Search This Blog

The Curse of The Weeping Woman – Filem Seram Piawai Masa Kini

Sejak universe filem seram The Conjouring (tak pasti universe ini dipanggil apa) diperkenalkan, banyak filem-filem seram telah dibikin untuk disertakan dalam universe tersebut. Antaranya, The Conjouring, The Nun, Annabelle dan sebagainya. The Curse of the Weeping Woman merupakan salah satu filem dalam universe ini. Walaupun filem ini telah lama ditayangkan, kami baru sahaja berpeluang menonton filem ini di pawagam.

The Curse of The Weeping Woman – Filem Seram Piawai Masa Kini

The Curse of The Weeping Woman mengikuti kisah seorang pekerja sosial yang “menyelamatkan” anak-anak seorang ibu tunggal dari “penderaan”, walhal keluarga tersebut telah terjerat dalam lagenda seram Mexico melibatkan hantu bernama La Llorona.

The Curse of The Weeping Woman

Mengikut lagenda, La Llorona merupakan seorang yang wanita cantik yang hidup di zaman 1700-an di Mexico dan mengahwini seorang jejaka tampan dan mendapat 2 orang anak. Setelah mengetahui suaminya curang, beliau telah membunuh anak-anaknya dengan melemaskan mereka di dalam sungai. Kini beliau kembali sebagai hantu untuk mencari kanak-kanak untuk “menggantikan” anak beliau.

The Curse of The Weeping Woman

Review

Sesiapa yang telah menonton filem-filem dalam universe filem seram ini tentunya mengetahui apa yang boleh dijangkakan dalam filem ini. Walaupun pengarahnya bukan James Wan, tetapi beliau adalah salah seorang produser filem ini. Lagipun umum mengetahui betapa James Wan telah memberi kesan dalam menetapkan standard atau piawai bagi filem-filem hantu modern akhir-akhir ini.

Filem ini mempunyai unsur-unsur tipikal dalam sesebuah filem seram modern seperti babak terkejut, babak tidak tahu hantu keluar dari mana, serta babak hantu dikalahkan oleh item “suci”. Semuanya boleh dijangka jika anda biasa menonton filem-filem hantu James Wan.

The Curse of The Weeping Woman

Sukar juga untuk mencari kekuatan atau keunikan filem ini berbanding filem-filem hantu lain. Mungkin jika anda jenis penonton yang gemar ditakutkan oleh filem seram, anda mungkin berminat menonton filem ini. Anggaplah ia seperti sebuah filem aksi generik yang banyak dibikin di Holywood dengan tujuann hanya untuk membuat duit, tetapi filem ini dalam genre seram.

Tapi jangan salah sangka, filem ini dibuat dengan baik. Lakonan watak-wataknya juga memuaskan. Cuma ia terlalu boleh dijangka untuk menjadi sebuah filem yang boleh diingati.

A

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang memuaskan
  • Lakonan yang baik
  • Sinematografi dan pengolahan babak yang baik

Negatif

  • Jalan cerita sangat boleh dijangka

The Curse of The Weeping Woman

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem The Curse of The Weeping Woman hanyalah sebuah filem seram piawai yang boleh dijangka. Namun, jika anda seorang peminat filem seram yang hanya mencari peluang ditakutkan dipawagam, dan tidak  begitu kisahkan jalan cerita, filem ini untuk anda. Bagi mereka yang menonton filem untuk jalan cerita, mungkin akan hampa.

Penilaian: 5/10

IMDB

The post The Curse of The Weeping Woman – Filem Seram Piawai Masa Kini appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2LKTb6z