakan pihak lawan utama John Wick. Apa yang jelas adalah babak lawannya bukan sembarang babak lawan. Jelas sekali para pembikin dan ahli koreografi mempunyai ilmu tinggi dalam bidang masing-masing dan teknik yang digunakan adalah realistik.

Namun tak dapat dinafikan lakonan Keanu Reeves sedikit kaku, seperti biasa. Tapi ia boleh dimaafkan kerana skill berlawan dan penggunaan senjatanya memang terbaik. Lakonan Mark Dacascos juga sedikit kekurangan. Beliau sedikit keliru dan tersekat antara gaya lakonan ceria dan serious. Namun, seperti Keanu, skill berlawannya memang tip top. Beliau merupakan pelakon yang agak terkenal dikalangan rakan-rakan admin semasa di sekolah melalui lakonannya sebagai Capoeira Maestre dalam filem Only the Strong.

Apa pun filem John Wick Chapter 3 Parabellum ini memang sebuah filem wajib tonton bagi mereka yang meminati filem John Wick dan filem aksi secara umum.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita lebih menarik berbanding filem-filem sebelumnya
  • Aksi berlawan dan tempur senjata yang terbaik
  • Penyertaan pelakon-pelakon Indonesia sebagai watak jahat

Negatif

  • Lakonan sedikit kaku bagi Keanu
  • Kebolehan berbahasa asing Keanu kurang memberangsangkan

Kesimpulan

Seperti yang dikatakan tadi, filem John Wick Chapter 3 Parabellum sememangnya sebuah filem yang wajib ditonton peminat John Wick. Filem ini lebih merupakan satu jambatan antara Chapter 2 dan Chapter 4 di mana ia menyediakan latarbelakang asas mengenai dunia High Table dan pembunuh upahan supaya anda boleh memahami Chapter 4.

Spoiler: Parabellum bermaksud “Bersedia untuk perang”

Penilaian: 8/10

IMDB

 

The post John Wick Chapter 3 Parabellum – Selangkah Lebih Ke Dalam Dunia Pembunuh Upahan appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2Q5uO1U