Search This Blog

Avengers Endgame: Penghabisan yang Epik Kepada Siri Filem yang Epik

Selama dua minggu lebih Wayangkini telah menahan dari membuat review filem Avengers Endgame untuk mengelakkan tersebarnya spoiler ke khalayak ramai. Namun dengan beratus-ratus tayangan sehari di pawagam, agak selamat untuk mengatakan kebanyakan peminat Avengers telahpun menonton filem tersebut dan mungkin yang tinggal hanyalah mereka yang mahu menonton untuk kali kedua. Jadi kami akhirnya mengambil keputusan untuk menulis review ini. Terdapat sedikit spoilers dalam review ini, jadi jika anda belum tonton filem ini, sila lah tonton dulu.

Avengers Endgame

Avengers Endgame: Penghabisan yang Epik Kepada Siri Filem yang Epik

Filem Avengers Endgame menyambung kisah Avengers Infinity War yang lepas di mana separuh dari makhluk di cakerawala telah dihapuskan Thanos. Adiwira yang tinggal hanyalah Captain America, Thor, Ironman, Hulk, Blackwidow, Hawkeye sat dua adiwira lain. Tidak dilupakan juga Captain Marvel yang membuat kemunculan sulung dalam filemnya tersendiri baru-baru ini.

Ironman dan Nebula terperangkap dalam kapal angkasa Gurdians of the Galaxy setelah rosak dalam Infinity War, manakala yang lain berada dalam keadaan putus asa di bumi setelah kekalahan mereka kepada Thanos. Bagaimanakah mereka akan mengalahkan Thanos? Tontonlah filem ini di pawagam kerana kami tidak mahu merosakkan pengalaman anda.

Review

Seperti sangkaan ramai, kami sangka filem ini adalah berkenaan Avengers mengalahkan Thanos, namun sebenarnya tidak semudah itu. Awal-awal lagi terdapat plot twist yang menyebabkan penonton kebingungan. “Setakat ini sahajakah filem ini?”, tanya mereka. Namun ia sebenarnya permulaan kepada satu cerita yang panjang dan berputar belit.

Sejujurnya kami sukakan plot twist ini kerana ia menyediakan ruang yang luas untuk menjadikan filem ini lebih dramatik dan berpeluang menjadikan jalan ceritanya lebih padat serta berisi. Ternyata kami tidak dihampakan dengan jalan cerita yang bukan sahaja menarik dan memuaskan, malah antara yang terbaik dari segi nilai hiburan. Kami langsung tidak bosan menonton filem ini dan tidak jemu menonton gelagat adiwira yang lucu dan berani. Paling memuaskan adalah babak peperangan terakhir yang membawa kejutan yang tidak disangka-sangka dalam peperangan melawan Thanos. Sungguh puas hati!

Avengers Endgame

Paling menari adalah berkaitan dengan Captain Marvel. Di barat, ramai peminat Marvel Studios kurang bersetuju meletakkan Captain Marvel sebagai penyelamat bumi. Ini kerana watak itu kurang terkenal dan hanya mempunyai satu filem. “Orang baru, tapi masuk-masuk dah jadi hero paling kuat dan dijangka mengalahkan Thanos. Mana aci!”, kata mereka.  Sukacita dimaklumkan itu bukan kesnya. Bukan sahaja Capatin Marvel menjadi watak sampingan sahaja, malah bukan dia yang membunuh Thanos, walaupun beliaulah adiwira paling kuat dalam kumpulan Avengers. Ini tentu menggembirakan peminat-peminat Marvel.

Avengers Endgame

Sejujurnya sukar untuk mencari kelemahan dalam filem ini. Jalan ceritanya menarik, babak aksi dan perangnya epik, watak-wataknya berkarisma (kecuali Captain Marvel yang lain macam sikit) dan mempunyai campuran unsur aksi, kelakar, kehampaan, harapan dan kesedihan yang seimbang. Ia memang patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Malah masa 3 jam berlalu begitu pantas semasa kami menikmati tontonan kami. Kami tidak mahu spoil terlalu banyak mengenai filem ini, cukup kami katakan, anda patut tonton filem ini.

Avengers Endgame

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang epik dan menghiburkan
  • Gabungan babak aksi, jalan cerita, kesedihan dan harapan yang cukup mantap
  • Lakonan watak-watak berkarisma

Negatif

  • Tidak ada poin negatif yang begitu jelas

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami tak perlu cakap banyak, filem Avengers Endgame ini sememangnya sebuah filem yang epik dan harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Anda tidak akan hampa menonton filem ini.

Penilaian: 10/10

IMDB

The post Avengers Endgame: Penghabisan yang Epik Kepada Siri Filem yang Epik appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2GPUawA