Search This Blog

Filem Polis Evo





Sinopsis

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Hard Rock CafeKuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.[11]Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015.



Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai

Shaheizy Sam sebagai
Inspektor Khai


Khai merupakan seorang Inspektor Polis cemerlang dari Unit Narkotik Kuala Lumpur. Dia juga turut dikenali sebagai ‘Jackie Chan Kuala Lumpur’ kerana ketangkasannya dan tidak gentar untuk beraksi bila-bila masa sahaja. Meskipun begitu, di luar tempat kerjanya, Khai lebih gemar bersendirian kerana batinnya masih terseksa dengan nasib dan masalah peribadi yang menimpanya. Apabila Khai bertemu keluarga Inspektor Sani, dia mula tertarik pada adik perempuan Inspektor Sani.
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani

Zizan Razak sebagai
Inspektor Sani


Sani ialah seorang Inspektor di Terengganu yang sentiasa ceria dan bersemangat tinggi. Dia menganggap dirinya bertuah kerana berjaya menjadi seorang Inspektor pada usia yang masih muda. Dengan memiliki kelebihan mulut yang petah dan kearifan dalam selok-belok di negeri Terengganu, Inspektor Sani lebih gemar menyelesaikan tugasnya secara diplomatik. Baginya, tugasan yang diselesaikan tanpa meregangkan sebarang otot adalah tugasan yang paling afdal.
video
http://www.astrogempak.com.my/polisevo


BACA>>>>>

Penggambaran 'Polis Evo' Tertunda Kerana Prosedur Skrip PDRM

http://filemtempatanterbaik.blogspot.my/2015/09/prosedur-skrip-polis-diraja-malaysia.html